PROLOG : IAN ZAIN [1]

227 25 0
                                    

Satu letupan kuat kedengaran akibat sebuah kereta meletup. Kejadian ini berlaku di atas jalan raya. Terdapat beberapa buah kereta lain yang terlibat dalam letupan tersebut. Ada juga yang sempat berhenti jauh dari kawasan kejadian.

Ketika ini, seorang lelaki tersenyum kemenangan ketika melihat rakaman CCTV jalan raya yang telah digondam sebelum ini. Dia dapat melihat dengan jelas melalui sebuah komputer riba.

"Akhirnya, mampus juga kau satu family. Semua harta papa. Milik aku." Katanya tatkala memusingkan kerusinya ke belakang.

Dia bangun dari kerusi dan terus merebahkan dirinya di atas katil. "Tak ada sesiapa yang boleh halang aku lagi lepas ni. Abang-abang aku. Akak aku. Semuanya. Papa lebih pentingkan deorang berbanding aku. Semua ni salah papa."

Dirinya ialah anak bongsu kepada seorang pemilik syarikat penginapan yang memiliki lima cawangan di dalam negara dan luar negara. Dia bertindak sedemikian selepas bapanya meninggal dunia akibat sakit. Bapanya tidak memberi syarikat kepadanya. Tetapi hanya meninggalkan rumah yang didudukinya sahaja di dalam wasiat. Namun, rumah mewah itu masih tidak cukup untuk dia. Dia tamak. Dia mahukan semuanya. Kekayaan.

*
Dua orang kanak-kanak dikejarkan ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan. Mereka terselamat dalam letupan kenderaan yang dinaiki bersama-sama ahli keluarga mereka. Mereka bukan adik-beradik. Mereka juga bukan daripada sebuah kenderaan yang sama.

Salah seorang daripada kanak-kanak tersebut bukan kelihatan seperti warganegara Malaysia. Rambutnya perang dan wajahnya kelihatan seperti orang barat. Seorang lagi kanak-kanak rambutnya berwarna hitam dan wajahnya kelihatan seperti kacukan Cina-Melayu.

Mereka berdua dibawa ke dalam sebuah bilik kecemasan pada masa yang sama. Pemeriksaan segera dijalankan untuk selamatkan nyawa dua orang kanak-kanak tersebut. Pada ketika ini, pihak polis yang terlibat sedang melakukan siasatan di tempat kejadian bersama-sama sekumpulan bomba.

*

Dua hari telah berlalu selepas kejadian letupan di atas jalan raya. Kejadian ini tersebar dalam media massa. Namun, nama dua orang kanak-kanak tersebut tidak diberitahu kerana identiti mereka tidak diketahui. Masing-masing tidak dijumpai di dalam kenderaan tetapi di luar kenderaan. Jika berada di dalam kenderaan sudah pasti mereka juga akan mati terbakar rentung seperti ibu bapa mereka.

Seorang lelaki tersenyum-senyum melihat berita yang telah meragut banyak nyawa. Bukan sebuah atau dua buah kenderaan sahaja di atas jalan raya itu. Pihak polis berkata bahawa keputusan siasatan itu menjelaskan letupan tersebut sudah dirancang kerana dijumpai serpihan bom jangka masa di tempat kejadian.

"Puas hati aku." Kata lelaki itu selepas menghembus asap rokok ke udara.

Sementara itu, seorang wanita sedang melawat anak adiknya yang terlantar di atas katil. Wajah adiknya yang comel itu dilihat dengan pandangan yang sayu. Tangan kanan si adik yang berambut perang itu dipegang sambil berharap adiknya mampu teruskan kehidupan selepas ini. Buat sementara waktu ini, dia perlu bergantung pernafasan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dilihat pula ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang berada di atas katil bersebelahan dengan katil adiknya. Kanak-kanak itu juga menerima nasib yang sama. Kepalanya dibalut kemas dan masih ada kesan darah kelihatan.

"Tak ada sesiapa datang melawat dia?" Soal wanita itu kepada seorang doktor yang menguruskan kanak-kanak itu.

"Tak ada. Mak dan ayah dia mungkin dah meninggal dalam letupan besar malam tu. Maklumat peribadi dia pun tak ada." Jelas doktor wanita ketika menukar pembalut pada kepala kanak-kanak itu.

Dia kembali melihat ke arah adiknya. "Mama dan papa pun dah tak ada. Adakah ini salah aku? Hanya sebab nak ambil aku dari airport. Semuanya jadi macam ni." Monolognya lalu mengalirkan air matanya.

"Siapa lagi yang terselamat dalam letupan tu?"

"Hanya mereka yang terselamat dan sempurna. Hari tu ada lima orang dewasa. Tapi masing-masing cedera parah. Kami dah jalankan operasi pembedahan tapi tak sempat. Sekarang ni dua orang ni je yang mampu hidup buat sementara waktu ni. Saya harap mereka akan selamat. Kedua-duanya tak ada masalah organ dalaman." Jelas doktor itu.

Wanita itu senyum nipis tatkala mendengar penjelasan doktor tersebut. "Kalau Tuhan beri mereka peluang kedua untuk hidup. Saya bersyukur sangat."

IAN ZAINWhere stories live. Discover now