Ian melihat ke arah ruang tamu. Vincent sedang memarahi seseorang yang dia tidak kenali. Marah bukan sakit sebab keluarkan peluru di belakang bahunya tetapi marah sebab peluru tak berjaya dikeluarkan dalam masa 20 minit yang lalu. Entah apa yang dibuat oleh si pemandu berkaum India bernama Simon itu.
"Tak boleh keluar lagi ke?" Tengking Vincent yang sudah hilang sabar.
"Err... Saya dah kata. Saya tak pernah buat kerja macam ni." Kata Simon yang kerisauan. Risau pistol di atas meja ruang tamu masuk ke dalam mulutnya.
Pintu rumah ditutup. Ian menuju ke arah ruang tamu. Beg sandang dan seragam sekolah dicampak ke atas sofa. Kemudian, dia menghampiri Vincent.
"Sini aku buat."Kata Ian.
Simon segera menyerahkan penyepit untuk keluarkan peluru tersebut kepada Ian. Dia menjauhkan diri daripada mereka berdua. Ian sengaja menepuk bahu Vincent yang kesakitan itu.
"Sakit la, bodoh!" Jerit Vincent. Simon terkejut.
"Relax la. Aku nak cabut la ni." Kata Ian sebelum dia mengeluarkan peluru tersebut dengan kasar.
Peluru dimasukkan ke dalam gelas yang kosong. Gelas itu digunakan oleh Vincent untuk minum air tadi.
"Lain kali buat macam aku." Kata Ian kepada Simon lalu mencapai tisu untuk mengelap darah Vincent yang meleleh itu.
Simon hanya memerhati.
"Kenapa boleh kena tembak pula ni? Tak akan aku kena ajar kau mengelak pula?" Tanya Ian sambil melaksanakan kerja menjahit kesan tembakan tersebut.
"Fuck hantar orang. Velles hampir kena tembak kalau aku tak lindungi dia tadi." Jelas Vincent sambil tahan sakit.
"Velles? Pelik. Kenapa dia pula yang kena? Bukan sepatutnya deorang cari kau ke?" Kata Ian.
Vincent terdiam seketika. "Betul juga. Kenapa Velles?"
Ian mengeluh. "Lepas tu, kau buat apa?"
"Aku buat kenduri. Kejar deorang sampai tempat mana entah. Masa tu aku terjumpa Weren."
"Weren? Dia kerja dengan Dren lagi ke? Sebelum ni dia cabar kau sebelum Dren bagi misi suruh bunuh kita. Lagi pun dia tu pandai menyorok. Aku pun tak jumpa dia." Kata Ian sambil memotong benang. Jahitan telah selesai.
"Weren kata dia terpaksa sebab Fuck tu ugut nak bunuh family dia kalau dia tak ikut. Tadi aku dah bunuh orang yang mungkin orang Fuck. Ada dalam kereta mewah. Aku tak tahu la dia datang seorang atau dengan Weren. Tapi kereta tu awal-awal dah ada dekat situ. Cuba tembak aku dari belakang. Dia tak tahu ke, aku dah kena tembak tadi?"
Ian terketawa. "Dah kau tak cakap dekat dia."
Vincent turut ketawa. "Tak sempat cakap dah mati."
"Errr... Dah tak ada apa-apa, kan? Boleh saya balik sekarang?" Simon tiba-tiba bersuara.
Tawaan mereka lerai. Vincent berdiri selepas Ian selesai membalut kecederaannya itu. Wallet dikeluarkan. 10 keping RM100 dikeluarkan dari wallet.
"Nah. Cuci dalam kereta kau. Thanks sebab bagi pinjam." Duit dihulurkan kepada Simon.
Simon geleng kepala. "Tak apa. Saya..."
Ian berdiri. "Orang dah bagi tu. Ambil je la. Nanti ada juga hilang kepala. Emosi orang sakit ni macam ibu-ibu mengandung. Tak stabil."
Perlahan-lahan Simon mengambil wang tersebut selepas Ian berkata sedemikian. Walaupun Simon tujuh tahun lagi tua berbanding mereka berdua. Dia tetap tidak berani membantah apabila diugut sedemikian kerana ketika dia masuk ke dalam rumah itu. Dia mendengar perbualan Vincent dengan Martina melalui panggilan telefon.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...