Martina menghadap Ian di ruang tamu. Vincent pula dibiarkan di dalam bilik selepas bertemu dengan doktor peribadinya. Kedua-dua mereka diuruskan oleh Dr. Halim. Ian hanya melihat ke lantai. Tidak berani bertentang mata dengan Martina selepas menjelaskan segalanya.
"Dah la. Pergi rehat. Ian pun tak sihat. Vincent pun satu hal. Dah tahu Ian tak sihat. Bawa keluar juga. Adoi. Susah dapat adik terlajak pandai ni." Martina mengeluh.
"Akak tak marah?"
"Marah? Buang masa je. Semua dah berlaku." Martina bangun dari sofa. Dia menuju ke arah dapur.
"I'm sorry." Kata Ian sebelum dia bangun dari kerusi. Dia berjalan ke arah bilik Vincent.
Pintu bilik diketuk. "Vincent. Kau okay ke? Pasal motor kau... Aku minta maaf. Aku tak tahu kau letak motor situ. Aku..."
Pintu bilik tiba-tiba sahaja dibuka. Pipi Ian ditampar. Ian hanya mendiamkan diri.
"Aku lagi risau pasal kau berbanding motor aku. Motor boleh beli. Nyawa kau, macam mana? Aku dah pesan. Jangan ikut." Vincent menengking Ian.
Martina hanya mendengar di kawasan dapur.
"Aku... Minta maaf."
"Tu je yang kau tahu cakap? Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf! Tak ada benda lain ke?" Vincent masih marah.
Ian diam melihat ke arah lantai. "Cakap apa? Aku tak tahu."
Vincent diam seketika. Pintu bilik dihempas. Ian terpejam matanya. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah biliknya. "Aku nak cakap apa? Apa patut aku cakap? Kenapa Vincent marah aku? Aku nak selamatkan dia. Apa salah aku?"
Vincent menangis di dalam biliknya. "Ian, bodoh! Kenapa dia suka sangat gerak sorang? BODOH! Aku yang risau. Dia tu kalau mati pun belum tentu tahu sakit. Aku yang sakit tengok dia. BODOH!" Jeritnya.
Martina berhenti di hadapan bilik Vincent. "Dah macam laki bini. Puih! Baik aku sambung kerja dalam bilik." Katanya sambil berjalan ke arah biliknya bersama-sama secawan kopi.
*
Meja ditepuk selepas mendapat panggilan daripada seseorang tentang misi membunuh Double Killer. Dia berasa geram selepas mendapat tahu bahawa tiga orang bawahnya telah mati dibunuh oleh Ian dengan gelarannya sebagai, Illusion. Sekelip mata sahaja segalanya selesai.
Dia juga diberitahu bawa kereta yang dinaiki oleh orang bawahannya telah dibom. Pihak polis sedang menyiasat kes letupan tersebut.
"Bom kereta. Heh. Macam aku buat dekat abang aku dulu." Kata Zarul selepas meletakkan. Telefon pintar di atas meja kerjanya.
Tiba-tiba, telefon pintar miliknya berdering. Panggilan segera dijawab.
*
Ian membuka matanya selepas beberapa jam dia tidur. Daripada tengah hari tadi sehingga malam. Sungguh lama. Biliknya juga sudah gelap.
Lengan kanan dilabuhkan di atas dahi. Kemudian, lengan itu diangkat ke atas. Luka pada lengannya dilihat. Berbalut.
"Bila masa pula...?"
Dia berfikir seketika. Cuba mengorek memori yang terpadam beberapa jam yang lalu. Perlahan-lahan memori itu masuk ke dalam mindanya. Lantas, dia duduk di atas katil.
"Vincent."
Ian berlari keluar dari biliknya. Dia terus menuju ke arah bilik Vincent dengan wajah yang cemas. Pintu bilik yang tidak berkunci itu diterjah.
Vincent kaku ketika menyarung seluar tidur di hadapan katilnya. Matanya melihat ke arah Ian yang masuk tidak beri salam. Masing-masing terdiam.
"Eh?"
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...