Herman bagaikan tidak percaya ketika melihat meja makan yang penuh dengan segala hidangan makanan. Kelihatan seperti baru sahaja masuk ke dalam restoran lima bintang. Makanan yang dihias cantik itu dimasak sendiri oleh Ian. Begitu juga dengan susunan pinggan, cawan dan sebagainya di atas meja itu. Dia langsung tidak menduga bahawa manusia yang dahulunya suka main masak-masak ini sudah menjadi seorang chef yang hebat. Walaupun rifle masih menjadi pilihan pertamanya berbanding senduk.
"Welcome to Zain Zest restaurant in Malaysia." Kata Vincent dengan bersemangat.
"Sir. Please sit at here." Kata Ian sambil menarik sebuah kerusi seperti seorang pelayan restoran.
Herman hanya menurut. Dia duduk di situ. Vincent dan Ian pula duduk bertentangan dengannya.
"Seriously, Ian? You did everything for me?" Kata Herman yang masih bagaikan berada dalam mimpi indah di siang hari.
"Yes. I'm serious. Everything for you. Bukan selalu pun." Kata Ian dengan senyumannya.
Vincent menepuk bahu kanan Ian. "Setakat masak untuk Abang Herman. Apa la sangat bagi Chef Ian ni. Dia pernah masak untuk satu dewan masa dekat hotel Zain Zest."
Vincent angkat kening. "Chef berharga ni. Untung bawa balik Malaysia. Hari-hari makan sedap. Lagi sedap daripada Velles masak." Sambung Vincent lagi.
Herman tersenyum. "So, how about you?" Giliran Herman pula angkat kening kepada Vincent.
Vincent mengalihkan tangannya dari bahu Ian. "Masih jauh perjalanan untuk jadi seorang doktor yang hebat. Buat masa sekarang ni. Saya nak jadi killer yang hebat." Dia ketawa.
Ian sengkeh kepala Vincent. "Hei. Sedar diri sikit. Kau tu SPM tak habis lagi. Lepas SPM nak kahwin pula tu. Ada hati nak jadi killer. Kau nak bunuh siapa lagi?"
"Lepas bunuh Fuck tu aku nak bunuh siapa, erk?" Kata Vincent dengan lagak berfikir.
Herman tahan ketawa. Dia juga tidak terkejut selepas mendengar kata-kata Ian tentang Vincent mahu kahwin kerana satu keluarga mafia itu sudah tahu tentang hal tersebut. Martina sendiri memaklumkan perkara itu kepada mereka dalam perjumpaan secara atas talian sebelum dia bertolak ke Malaysia semalam.
*
Sepasang suami isteri sedang bergaduh di dalam rumah mewah tersebut. Tidak tahu sebab dia marah kepada isterinya itu. Dia juga telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya apabila si isteri memaki bekas kekasih suaminya yang tidak setaraf mereka berdua.
Zikri keluar dari rumah yang dihadiahkan oleh bapanya kepadanya selepas berkahwin dengan anak rakan bapanya. Kahwin kerana kepentingan syarikat. Begitulah drama Melayu di televisyen dan begitu juga kehidupan Zikri.
Dia masih terkejar-kejar Ayu walaupun sudah beristeri. Dia sanggup ceraikan isterinya demi mendapatkan Ayu. Dia fikir, jika dia kembali bujang. Ayu akan menerimanya.
Pintu rumah Ayu diketuk berkali-kali sehingga Ayu membuka pintu rumahnya. Ayu memberi pandangan dingin ke arah Zikri. "Awak nak apa?"
"Saya nak awak."
"Awak dah ada isteri." Tegas Ayu.
"Saya dah ceraikan dia." Suara Zikri naik satu noktaf.
"Apa awak buat ni? Awak fikir kalau awak ceraikan isteri awak. Saya akan terima awak? Awak silap, Zikri." Ayu marah terhadap Zikri.
Zikri tiba-tiba sahaja memegang kedua-dua bahu Ayu. "Apa kurangnya saya? Saya dah kaya. Kacak. Ada rumah. Ada kereta mewah. Apa lagi yang tak cukup?" Zikri hilang sabar.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...