Velles sedang berhadapan dengan sekumpulan manusia yang cuba untuk membunuh Vincent ketika dia menemani Vincent keluar untuk membeli barang peribadi di sebuah pusat membeli-belah. Jika ikutkan hati, dia tidak mahu menemani Vincent. Tetapi dia tidak mampu membantah arahan Ian. Ian pula berada di rumah kerana sibuk dengan urusan pembelajaran.
"Jangan fikir kau boleh menang lawan kami yang ramai ni." Kata seorang musuh sebelum dia melepaskan tembakan.
Suasana malam yang sunyi di kawasan ini mampu menghasilkan bunyi yang kuat. Tetapi mereka mengabaikan bunyi tersebut. Aksi tembak-menembak berlaku di kawasan sepi ini.
"Korang yang sepatutnya risau dengan nyawa korang." Kata Velles dengan angkuhnya.
Dua pucuk pistol jenama Beretta APX telah digunakan untuk berlawan dengan sekumpulan musuh di kawasan yang samar-samar cerah ini. Tiga orang pihak musuh telah tumbang. Selebihnya masih gagah berdiri di hadapan Velles.
Satu tembakan dilepaskan dari jarak jauh. Velles langsung tidak menyangka bahawa Fox menghantar sniper di kawasan tersebut. Sangkanya hanya mereka di hadapannya sahaja. Sebutir peluru sudah terbenam pada lengan kanannya. Dia tidak mampu lagi untuk meneruskan tembakan menggunakan tangan kanan. Namun, dia tetap terus berlawan. Kali ini dia lebih berhati-hati.
Matanya mencari kedudukan penembak hendap ketika dia berlawan dengan musuh-musuh di hadapannya. Satu per satu telah tumbang. Darahnya juga sudah menitis di atas tanah. Bukan sedikit.
"Aku perlu selesaikan semua ni cepat. Vincent tak boleh datang sini. Kalau dia datang sini. Identiti dia sebagai pelajar akan musnah. Tapi mereka ni mesti dah tahu muka dia. Arghhhhhhh! Apa hal aku risau sangat pasal dia ni? Aku sepatutnya risau pasal Ian dekat rumah tu. Macam mana kalau Fox hantar orang dekat sana?" Fikir Velles sambil berlawan.
Sebutir peluru telah selamat terbenam pada betis Velles tanpa dia ketahui kerana dia masih belum jumpa penembak hendap itu. Dia juga tidak tahu kenapa penembak hendap tersebut tidak tembak sahaja kepalanya. Mengapa perlu melambatkan pergerakannya?
"Tak guna." Velles berdecit sambil mencari tempat persembunyian yang lain.
Tiba-tiba, telinga Velles menangkap bunyi sesuatu. Bunyi seperti seseorang sedang bermain dengan tali yoyo. Dia sangat mengenali bunyi tersebut. Dia mengintai di sebalik tong sampah besar yang menjadi tempat persembunyiannya.
"Vincent? Macam mana dia tahu aku dekat sini?"
Sebilah pisau melayang melintasi pandangan Velles. Velles mengekori arah pisau itu melayang. Kedengaran seseorang menjerit di sebalik sebuah kereta yang terletak di tempat letak kenderaan tidak jauh dari situ.
Sasaran rebah ke tanah bersama-sama dengan rifle. Leher berdarah akibat tikaman pisau yang melayang itu. Tiba-tiba, pisau itu bergerak-gerak dan tercabut dari leher mangsa. Pisau tersebut melayang kembali ke arah si pemilik. Pada masa yang sama kedengaran bunyi tali ditarik.
Zeeeep!
Velles yang melihat mayat penembak hendap tadi tidak perasan bahawa beberapa orang musuh yang berada di hadapan Vincent telah terkorban akibat pisau 'magis' tersebut.
"Hey. Hey. Siapa yang berani ganggu awek aku malam-malam buta ni, ha? Korang jangan fikir aku tak nampak korang buat awek aku menagis. Cuma ambil masa je aku nak turun bawah ni." Kata Vincent sambil memutar-multar enam bolah pisau pada tangan kanan dan kirinya. Semuanya ada tali yang bersambung dengan sarung tangan hitam. Pisau-pisau itu berwarna-warni.
Tanpa bercakap banyak. Mereka menyerang Vincent. Vincent melepaskan pisau-pisaunya. Tepat pada sasaran. Leher musuhnya. Ada yang ditikam dan ada yang dikelar sekali lalu. Tidak pula juga yang dicekek guna tali yang tidak kelihatan itu. Seperti tali tangsi.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...