EXTRA

96 15 4
                                    

Diriku hanyalah ilusi. Tiada sesiapa yang tahu aku wujud dalam dunia yang gelap ini. Ilusi yang hanya dikenali sebagai permainan minda. Namun, aku sentiasa di sini. Tidak pernah pergi ke mana-mana kecuali ketika waktu berseronok.

Aku seronok bermain dengan darah dan senjata. Tidak pernah penat untuk berlawan tetapi diriku dihalang oleh seseorang. Seseorang yang pentingkan peraturan berbanding keseronokan. Dia lepaskan musuhnya hidup tetapi sengsara. Dia lepaskan musuhnya hidup tetapi bersyarat. Dia lepaskan musuhnya hidup tetapi demi seseorang. Dia lepaskan musuhnya hidup kerana bukan tandingannya.

Jika aku di tempatnya. Aku akan tamatkan semuanya. Tiada istilah hidup selagi bergelar musuh. Hanya Vincent yang aku percayai kerana aku tahu dia tidak pernah membelot. Hanya dia cahaya yang aku ada.

Aku dan dia sering bermain dalam kolam berdarah bersama-sama. Tetapi diriku dihalang. Hanya seorang yang penting sahaja dibenarkan bunuh. Aku jadi sepi dan duduk sendirian di dunia yang gelap ini.

Kadang-kala, dia muncul di tempat aku. Dia menangis. Sejak kecil lagi dia selalu datang ke tempat aku dan menangis. Dia berharap dia mampu lupakan segalanya. Dia berhadap dia tidak pernah lihat semua itu. Aku mengambil semua memori itu daripadanya. Dia lupa siapa dirinya dan orang sekeliling.

Aku rasa kasihan. Hanya memori tentang Vincent yang aku bebaskan. Perlahan-lahan dia mengorek memorinya tentang manusia sekelilingnya.

Kemudian, dia datang lagi selepas sekian lama dia tidak ke mari. Dia datang dengan memori yang menjadi mimpi ngeri pada waktu malam.

Aku yang cuba tenangkannya. Aku yang cuba sedarkannya. Walaupun dia tidak pernah mengingati diriku selepas dia sedarkan diri. Aku tidak peduli selagi dia masih hidup.

Namun, suatu hari. Dia datang dan tidak mahu pergi. Dia sudah penat untuk hidup lama jika dia akan kehilangan seseorang yang sangat dia sayangi. Segala perkara di sisinya diabaikan. Aku yang cuba mengugutnya juga diabaikan. Nasihat aku, diabaikan. Jelas, dia sudah tiada sebab untuk hidup. Mimpi ngeri bagaikan realiti dalam kehidupannya. Dia sudah terperangkap dalam ilusi mimpi.

Ilusion is your reality.

Bad dream for you.

Kata-kata yang memiliki makna kepada seseorang yang sering mengungkapkannya. Masing-masing mengingatkan diri mereka dengan kata-kata keramat itu. Namun, tiada satu musuh pun yang faham maksudnya selain daripada rasa gerun tatkala tahu diri mereka menjadi sasaran Double Killer.

Kini, Double Killer bukan berdua. Hanya seorang. Vincent telah pergi untuk selamanya. Aku pula masih bekerja sebagai Ian Zain dan diriku, Illusion.

Bertaubat.

Vincent berpesan kepada aku untuk berhenti melakukan dosa sebelum terlambat. Aku akur dengan permintaannya tapi sebagai penjaga keluarga Vincent, tiada seorang pun yang akan hidup jika mereka cuba mengganggu keluarga ini.

Aku tak membunuh. Aku hanya menyiksa. Mati perlahan-lahan bukan kerana tembakan atau tikaman tetapi kerana racun.

Aku bukan setakat mahir mencipta resepi masakan. Aku juga mahir mencipta formula racun dan penawar. Tetapi tidak dijual hanya untuk aku guna sendiri.

Abang-abang dan kakak angkat aku juga tidak berikan misi membunuh kepada aku. Semua itu diberikan kepada ahli Crown Assassin yang masih aktif membunuh. Aku pula hanya menjaga 'harta' Vincent yang ditinggalkan dalam tanggungjawab aku.

Kahwin?

Belum sampai jodoh. Aku tidak tahu kenapa aku tidak terpikat langsung dengan sesiapa. Lelaki atau perempuan. Semuanya sama sahaja bagi aku.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now