Vincent mengunyah makanan sambil melihat ke arah Iskandar yang duduk bertentangan dengannya. Mereka berada di sebuah kedai makan berhampiran KLIA selepas Vincent menghantar Lance dan Felix ke lapangan terbang. Mereka berdua telah berlepas beberapa minit yang lalu.
"Tak sangka pula boleh terjumpa dekat sini." Kata Iskandar lalu melihat ke arah suasana kedai yang ramai pelanggan ini. Memang tiada pilihan lain selain duduk di hadapan Vincent.
"Hmm..." Makanan ditelan sebelum berkata. "En. Iskandar buat apa dekat sini?"
"Hantar adik saya. Dr. Vincent pula?" Jawabnya.
"Hantar anak saudara dengan pekerja balik kampung."
"Kampung dekat mana?"
"Canada." Jawabnya sebelum makan nasi ayam.
"Oh. Asal Canada la ni. Jauh juga."
"Hmm..."
Telefon berdering. Vincent segera mencapai telefon pintar miliknya dari dalam poket seluar. Panggilan dijawab. "Hello?"
"Kau tengah makan ke?"
"Haah. Tengah dating dengan En. Iskandar. Kenapa?"
"Tak ada apa."
"Eh? Dah tu? Kenapa call?"
Ian mendiamkan diri. Vincent pula rasa ada sesuatu yang tak kena.
"Rindu je. Hati-hati. Bye." Panggilan ditamatkan.
"Eh? Tu je? Apa kena dengan dia ni? Tak pernah pula rindu dekat aku." Kritik Vincent.
Iskandar hanya memerhati.
*
Ian bersandar pada kerusi. Lengan kanan diletakkan pada dahi. "Kenapa dengan aku ni? Risau tak tentu pasal."
Pintu bilik diketuk sebelum dibuka. "Tuan Ian. Semua persiapan untuk majlis pembukaan restoran dah siap. Tetamu pun dah mula datang." Lapornya kepada Ian.
"Okay. Kejap lagi saya turun." Kata Ian yang masih sedemikian.
"Tuan Ian sihat ke tak ni? Kalau masih tak sihat lagi. Rehat la dulu. Ada masa lagi tiga jam sebelum majlis mula." Beritahu pembantunya yang selama ini menguruskan proses pembukaan Zain Zest Restaurant bagi cawangan di Malaysia, Syukri.
"Okay. Saya nak tidur kejap. Nanti kejutkan saya dalam sejam."
"Baik, tuan."
*
"Malam ni ada majlis. Jemputlah. Majlis pembukaan restoran Ian punya. Nama restoran tu, Zain Zest Restaurant. Nanti saya send lokasi." Kata Vincent dengan ramah ketika mereka dalam perjalanan menuju ke arah tempat letak kenderaan.
"Kita bukan kenal lama pun. Tak apa ke saya datang?"
"Tak apa. Saya percaya, encik ni baik. Kalau encik ni jahat. Dah lama adik saya datang cari saya lepas saya beritahu dia tadi." Vincent ketawa.
"Zaman sekarang ni bahaya kalau percaya dengan orang tak kenal." Nasihat Iskandar. Walhal dia sudah tahu identiti sebenar Vincent, anak keluarga mafia.
Begitu juga dengan Vincent dan Ian. Mereka telah menjalani siasatan latar belakang Iskandar dan Hidayah selepas kejadian penculikan terhadap Hidayah sebelum ini. Iskandar, seorang ketua kumpulan mafia Di Malaysia selepas kematian bapa angkatnya. Kumpulannya bersih daripada perbuatan jenayah haram. Masing-masing wujud hanya untuk melindungi Iskandar dan Hidayah. Mereka tidak membunuh kecuali musuh.
"Adik En. Iskandar dah berpunya ke?" Soalan cepumas daripada Vincent kepada Iskandar.
"Tak tahu. Rasanya single lagi. Dia tak pernah beritahu pun. Kalau dah ada. Mesti dia beritahu. Berani betul kalau dia nak sorok."
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...