Sebuah Ferarri F8 tributo berwarna hitam berhenti di tempat letak kenderaan. Enjin dimatikan. Seorang jejaka kacak berambut hitam berkilat dengan pakaian serba hitam keluar daro kereta mewah itu. Hanya kemeja di sebalik kot berwarna merah. Tali lehernya juga berwarna hitam. Cermin mata dipakai pada wajahnya.. Dia bukan rabun tetapi hanya untuk bergaya. Terikut-ikut gaya kembarnya ketika masuk ke pejabat milik keluarga.
Pengaruh kembarnya memang sangat kuat. Mungkin dia sendiri sudah kena pukau dengan 'hasutan syaitan', Vincent.
Pintu bangunan milik Martina Zain dibuka secara automatik apabila menegesan seseorang di hadapan pintu tersebut. Jika seekor kucing berdiri di situ pun, pintu tetap akan terbuka. Bangunan pengeluaran pakaian milik keluarga Zain tidak pernah berubah walaupun berkali-kali Ian datang ke situ. Hanya muka-muka pekerja sahaja yang berubah.
"Tuan Ian la. Dah lama tak nampak dia datanga ini." Kata pekerja yang berada di kaunter lobi bangunan tersebut. Matanya melihat ke arah jejaka yang baru melepasi pintu utama bangunan itu.
"Tuan Ian?" Soal rakan sekerjanya yang berada di sebelah sambi menulis sesuatu di dalam sebuah buku.
Wanita di kaunter lobi itu berdiri. "Selamat pulang ke Malaysia, Tuan Ian. Puan Martina masih dalam mesyuarat. Tuan boleh tunggu dalam pejabat Puan Martina." Beritahunya kepada Ian dengan mesra sebaik sahaja Ian berdiri di hadapan kaunter tersebut.
Rakannya yang sedang menulis tadi melihat ke arah manusia yany berada di hadapan kaunter tersebut. Dia terkejut melihat manusia itu."Ian?"
Ian pantas melihat ke arah gadis yang memanggil namanya itu. Wanita yang berdiri di sebelah Hafiza terus bercakap dalam nada berbisik. "Jaga adab sikit. Jangan sesuka hati panggil Tuan Ian macam tu."
"Tuan Ian?" Dia melihat ke arah seniornya itu. Rakan sekerja bernama, Suraya.
"Tuan Ian. Maafkan dia, ya. Dia ni pekerja baru." Kata Suraya dengan baik.
Ian hanya diam sambil melihat Hafiza dengan mata dinginnya itu sebelum bersuara. "Suruh sesiapa buat kopi untuk saya. Saya tunggu dalam bilik bos." Katanya dan berlalu pergi.
"Baik, Tuan." Kata Suraya.
"Hafiza. Kau ni kenapa? Aku ni yang kecut perut, tahu tak?" Soal Suraya yang sudah duduk menghadap rakan sekerjanya itu.
"Aku pernah jumpa dia malam tadi. Dia selamatkan aku dari mamat yang ganggu aku. Dia jiran aku." Jelas Hafiza dengan nada berbisik.
"Jiran? Tak akan la orany kaya macam Tuan Ian Zain tu duduk sebelah rumah akak kau pula?" Suraya mempersoalkan hal tersebut.
"Betul la. Dia duduk rumah pakcik dia. Sebelah rumah akak aku. Tak percaya. Kau boleh ikut aku balik. Kejap. Kau cakap nama dia, Ian Zain?"
"Ha'ah. Kenapa? Dia adik Puan Martina Zain. Tuan Ian ada kembar tak seiras, Vincent Zain." Jelas Suraya.
Hafiza tersengih-sengih. "Kau rasa. Tuan Ian tu single lagi tak?"
"Ish. Mana aku tahu. Tak berani aku tanya. Untuk pengetahuan kau. Tuan Ian tu garang."
"Macam mana kau tahu?"
"Kembar dia beritahu aku dulu."
*
Sebuah fail diletakkan di atas meja kerja. Martina duduk di atas kerusinya. Dia melihat ke arah Ian yang terlena di atas sofa ruang tamu bilik tersebut.
"Penat sangat la tu. Datang sini nak bincang pasal kerja. Dia pula yang tidur." Omel Martina.
Pintu bilik diketuk. Seseorang masuk selepas diberi kebenaran. Hafiza masuk ke dalam bilik tersebut dengan secawan kopi. Dia tersenyum melihat Martina ada di dalam bilik tersebut.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...