Felix keluar dari bilik mandi selepas dia selesai membersihkan sos pada lehernya yang dituang oleh Ian ketika dalam gelap tadi. Matanya melihat ke arah sebuah bagasi yang dibawa keluar oleh seseorang yang tidak dikenali. Kemudian, dia melihat ke arah Ian yang duduk di atas katil. Jari-jemarinya pantas menekan tablet miliknya.
"Done?" Soal Ian lalu melihat ke arah Felix.
"Yes." Sahut Felix.
Ian berdiri. Tablet disimpan disebalik jaket. "Let's go."
"Where?"
"Hell." Jawabnya sepatah sambil berjalan mendahului Felix ke arah pintu bilik tersebut.
"Hell?"
*
Vladimir sudah tercungap-cungap mengambil nafas. Dia sedang menyorok di sebalik dinding. Penat menghadap musuh yang ramai. Diintainya ke arah Vincent yang masih bertenaga berhadapan dengan pihak musuh. Berlawan sambil ketawa dan membebel.
"Dia ni mandi darah ke? Dari tadi aku tengok darah mercik dekat pakaian dia. Nasib pakaian warna hitam."
"Yeahhhh~ Let's go to the hell. Come here to me. I will guide you to the hell." Vincent ketawa dengan senyuman kejam.
"Haih. Seriously. Malaikat maut ke ni? Atau penjaga neraka atau... Setan?" Fikir Vladimir.
Tidak lama selepas itu, Vladimir terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah tersebut. "Bantuan dah sampai."
Vladimir keluar dari tempat persembunyiannya selepas selesai kumpul sedikit tenaga untuk teruskan perlawanan di dalam rumah ini. Tembakan dilepaskan tepat kepala dan dada. Jarang sekali tersasar.
Lance keluar dari kereta. Dia terus berlari pantas dan melompat ke arah sekumpulan manusia yang berada di hadapan rumah tersebut. "Here I come. Ninja Zest on stage."
Pedang dikeluarkan dari sarung. Serangan terus dilakukan. Sekelip mata sahaja musuh-musuhnya hilang kepala. Masing-masing terus membuat serang balas. Lance pantas menyorok disebalik musuhnya untuk melindungi dirinya. Tidak hairan jika ada yang tertembak sesama mereka.
Felix memakai topeng berwarna hitam dengan corak berwarna putih. Pada topeng tersebut terdapat lukisan tengkorak dan tulang yang dipangkah seperti lambang bendera lanun. Topeng itu miliknya. Sudah lama dia tidak memakainya. Namun, topeng tersebut berbeza dengan mereka bertiga kerana menutupi seluruh wajahnya.
Pasukan Crown Assassin yang diketuai oleh Ian Zain mewajibkan ahlinya memakai topeng untuk sembunyikan identiti masing-masing supaya tidak menjejaskan kehidupan normal. Sesetengah daripada mereka memiliki pekerjaan tetap sama seperti Ian dan Vincent. Jika ada pihak musuh mengenali wajah mereka. Keluarga mereka akan berada dalam bahaya. Bukan setakat topeng, nama juga tidak menggunakan nama sebenar. Hanya ahli Crown Assassin sahaja yang tahu nama sebenar setiap ahli.
Ian dan Felix keluar dari kereta. Mereka menuju ke arah rumah yang sudah dibanjiri dengan darah manusia. Di situ hanya ada satu rumah sahaja. Sekelilingnya ialah hutan. Rumah itu sebenarnya dibina di situ untuk menyimpan koleksi senjata milik Crown Legacy yang diuruskan oleh Martina. Tempat penyimpanan tersebut terletak di bawah rumah ini.
*
"Vincent pergi mandi dulu." Arah Ian kepada Vincent selepas Vincent masuk ke dalam rumah.
"Tapi aku nak makan kejap. Lapar." Rungutnya sambil berjalan ke arah dapur.
"Aku suruh mandi. Mandi je la. Sakit hidung aku bau badan kau yang busuk tu. Cepat la. Nanti anak kau turun pula." Arah Ian sambil mencapai mop di dalam bilik mandi. Mop dibawa keluar bersama-sama baldi.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...