Weren melihat nombor telefon yang dia tidak kenali ini. Masa panggilan dilihat. Dua jam yang lalu. Dia menutup telefon pintar miliknya dan simpan ke dalam poket seluar pada sisi kiri."
"Tak ada masa aku nak layan." Kata Weren dalam hati sambil melemparkan pandangannya ke arah luar kereta mewah miliknya.
Kereta dipandu oleh Saint. Saint melihat majikannya dari tempat duduk pemandu. "Lepas meeting ni kita akan terus bertolak ke KL atau ada nak singgah mana-mana?"
"Singgah Johor kejap. Esok gerak KL. Nak pergi cek cawangan sana dulu. Alang-alang dah ada dekat Melaka." Kata Weren atau nama sebenarnya, Tengku Wahid bin Tengku Abdul Saman.
Weren pernah bekerja dengan Fox sebagai pembunuh upahan ketika di Canada. Tetapi itu sewaktu dia masih bebas dan tiada hala tuju. Tiada matlamat. Hanya memuaskan nafsunya kerana pengaruh rakan sebaya di Canada. Tujuan dia di sana untuk belajar tetapi terpesong. Dren pernah mengupahnya untuk membunuh musuh Dren dengan harga yang tinggi. Tetapi Weren tiada di Canada ketika Dren mahu mengupahnya untuk bunuh Double Killer sebelum ini kerana Weren pulang ke Malaysia untuk menghadiri majlis pengebumian kakaknya.
Selepas kejadian itu, Weren lebih fokus kepada pembelajaran di universiti berbanding kehidupan jahiliahnya sebelum ini. Dia juga telah mengambil alih kedudukan arwah kakaknya sebagai CEO The Great Evolution di cawangan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, dia lebih serius dalam perkerjaannya kerana tanggungjawab yang diberikan sepenuhnya oleh bapanya. Dia tidak mahu mengecewakan bapanya.
"Dah call orang tu semula ke? Tadi dia suruh call. Macam penting je. Tapi kan..."
"Boleh tak kalau kau tak cakap pasal tu lagi?" Kata Weren yang tidak selesa bercakap tentang masa silamnya itu.
"Sorry." Katanya yang sedang memandu.
Telefon pintar milik Weren berdering. Weren mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluarnya. Nombor yang sama dilihat tadi telah muncul lagi. Weren mengangkat panggilan tersebut.
"Weren! Why you not call me back?" Tengking Dren sebaik sahaja Weren menjawab panggilan tersebut.
"I have no time for you. Try to find someone to take care that job." Kata Weren dengan serius.
Weren melihat ke arah Saint. Telinganya mendengar bebelan lelaki tua itu dalam talian. Bebelan yang panjang berkaitan peperangan antara Fox dan Double Killer. Weren pula menempatkan lengan kirinya di atas dahi. Mengeluh.
*
Velles membelek-belek kecederaan pada tangan dan kakinya selepas Vincent menukar pembalut lama kepada plaster untuk menutup kesan Jahitan. Vincent keluar dari bilik Velles untuk membuang pembalut luka yang terdapat kesan darah di dapur selepas digulung dalam kertas surat khabar.
"Vincent suka aku? Aku tak pernah tahu. Tapi kenapa dia selalu je cari gaduh dengan aku? Macam mana pula boleh jadi suka?" Fikir Velles sambil bersandar di atas katil.
Tidak lama selepas itu, Vincent masuk ke dalam bilik Velles. Dia menuju ke arah katil Velles. Cadar katil pada birai katil diselak. Dia melihat ke arah bawah katil sebelum dia mengeluarkan bagasi hitam milik Velles.
"Kau nak buat apa dengan bagasi aku?" Soal Velles tatkala melihat bagasinya pada tangan kanan Vincent.
"Kemas barang kau la. Esok nak gerak dah."
"Aku boleh buat sendiri."
"Ceh. Nak malu apa. Kau kan le-la-ki." Vincent memerli. Dia tersengih.
"Aku cakap aku boleh buat sendiri." Tegas Velles dengan pandangan dingin. Dia sudah turunkan kakinya pada birai katil.
"Naik balik." Arah Vincent.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...