BAB 9

68 14 5
                                    

"Broom. Broom. Broommmmmm~" Ameer memulas telinga Ian ketika dia duduk di atas bahu Ian. Ian pula duduk di atas sofa. Dia sedang menonton televisyen.

Ameer sengaja ditinggalkan di atas bahu Ian oleh Vincent sebelum dia mendukung Soleh dari Velles. Velles mahu solat Asar selepas pulang dari menziarahi rumah saudara-mara Ian pada hari itu. Ian dan Vincent pula sudah solat di masjid selepas pulang tadi. Hanya Velles di rumah bersama-sama anak-anaknya. Dia juga sempat memasak untuk makan malam.

"Broommmmm!" Semakin kuat pulasan telinga Ian seiring dengan suara Ameer yang kuat itu.

Ian hanya diam. Bersabar. Sabar selagi mampu.

"Ameer. Tak baik buat uncle macam tu. Kesian, uncle." Tegur Vance yang meluncur laju dari tempat pemegang tangga. Dia terus melompat dan berdiri tegak di belakang sofa tersebut seperti seorang atlet gimnastik.

"Ala~ Papa suruh main dengan uncle tadi." Kata Ameer sambil memulas telinga Ian.

"Papa mana?"

"Tak tahu. Dengan adik tadi." Jawab Ameer.

"Vance."

Tanpa membuang masa. Vance segera mendukung Ameer untuk diturunkan dari bahu Ian. Dia tahu Ian sudah hilang sabar terhadap adiknya itu. Sebagai seorang abang, dia perlu tahu situasi sekeliling dan memahami perasaan orang lain.

"Ala~ Nak main lagi." Ameer merengek.

"Shuuu~ Nanti Uncle marah. Uncle penat tu." Kata Vance yang kedengaran berbisik dengan adiknya.

Ameer silangkan kedua-dua lengannya. Dia menghentak-hentak kaki tanda protes. Ian pula sudah berdiri. Dia melihat ke arah Ameer. Ameer melihat ke arah Ian. Begitu juga dengan Vance.

Tiba-tiba, telinga Ameer ditarik sehingga menangis. Dia berlalu pergi seperti dirinya tidak bersalah. Berjalan terus ke arah biliknya. Ameer yang menangis kuat itu diabaikan. Vance pula terpaksa memujuk adiknya itu.

"Kan abang dah cakap. Uncle marah." Dia memeluk adiknya.

"Uncle jahat. Tak nak kawan. Bagi tahu papa." Dia mengadu sambil menangis.

Ian merebahkan dirinya di atas katil. Suara tangisan Ameer yang bising itu diabaikan. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya dan terlelap.

Sementara itu, Vincent pula berlari ke arah ruang tamu apabila mendengar anaknya menangis. "Kenapa ni?" Ameer didukung.

"Uncle buat." Adunya.

"Ameer tu yang main pulas-pulas telinga uncle. Padan muka kena tarik telinga semula. Uncle penat layan dia tu."

"Mana ada Ameer buat." Jerit Ameer. Bingit telinga.

"Ikut perangai siapa la ni." Vincent komplen dalam hati.

"Dah. Jangan nangis. Nanti adik nangis pula dalam bilik tu. Dia baru nak tidur. Ameer dah jadi abang. Mana boleh menangis. Tak malu la. Macam mana nak jaga adik nanti." Vincent memujuk anaknya itu.

"Papa manjakan sangat Ameer tu. Sebab tu degil." Kata Vance.

"Aik? Papa pula yang kena. Vance tu pun sama je, ya. Jangan nak salahkan papa pula." Kata Vincent.

Ameer jelir lidah kepada abangnya. Vance sengaja tarik lidah Ameer sebelum dia melarikan diri ke biliknya. Ameer sambung menangis.

"Shushushu~ Dah la tu. Abang tu saja je." Kata Vincent yang mendukung Ameer.

"Tak nak kawan abang. Nak kawan dengan papa, mama dengan adik je. Tak nak kawan abang dengan uncle." Jerit Ameer.

Bingit telinga Vincent. "Aduh. Kenapa pitching dia tinggi sangat?"

IAN ZAINWhere stories live. Discover now