Suara Vincent sangat merdu apabila dia menyanyi lagu After The Rain. Ian terkejut mendengar lagu yang sering didengarinya di dalam kereta ketika memasang lagu koleksi KIT-I. Lagu itu memiliki maksud yang sedih jika sesiapa dapat memahaminya.
Vincent kenyit mata ke arah Ian. Dia tahu, Ian mesti terkejut mendengar Vincent menyanyi lagu Rusia sedangkan dia lebih suka lagi Perancis dan Itali selain lagu bahasa Inggeris. Namun, Vincent tidak tahu maksud disebalik lagu itu. Dia hanya tahu maksud tajuk lagu sahaja sebab dia tidak pernah belajar bahasa Rusia. Ian pula pernah belajar bahasa Rusia ketika di universiti.
Martina melihat ke arah Ian yang tiba-tiba berhenti makan. Hairan seketika. Ian berdiri.
"Nak pergi mana?" Tanya Martina.
"Tandas." Jawab Ian sebelum berlalu pergi.
"Kenapa pula tu? Tadi okay je." Fikir Martina.
Vincent masih menyanyi di atas pentas. Matanya mengekori pemergian Ian sehingga hilang di sebalik dinding. "Kenapa dia nampak sedih? Aku ada buat silap ke? Suara aku tak sedap? Ke dia sakit kepala sebab dengar aku asyik menyanyi je? Best la nyanyi. Bukan selalu." Bicara hatinya.
Ian masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia bersandar pada pintu selepas pintu ditutup. Kepalanya terasa perit. Memori dalam mimpinya sebelum ini tiba-tiba sahaja muncul. Memori kata-kata terakhir Vincent ketika Vincent memeluknya dengan tubuh yang berdarah.
Ian perlahan-lahan terduduk di situ. "I gave you my heart. But you gave me good bye. Did you try to make me sick? Or you don't know about it? The meaning of that song."
Ian memeluk lututnya. Dahi di rapatkan pada kepala lutut. "Aku tak boleh keluar macam ni. Nanti akak tanya macam-macam pula. Aku tak nak dia risau."
*
Vincent berjalan ke arah Ayu. Dia duduk di atas sebuah kerusi kosong bertentangan dengan Ayu. "Wah. Cikgu Ayu. Cantik macam dulu la. Apa rahsianya awet muda?" Puji Vincent lalu angkat kening.
Ayu ketawa. "Awak ni. Tak pernah berubah, ya? Seronok sungguh hari ni. Sedap suara awak. Dah jadi penyanyi ke?"
"Eh tak la. Saya bukan penyanyi. Saya hanya seorang doktor." Vincent tersengih.
"Wow. Dah jadi doktor. Kerja hospital mana?" Tanya Muna.
"Hospital sendiri dekat Canada. Kalau dekat sini. Kerja dengan uncle. Tapi kadang-kadang je kalau on call sebab tak cukup staff. Kalau rasa bosan duduk rumah pun, saya lepak dekat hospital juga. Sementara budak-budak cuti sekolah. Boleh la datang sini." Jelas Vincent.
Ayu dan Muna kelihatan teruja mendengar kejayaan bekas pelajar sekolah mereka. Tidak sia-sia belajar di sekolah biasa tetapi berjaya seperti pelajar dari sekolah elit.
"Anak-anak? Yang rambut perang tu ke?" Soal Muna sambil melihat ke arah Vance berjalan sambil mendukung Soleh menuju ke arah Vincent.
"Yes. They're my sons. Hensem Macam saya." Vincent bangga.
"Dua orang je ke?" Tanya Muna.
"Tiga." Jawab Vincent sambil mencapai anak bongsunya yang sudah terlena itu dari Vance.
"Mama suruh papa jaga adik. Ameer pergi tandas dengan mama. Dia buat hal." Beritahu Vance lalu duduk di sebelah kanan Vincent.
"Ini anak sulung saya, Vance Zain. Si comel ni pula, Soleh Zain. Seorang lagi, Ameer Zain. Nama isteri saya Vellesyia. Orang sana juga. My sweet heart dari kecil. Vance. Ni Cikgu Ayu dengan Cikgu Muna. Cikgu Ayu ajar papa dengan uncle masa sekolah dulu. Cikgu Muna ajar kelas lain." Jelasnya kepada mereka di situ.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...