Suasana di dalam bangunan KLIA ini sangat meriah dengan manusia. Situasi ini bukan pertama kali dirasai oleh seorang jejaka kacak yang berasal dari Rusia tetapi dilahirkan di Canada. Dia pernah sahaja pergi tempat sesak sedemikian tetapi dengan ibu bapanya. Kali ini, dia sendirian. Belajar hidup berdikari, bak kata bapanya.
"Excuse me, miss. Err... Tandas dekat mana?" Tegur Lance ketika mendekati seorang gadis cantik bertudung bawal biru laut.
Gadis itu menoleh ke arahnya. Terpegun seketika melihat diri Lance yang kacak ini. Rambutnya berwarna perang dan bermatanya berwarna kuning gelap. Wajahnya pula putih tetapi tidak pucat. Senyumannya manis. Pakaiannya juga bergaya.
Kemeja lengan pendek berpetak-petak yang terbuka satu butang pada dada. Dipadamkan lagi dengan seluar jeans berwarna hitam, jam tangan Rolex bertali hitam tetapi kepala jam berwarna perak dan tangan kirinya itu juga memiliki gelang perak. Kasut kulit yang dipakainya pula berkilat seperti baru dicuci. Pada tangan kanannya pula sedang memegang penarik bagasi yang besar dan bahunya menggalas sebuah beg sandang. Kedua-duanya berwarna hitam dengan lambang Zain Travel.
"Err... Ya. Encik tanya apa tadi?" Soal gadis yang baru tersedar daripada lamunannya tatkala melihat jejaka kacak itu.
"Tandas dekat mana?" Ulangnya.
"Terus je ke depan. Lepas tu ada nampak lorong gambar tandas."
"Jauh tak?"
"Tak jauh."
"Kalau macam tu. Tolong jaga beg saya kejap. Saya nak pergi tandas. Tunggu sini. Nanti saya datang." Katanya sebelum meninggalkan bagasinya kepada gadis yang tidak dikenali itu.
"Eh? Kejap. Saya... Haih. Saya tak boleh tunggu lama. Kejap lagi abang saya datang ambil." Keluhnya lalu duduk di atas kerusi berhampiran.
20 minit masa diambil untuk mencari tandas. Lance juga sesat jalan untuk mencari gadis tersebut. Dia garu kepala kerana tertekan terhadap kelemahan diri. Macam mana mahu jadi pembunuh yang hebat kalau dia sendiri yang sesat? Sedar sahaja dia susah berada di hadapan pintu keluar dan masuk.
"What? Where is that place? Oh, God. Help me please." Dia tersandar pada dinding. Perlahan-lahan dia bercangkung di situ. Dia melihat ke arah lantai seketika sebelum mata dipejamkan. Cuba ingat lokasi sebelum ini.
"Hai. Jumpa pun awak. Puas saya cari awak dekat kawasan tandas tadi."
Lance buka mata lalu dia melihat ke arah pemilik suara tersebut. Dia segera berdiri. "Thanks, God. I glad I meet you, miss..."
"Nama saya, Hidayah." Gadis itu memperkenalkan dirinya. Pemegang bagasi dilepaskan.
"Saya, Lance." Katanya dengan senyuman manis.
"Lamanya pergi tandas? Tapi kenapa dekat sini? Awak memang sengaja tinggal beg ni ke?" Tanya gadis itu dengan pandangan serius. Risau dirinya dijadikan kambing hitam pula.
Lance geleng kepala. "Tak. Sebenarnya... Saya sesat tadi." Dia ketawa janggal.
"Sesat? Haih. Awak naik teksi ke?"
"Tak. Pakcik saya ambil."
"Baguslah. Risau awak sesat atas jalan je nanti." Hidayah memerli.
Lance pula rasa malu. "Awak pula?"
"Abang saya ambil. Dia dah sampai dari tadi sebab tu saya datang sini. Nasib baik jumpa awak." Jelas Hidayah.
"Thanks." Kata Lance yang tersipu-sipu malu.
*
"Kau tersengih-sengih ni dah kenapa? Sawan? Salah telan racun ke?" Tanya Vincent yang memandu kereta milik Ian.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...