BAB 15

93 18 7
                                    

Rambut hitam berkilat milik seorang lelaki disikat ke belakang dengan kemas selepas dia siap memakai celak berwarna hitam pada matanya. Bibirnya dicalit dengan sedikit pelembap bibir berwarna neutral sebelum dia mencapai jaket kulit berwarna hitam. Jaket dipakai pada tubuhnya. Tidak lupa juga kepada pisau lipat di atas katil. Pisau itu diambil dan disimpan ke dalam poket jaketnya. Cermin dilihat sekilas untuk memastikan dirinya sempurna.

Laci meja solek ditarik. Sebuah topeng muka yang menutupi sebahagian wajahnya diambil. Topeng itu berwarna hitam dengan corak mahkota berwarna emas pada bahagian kiri. Laci ditutup. Dia segera keluar dari bilik tersebut.

"Cepat siap?" Tegur Vincent ketika terserempak di hadapan pintu bilik masing-masing.

"Ingat aku macam kau ke? Lambat." Kata Ian sambil melihat Vincent yang berpenampilan lebih kurang sepertinya. Cuma tidak memakai celak dan pelembap bibir.

Vincent lebih gemar mewarnakan rambutnya dengan warna merah pada hujung rambut. Itu hanya serbuk pewarna sementara. Kalau dibasuh, sudah pasti akan turun warnanya. Pewarna rambut itu hanya boleh didapati di Canada kerana syarikat milik keluarga Vincent yang menjualnya di sana.

"Ian~ Jom makan dulu." Ajak Velles di hadapan anak tangga ruang tamu.

Masing-masing melihat ke arah Velles. Ian menepuk bahu Vincent sebelum menapak turun anak tangga.

"Dia ajak kau je." Vincent mencebik.

"Jom je la." Panggil Ian.

Vincent turut menurun anak tangga menuju ke kawasan dapur. Mereka berdua duduk di meja makan. Vincent memilih kerusi di sebelah Ian yang sudah dihidangkan makanan. Walaupun dia tahu itu kerusi Velles. Velles pula baru sahaja keluar dari bilik mandi untuk ke tandas sebentar tadi. Dia renung tajam ke arah Vincent. Tidak berpuas hati. Vincent mengabaikannya.

"Velles. Makan cepat. Nanti lambat pula." Arah Ian dengan wajah yang dingin. Tiada senyuman langsung untuk Velles.

Velles segera duduk di hadapan Ian. Dilihatnya jejaka kacak di hadapannya itu sedang menikmati masakkannya. Dia sangat rasa gembira. Itu pun sudah cukup buat dia bahagia walaupun jejaka itu melayaninya dengan dingin. Tetapi Ian tetap baik dengannya. Siap belikan Laksa Penang lagi. Masa Velles tidak mengambil mereka hari tu, Ian siap belikan burger McDonald's. Dia letak atas kepala Velles ketika Velles sibuk minta maaf. Bukan salah Velles.

"Kau tu dah kenapa tersengih-sengih. Makan la." Teguran Vincent telah mengganggu memori indah Velles.

Velles berdecit. Dia mula mencapai sudu dan garfu untuk makan petang.

Vincent tersengih-sengih. "Ian. Buka mulut sikit. Aaaa..." Kata Vincent sambil menyua brokoli bakar yang disediakan dengan daging bakar tadi.

Ian melihat ke arah Vincent. "Kau ni. Sayur tak nak makan." Mulut dibuka. Brokoli dimakan.

"Sayur ni aku tak makan la." Vincent tersengih-sengih sambil angkat kening.

Ian tahu sangat niat Vincent mengada-ngada dengan dia hanya untuk sakitkan hati Velles. Dia pun melayan juga. Velles pula cuba sabar terhadap sikap Vincent yang seperti kekasih minta penampar sebab dia cemburu.

Selepas selesai menjamu selera. Ian pergi ke arah cermin bilik mandi untuk membelek wajahnya. Risau ada comot di mana-mana. Vincent pula pergi ke tandas seketika untuk membuang apa yang patut. Tandas di dalam bilik mandi itu tertutup. Pernah sahaja Ian mandi di bilik mandi bawah dan Vincent sedang bertapa di dalam tandas ketika bilik air mereka tiada air. Ian pula memang suka mandi di bilik air bawah sebab boleh basuh baju terus. Ada mesin basuh.

"Vincent. Lama lagi ke?" Tanya Ian yang sudah memakai topeng yang dibawanya tadi.

"Dah. Kejap. Zip seluar ni. Sangkut pula." Jawabnya di dalam tandas.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now