Ian sedang memerhati komputer riba miliknya. Dia baru sahaja selesai menggindam menggondam CCTV di jalan raya yang dilalui oleh Ayob sebelum kejadian. Ketika ini dia berada di dalam keretanya yang terletak di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan hospital milik Victor Zain, St. Victory Hospital.
"Aku dah agak. Mesti dia kena kejar." Kata Ian sambil melihat seseorang mengeluarkan pistol di tempat duduk penimbang hadapan.
Ayob memandu laju untuk melarikan diri. Tetapi tayar keretanya telah ditembak. Kereta hilang kawalan dan terus jatuh ke dalam gaung. Kereta Proton Saga berwarna merah itu berlaku pergi meninggalkan kawasan kejadian. Tidak lama selepas itu, beberapa buah kereta berhenti di situ sebagai apabila terlihat sebuah kereta jatuh ke dalam gaung yang tidak terlalu dalam itu. Sebelah tayar kereta dapat dilihat oleh pemandu yang lalu-lalang di situ.
Ian mendapat berita tersebut daripada pihak polis yang telah menelefon isteri Ayob. Jika bukan kerana Husna memberitahunya. Dia juga tidak tahu tentang kejadian itu. Ian yang dalam perjalanan ke pejabat Vladimir atas urusan tertentu terus mengubah destinasinya sambil meminta Vladimir mencari lokasi Ayob ketika mereka sedang berhubung di atas talian.
Kemudian, Ian menelefon Vincent selepas melihat keadaan Ayob yang kelihatan nazak ketika dibawa keluar dari kereta tersebut. Vincent pula berada di dalam wad Rizad ketika itu.
Telefon pintar milik Ian berdering. Dia segera mencapai telefon tersebut di atas tempat duduk penumpang hadapan. Panggilan dijawab.
"Hello?"
"Ian~ Good news for you. Kes tadi. Anak ayam orang tua tu yang uruskan. So, kau nak buat apa sekarang ni? Nak war atau nak usik-usik?" Beritahu Vincent yang sudah tersenyum lebar di dalam bilik pejabat Victor.
Victor yang sedang menghadap komputer riba di hadapannya hanya tersenyum mendengar perbualan anak saudaranya itu. Victor ialah adik kepada bapa Vincent yang bertanggungjawab untuk menguruskan hospital peninggalan bapa Vincent. Dia pernah bekerja di syarikat Munshi untuk mencari pengalaman bekerja sebelum ini. Namun, ini ialah bidang sebenarnya.
"Bagi aku bincang dengan anak dia dulu. Kau pergi la main dengan orang tua tu. Biar dia terkencing atas katil." Kata Ian.
"Okay, bro." Vincent ketawa gembira.
"Happy betul." Tegur Victor.
"Mestilah. Malam ni saya nak main cak-cak dengan pesakit nama Rizad tu. Dia la punca Ayob masuk wad sekarang ni. Well... Masalah Ian. Masalah saya juga." Katanya lalu senyum kejam. Dia bangun dari sofa di ruang tamu bilik tersebut.
Victor geleng kepala. Dia ketawa kecil. "Buat la apa nak dibuat tu. Malas la masuk campur." Katanya sambil melihat Vincent keluar dari situ.
Sementara itu, Ian sedang menelefon seseorang di dalam keretanya. Pandangannya tajam melihat ke arah dua orang manusia yang dikenalinya sedang menuju ke arah sebuah kereta Mazda CX-5.
Asyraf mengeluarkan telefonnya dari poket seluar sisi kanan lalu menjawab panggilan tersebut. "Hello? Siapa ni?" Sepi.
Ian keluar dari keretanya. Panggilan ditamatkan. Dia terus berjalan ke arah mereka berdua sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar sisi kiri.
"Siapa call?" Tanya Ariff kepada rakannya.
"Entah. Aku jawab. Dia tutup." Jawab Asyraf.
"Assalamualaikum?"
Mereka berdua melihat ke arah pemilik suara tersebut. Salam dijawab walaupun terkejut melihat manusia itu di situ dengan pandangan penuh kemarahan itu.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...