BAB 21

75 13 2
                                    

Felix menghadiri mesyuarat tentang rancangan membunuh Ian dan Vincent di sebuah tempat yang sebenarnya satu perangkap. Semua ini kerana Felix telah memberitahu tentang lokasi rumah Ian dan Vincent di Malaysia atas arahan Vincent. Rumah itu bukan rumah sebenar, hanya tempat untuk bergaduh.

"We will start it tonight. Remember. Kill him." Arah ketua mereka, Moran.

"Yes, sir." Sahut mereka.

"Look like we have many guests tonight. He think he will safe at his place." Kata suara seseorang yang dapat didengari oleh Felix pada telinga kanannya.

"Felix. Prepare for your death. I will revive you later. You will stand by his side, right?" Manusia di dalam talian itu tersenyum lebar.

Dia sememangnya telah mendengar semua rancangan Moran terhadap serangan mengejut. Namun, mereka juga ada rancangan untuk membuat kejutan kepada Moran.

"Felix. We will return to hotel. No need to fight with them. All my team at here today is S class. You still weak to handle them. That why you can't won before." Kata Moran yang merujuk kepada kali pertama Felix bertemu Ian. Tetapi dia tidak tahu kisah sebenar. Felix hanya menipu.

"Yes, sir." Sahut Felix.

Kedengaran suara ketawa yang jelas pada pendengaran Felix. Dia cuba menahan bingit pada telinganya tanpa menunjukkan reaksi wajah. "Damn, Vincent." Bicara hatinya.

Sementara itu, Ian, Vincent, Lance dan Vladimir dalam perjalanan menuju ke lokasi yang bakal menjadi medan pertempuran. Masing-masing melihat Vincent ketawa. Vladimir hanya melihat sekilas melalui cermin pandang belakang ketika dia sedang memandu. Ian pula kembali sambung tidur. Dia terjaga dan melihat cermin sisi kerana terkejut mendengar Vincent ketawa. Lance sedang makan burger McD sambil pandang hairan ke arah Vincent. Sudahlah cakap sendirian. Ketawa pula tu.

Vincent menekan butang pada alat penghubung. Dia mengeliat. "Well... Kita kena tukar rancangan." Kata Vincent.

"Tukar?" Soal Vladimir.

"Yup. Okay. Macam ni. Dua dekat rumah. Dua lagi dekat hotel." Cadang Vincent.

"Maksudnya, dua tempat." Kata Lance selepas selesai mengunyah.

"Moran tak join. Dia hantar orang je." Kata Ian. Matanya pejam.

"Yes. Pandai." Puji Vincent. Rambut Ian sengaja digosok kasar sehingga tangannya ditepis.

"Nanti musuh tahu la bukan Double Killer dalam rumah tu. Mesti deorang report dekat Moran. Lepas tu, mesti ada yang berundur. Tak boleh la kita selesaikan semua sekali." Kata Lance.

Vincent tersengih. "Sekarang ni dengar cerita aku pula. Aku dengan Bendalir duduk dekat rumah tu. Kau pula dengan Ian. Bendalir pinjam topeng Ian. Ian... Kau beli topeng lain. Boleh tak? Okay. Lepas tu, deorang mesti tak tahu. Ala, rambut Bendalir hitam. No problem la. Nanti Ian makeup. Lepas tu, Lance cari lokasi Moran. Felix tak beritahu bilik nombor berapa. Lepas tu... Haa... Ian jadi hantu. Lance. Bagi Ian pinjam jaket kau. Jaket tu boleh hilang-hilang. Felix ada dengan Moran. Dia mesti lindungi Moran. Ala~ kau acah-acah la lawan dengan dia. Lepas tu, bagi jarum tu. Senang." Cadang Vincent panjang lebar.

Mereka berfikir sejenak membayangkan rancangan Vincent itu. Vincent tiba-tiba menggoncang kepala Ian. "Dengar tak?"

"Sakit la, bodoh!" Tengking Ian.

"Eh? Sakit? Kau kenal sakit? Serius la? Pertama kali aku dengar kau kata sakit." Vincent rasa gembira seketika.

"Aku sakit kepala dengar suara kau. Diam boleh tak? Bincang dekat sana tak boleh ke?" Kata Ian yang kembali tenang.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now