BAB 16

71 10 5
                                    

Pergerakan yang pantas tanpa meninggalkan bunyi tapak kaki. Perkara yang pasti ialah pasti nyawa musuh-musuhnya menjadi korban. Walaupun malam ini hujan semakin renyai-renyai membasahi bumi. Hanya bunyi lopak air yang dipijak sahaja kedengaran tetapi manusia yang memijaknya tidak kelihatan.

ZUP!

Bunyi pedang membelah angin dapat didengari dengan jelas jika berdekatan. Tiada sesiapa di situ. Hanya mayat yang timbang di atas tanah tanpa kepala.

Tembakan dilepaskan merata-rata ketika mereka melihat kelibatnya tetapi tidak berjaya mengenainya. Mata pedang dengan ukiran naga emas telah berjaya memotong setiap butir peluru yang sangat hampir dengan pemilik pedang itu.

Dia melompat tinggi ke atas sambil membaling sesuatu yang dikenali sebagai shuriken ke arah musuh-musuhnya. Bukan satu, malah lima shuriken yang kelihatan seperti huruf 'Z'. Sasarannya tepat pada leher musuh-musuhnya. Darah terpancut keluar. Dia juga berlari sepantas kilat untuk menyerang dan bersembunyi. Kemahiran dia sangat sesuai dengan gelarannya, Ninja Zest.

"Mission complete." Kata Lance melalui alat penghubung pada telinga kirinya.

Dia berada di atas bumbung markas musuh. Entah macam mana dia naik ke atas bumbung selepas selesai berlawan. Matanya melihat ke arah mayat tanpa kepala yang bergelempangan di kawasan markas tersebut. Kemudian, dia melihat ke arah sebuah kereta yang baru tiba di situ.

"Yes. Driver dah sampai." Kata Lance dengan gembira lalu terjun dari situ.

Kereta berhenti tidak jauh dari situ. Lance terus masuk ke dalam kereta tersebut. Pintu ditutup. "Cepat la jalan. Nanti tak sempat tengok movie Man In Black 3."

Kereta dipandu oleh Vladimir dengan penuh kesabaran. "Perangai macam Vincent juga. Kuat betul pengaruh dia dalam family." Keluh hatinya.

"Ya. Pakai tali pinggang tu."

Lance terus memakai tali pinggang keselamatan. Pedang disorok di tempat letak kaki. Topeng musang berwarna hitam dengan corak berwarna merah itu ditanggalkan lalu disimpan ke dalam poket di sebalik jaket hitam miliknya.

"Singgah McD kejap boleh tak? Rasa nak makan burger pula." Kata Lance.

"Aik? Tadi kata nak cepat balik. Sempat pula."

"Ala~ Saya penat la. Tak makan nanti tak ada tenaga nak tengok TV. Tengah mengidam burger McD." Rengeknya.

Vladimir terketawa. "Okay. Faham."

"Kenapa ketawa?"

"Tak ada apa. Macam Vincent." Dia tahan ketawa. Tersenyum-senyum.

"Eh? Saya fikir daddy dengan Uncle Ian je cakap macam tu. Tak sangka Uncle Bendalir pun cakap macam tu." Kedua-dua lengan disilang pada dada.

"My name is Vladimir. Vla-di-mir. Haih. Senang panggil Uncle Vlady je la."

"La. Uncle Vincent kata Bendalir."

"Jangan dengar cakap dia. Dia tu pekak."

Lance ketawa.

*

Soleh melompat-lompat ketika Vincent memegangnya. Dia gembira kerana mampu berjalan walaupun tidak terlalu jauh perjalanannya. Vincent turut gembira melihat perkembangan anak bongsunya itu. Dia angkat Soleh dan tumbang di atas lantai yang telah dilapik dengan tilam nipis. Soleh diletakkan di atas dadanya.

"Papa. Papa." Panggil Soleh.

"Ya, baby. Nak apa?"

Tiba-tiba, Soleh ketawa sambil menjerit. Bingkit telinga. Vincent pula mencubit lembut pipi kanan anaknya itu. "Bicin la budak ni. Nak kena telan pipi ni." Guraunya.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now