BAB 3

120 22 13
                                    

"Hai." Sapa seorang lelaki kepada Ian dan Vincent ketika mereka berdua berada di hadapan pintu rumah. Mereka baru sahaja pulang dari sekolah.

"Abang Qayden?" Soal mereka berdua ketika melihat manusia itu di hadapan mata mereka.

"Bila sampai?" Soal Vincent kepada abang kandungnya.

"Sampai semalam. Tapi baru hari ni balik rumah. Semalam lepak dekat rumah member." Jawabnya.

Ian masuk ke dalam rumah bersama-sama Vincent. "Aku masuk bilik dulu." Langkahnya terus menuju ke arah tangga untuk ke biliknya.

"Akak ambil ke?" Soal Vincent kepada Qayden.

"Tak. Balik naik teksi."

"Habis tu? Macam mana buka pintu rumah dengan pintu pagar?"

Qayden angkat kening. "Agak-agak?"

Vincent tersengih. "Pecah masuk rumah sendiri."

Masing-masing ketawa.

Ian masuk ke dalam biliknya. Beg sandang dicampak ke atas katil. Pandangannya tertacap kepada sebuah kotak hadiah di atas katil.

"Pintu bilik aku berkunci. Macam mana boleh ada orang masuk?" Fikirnya sambil mencapai kotak hadiah tersebut.

Dia duduk di atas katil. Kotak hadiah dibuka. Isi kotak dilihat. Di dalam kotak tersebut terdapat sebilah pisau, sepucuk pistol dan peluru. Dia keluarkan semuanya dari kotak tersebut. Kemudian, dia mengambil sepucuk surat di dalam kotak itu. Sampul surat dibuka. Sekeping surat dan sekeping gambar dikeluarkan. Surat dibaca. Gambar dilihat.

"Mohd. Zarul Bin Mohd. Qalil. Punca letupan malam tu. Tapi macam mana... Abang Qayden? Dia betul-betul siasat kes tu ke? Aku fikir dia main-main je Lima tahun lepas."

Pintu bilik Ian diketuk. Ian pantas menyimpan semula senjata tersebut ke dalam kotak. Beg sandang diletakkan di atas kotak tersebut. Pintu bilik dibuka.

"Ian. Siap-siap cepat. Abang ajak keluar makan. Dia belanja. Kita patut keluar sebelum akak balik." Kata Vincent di muka pintu.

"Okay."

*

"Macam mana? Suka hadiah tu?" Tanya Qayden kepada adik angkatnya itu ketika mereka berdua di meja makan. Vincent pergi ke tandas.

"Kenapa abang bagi tu?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Eh? Tanya abang pula. Dulu bukan Ian sendiri kata nak selesaikan sendiri ke?"

Ian termenung sejenak sebelum berkata. "Ya. Tapi bila fikir balik... Negara ada undang-undang."

"Cuba bayangkan. Kalau dia kena tangkap dan terlepas. Macam mana? Mesti dia cari Ian pula." Nasihat Qayden.

Ian melihat ke arah kedua-dua tapak tangannya. "Baru je rasa nak insaf kejap."

Qayden ketawa. "Ala. Lepas ni sambung la insaf."

Ian pandang dingin ke arah Qayden yang merupakan seseorang yang telah banyak mengajarnya tentang dunia keluarga Zain, mafia di Canada. Ian juga pernah terlibat dalam dunia itu ketika usia muda sebelum ini. Dia dan Vincent pernah dibawa pulang ke Canada selepas kes letupan. Mereka dihantar pulang ke Malaysia semula ketika usia 15 tahun kerana keluarga Zain sedang selesaikan perbalahan antara dua puak di sana. Tidak mahu melibatkan Ian dan Vincent kerana musuh mencari mereka, Double Killer.

"Kalau tak nak buat. Tak apa. Biar abang buat. Tapi tak menyesal ke? Mesti rasa tak puas hati sebab tak buat sendiri. Oh ya. Abang ada satu lagi hadiah. Esok abang bagi."

IAN ZAINWhere stories live. Discover now