EXTRA

90 14 6
                                    

Qayden terkebil-kebil melihat Ian berusia enam tahun sedang merenung ke arahnya yang baru sahaja bangun daripada tidur di atas sofa. Kanak-kanak itu bercangkung sambil tongkat dagu menggunakan kedua-dua tangannya di atas kepala lutut.

"Abang!" Jerit Vincent lalu melompat ke atas perut Qayden bersama-sama beg sekolah tadika.

Qayden senak perut. "Vincent. Please, don't kill me." Kata si abang yang kesakitan itu.

"King? Kenapa tak beritahu nak datang sini? Madam Martina tahu tak ni?" Tegur Herman yang baru masuk ke dalam rumah mewah itu bersama-sama beg sandang milik Ian.

Vincent turun dari perut abangnya. Dia menarik tangan kanan Ian sehingga Ian berdiri. "Abang..."

Qayden duduk di atas sofa. "Saja tak beritahu. Nak buatan kejutan." Dia angkat kening.

"Abang. Tengok la sini, bongok." Kata Vincent dengan perasaan marah sebab tidak diberi perhatian.

"Bongok? Macam mana boleh ada perkataan tu pula ni?" Herman terkejut. Budak sekolah tadika pandai mencarut.

"Ya. Kenapa, budak comel?" Soal Qayden yang memberi perhatian kepada adiknya itu.

"Ni Zarif." Dia geleng kepala.

"Tak. Ni Ian. Adik Vincent punya." Dia peluk Ian.

"Jangan ambil." Katanya dengan wajah serius.

Ian hanya diam. Terkelip-kelip matanya melihat le arah Qayden. Qayden pula terkejut melihat Vincent cium pipi kanan Ian tapi tiada reaksi daripada Ian.

"Herman. Budak ni biar betul? Kenapa macam patung je?" Tanya Qayden kepada Herman yang duduk di atas sofa tidak jauh darinya.

"Ian memang macam tu. Dia langsung tak bercakap lepas kes letupan tu. Senyum pun tak. Ketawa pun tak. Madam Martina dah bawa jumpa doktor. Tapi itu la... Dia sendiri yang nak duduk diam macam tu. Pergi sekolah pun kawan dengan Vincent je. Vincent pula tak nak lepaskan dia. Heret je pergi mana-mana. Pergi tandas pun dia bawa sekali. Teman katanya." Jelas Herman panjang lebar

Qayden melihat adiknya menutup kedua-dua telinga Ian."Kau dah kenapa?"

"Shuuu... Jangan cakap pasal kes tu. Nanti Ian menangis."

"Aik? Matang pula kau ni?" Qayden memerli adiknya.

Vincent peluk Ian dari belakang. "Mestilah. Abang kena matang untuk jaga adik. Kan kan?"

Ian angguk. Matanya masih melihat Qayden. Dia mahu bercakap tapi tidak tahu mahu cakap apa.

Ian pegangan tangan Vincent. Dia angkat tangan Vincent ke arah Qayden. Vincent pun berkata. "Tu Abang Qayden. Abang yang paling nakal dan mulut longkang."

"Hei. Aku bukan mulut longkang la." Qayden membantah.

"Mulut jamban." Kata Vincent. Pelukan dilepaskan.

Herman tepuk dahi.

Ian pula hanya angguk kepala tanda faham. "Abang... Jamban." Kata Ian.

Masing-masing terdiam. Mereka melihat ke arah Ian.

"Kau cakap apa? Cuba ulang?" Soal Qayden seperti salah dengar.

"Abang... Jamban." Ulangnya.

Vincent ketawa terbahak-bahak. Herman tahan ketawa. Qayden tahan geram tetapi dia cuba bersabar. Budak-budak.

"First time dengar suara dia." Kata Herman.

Qayden melihat ke arah Herman. "Seriously?"

"Yes, King." Kata Herman yang menghormati Qayden sebagai King Crown Legacy walaupun umur mereka sama.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now