Vance dan Ameer berdiri di hadapan pintu bilik Ian. Si abang sedang cuba membuka kunci tombol pintu menggunakan segugus batang besi halus miliknya. Semua itu diajar oleh Qayden sewaktu dia berusia lima tahun. Kini umurnya sudah lapan tahun dan pandai pecah masuk bilik. Bukan itu sahaja.
Dia juga telah diajar menggunakan peralatan elektronik untuk memecah masuk pintu yang menggunakan teknologi tinggi oleh Qayden. Vincent tahu tentang hal itu. Malah dia sendiri mengajar anak sulungnya menjadi seorang penggodam sepertinya. Pecah masuk maklumat secara atas talian. Tetapi Vance tidak menggunanya sesuka hati sebab nanti ibunya marah. Berbanding dengan Ameer yang degil. Perangai sebiji macam Vincent walaupun masih berusia lima tahun.
TAK!
Kunci telah berjaya dibuka. Vance dan Ameer masuk ke dalam bilik Ian senyap-senyap. Mereka melihat Ian masih lena di atas katil. Pantas dua orang kanak-kanak riang ini melompat di atas Ian.
Ian terkejut. Dia tidak tahu apa yang berlaku di dalam bilik yang gelap itu. Hanya perut yang senak bagaikan nyawa di hujung tanduk.
"Uncle~" Kata Ameer yang memeluk leher Ian.
Ian terbatuk-batuk. Nafas ditarik dan dilepaskan. Dia cuba untuk bersabar terhadap dua manusia yang mengganggu lenanya.
"Macam mana boleh masuk sini? Pintu berkunci." Suis lampu meja ditekan.
Vance duduk di atas katil. "Rahsia." Kata Vance yang mengajuk kata-kata Ian terhadapnya sebelum ini.
Ian mengeluh. Dia tetap baring di situ. Matanya dilihat pula ke arah jam loceng di atas meja yang sama dengan lampu meja tadi, 4:15 pagi.
"Apa korang buat pagi buta ni?"
Ameer melepaskan pelukannya. Dia guling di atas katil. Kemudian, dia merangkak masuk ke dalam selimut tebal milik Ian.
"Tadi teman Ameer kencing. Lepas tu, Ameer kata nak tidur dengan uncle." Jawab Vance.
Ian garu kepala. "Dah la. Pergi tutup pintu. Tidur diam-diam. Kalau bising. Uncle terajang keluar bilik."
"Tak apa. Saya tahu buka pintu." Kata Vance dengan bangga.
Terjungkit kening Ian. "Kenapa aku rasa macam deja vu je orang masuk bilik aku walaupun berkunci? Tak akan la dia ni klon Abang Qayden." Fiiirnyq sambil melihat Vance tersengih.
*
"Mama~" Ameer berlari ke arah ibunya lalu memeluk ibunya yang telah meletakkan sepingan sandwich di atas meja.
Rambut anaknya diusap. "Aik? Dah mandi? Siapa mandikan?"
"Uncle Ian. Seronok mandi dengan Uncle. Ada sabun buih banyak." Katanya dengan perasaan teruja.
"Abang mana?"
"Dalam bilik Uncle."
"Buat apa?"
"Tak tahu."
Sementara itu, Vance sedang membantu Ian menanggalkan cadar tebal di atas katil Ian untuk dicuci. Ameer kencing di atas katil. Habis terkena cadar dan selimut. Dia kata mimpi pergi tandas.
"Selalu ke Ameer tu kencing atas katil?" Tanya Ian sambil menarik cadar turun dari katil.
"Tak juga. Kalau dia mimpi pergi bilik air. Dia kencing je. Kalau dia sedar. Dia bangun sendiri panggil saya." Jelas Vance yang sangat mengenali adiknya itu.
"Nasib la." Kata Ian sambil melipat cadar sebelum disumbat masuk ke dalam sebuah plastik hitam yang besar.
"Uncle nak bawa pergi mana dua plastik tu?"
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...