Zikri dicampak ke atas lantai dalam keadaan kaki dan tangannya diikat. Matanya juga ditutup sehingga tiba di sini, bilik senjata di bawah bangunan milik Vladimir. Bukan bangunan hotel yang dituju oleh Vincent tadi.
Zikri tidak habis-habis bercakap sebab dia terlalu marah. Dia siap maki semua orang. Mahu sahaja tutup mulut lelaki yang tidak sedar diri itu. Tetapi tiada pula pelekat. Hanya ada gari. Kain pula hanya satu untuk tutup mata Zikri. Maka, sebaik sahaja mereka di markas. Mereka meninggalkan Zikri sendirian di dalam bilik senjata itu. Buat sakit telinga kalau tunggu di dalam bilik itu. Hilang mood rakan-rakan yang berlatih menembak di situ. Mahu sahaja mereka tembak kepala Zikri tetapi risau kepala mereka pula yang ditembak oleh Double Killer.
Penutup mata Zikri dibuka oleh Ian setibanya dia di dalam bilik itu. "Bisingnya. Nak aku jahit mulut baru diam ke?" Tanya Ian dengan tenang.
Zikri terkejut melihat sekeliling bilik tersebut. Penuh senjata. "Tempat apa ni?"
"Tempat aku. Kenapa? Takut?" Ian bangun dari bercangkung.
"Kau ni siapa sebenarnya?" Soalnya yang mula ketar lutut. Tahu pula takut.
"Aku, Ian Zain. Co-leader Crown Legacy, Double Killer. Kau salah pilih lawan, bro. Budak sekolah biasa. Hmm... Teringin juga aku nak jadi budak sekolah biasa. Tak perlu la aku bunuh orang, kan? Tapi nak buat macam mana, kan? Pakcik sendiri pun gila. Bunuh satu family dia termasuk mak, ayah, abang dan adik aku. Sebab tu aku jadi macam ni." Kata Ian dengan tenang.
Zikri terdiam mendengar penjelasan Ian. "Kau pembunuh." Katanya yang terketar-ketar.
"Kenapa? Nak cuba? Oh, ya. Tadi abang aku cakap. Kau maki aku. Sedap sangat ke kau maki? Apa kau cakap tadi? Boleh ulang balik?" Senjata di atas meja dibelek-belek.
"Aku tak cakap apa-apa." Dia cuak. Mungkin sudah terkencing dalam seluar.
"Tak ada orang yang boleh tipu aku, Zikri. Nama kau, Zikri, kan? Kau sanggup permainan perasan orang lain. Kesian isteri kau. Ada suami. Tak boleh harap. Agaknya, apa anak kau akan jadi lepas ni? Pembunuh macam aku atau orang gila bayang macam kau?" Sepucuk pistol dipilih oleh Ian. Pistol itu digunakan untuk latihan. Sudah pasti ada peluru.
"Anak? Aku tak pernah ada anak dengan isteri aku." Tegasnya.
"Eh? Tipu lagi. Habis tu? Kenapa tadi aku nampak isteri kau keluar dari hospital? Sakit? Aku suruh orang kawan aku tanya doktor tadi. Dia kata isteri kau dah tiga minggu mengandung. Kau tak tahu?" Kata Ian sambil berjalan menghampiri Zikri.
"Mustahil. Aku tak pernah tidur sebilik dengan dia. Kau yang tipu aku sebenarnya." Tengking Zikri.
Pistol diacukan ke arah kepala Zikri. "Berani kau kata aku tipu. Heh. Jangan harap kau boleh dapat Cikgu Ayu. Manusia macam kau ni. Langsung tak layak kahwin dengan Cikgu Ayu." Katanya tenang.
Bang!
*
Ayu menelefon Ian selepas kelasnya tamat. Dia berada di dalam bilik guru. Ian tidak menjawab panggilannya. Dia tetap menelefon Ian sehingga panggilan diangkat.
"Hello?" Dingin suara Ian kedengaran.
"Hi. Cikgu Ayu ni. Ian okay ke?" Soalnya yang teragak-agak.
Kedengaran Ian menarik nafas kasar dan hembus nafas. "Saya okay. Cikgu macam mana?"
"Tadi Zikri datang sekolah. Nasib baik ada bodyguard Ian tolong saya. Terima kasih. Zikri macam mana? Deorang kata nak bawa jumpa Ian."
"Kenapa cikgu tanya pasal dia? Cikgu tak perlukan dia, kan? Buat apa nak tahu pasal dia?" Soal Ian dengan tenang.
Pintu bilik diterjah oleh Vincent. "Yo, bro. Uish. Busuknya bau. Dah lama ke bangkai orang gila bayang ni dekat sini?"
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...