Pistol merupakan senjata yang penting bagi seorang polis tapi tidak pada setiap masa. Hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti ketika menjalankan misi menangkap penjenayah.
"Macam mana keadaan mangsa?" Tanya seorang anggota polis yang baru tiba di tempat kejadian, rumah seseorang yang pernah mengakibatkan Ayob masuk ke hospital.
Kejadian itu berlaku dua hari yang lalu. Kejadian pihak polis di rumah tersebut disebabkan oleh seorang jiran yang mengadu ada bau busuk berhampiran rumahnya. Bau seperti bangkai tetapi tidak kelihatan di luar rumah. Maka, dia menelefon pihak polis untuk memeriksa rumah jiran sebelah. Ternyata jirannya itu sudah mati dibunuh di dalam rumah.
Sekeling kad bergambar bunga mawar hitam ditunjukkan kepada anggota polis yang baru tiba tadi. Kad itu sudah dimasukkan ke dalam plastik lut sinar. "Mangsa telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam. Mangsa juga telah ditembak dari jarak jauh. Sama seperti kes di rumah Johari sebelum ini. Mangsa meninggal di hadapan tingkap. Ini kad yang ditinggalkan oleh penjenayah."
Plastik tersebut diambil. "13?" Fikir polis tersebut, Inspektor Syahrizad.
"Ada saksi kejadian?" Tanya Inspektor Syahrizad kepada rakan sejawatnya itu.
"Tak ada." Jawabnya.
Plastik bahan bukti itu diserah kembali sebelum dia masuk ke dalam rumah mangsa. Dilihatnya situasi di dalam rumah itu dan tempat mangsa terbaring. Tiada kesan orang lain masuk ke dalam rumah tersebut. Mangsa juga tinggal sendirian.
"Ada periksa CCTV?" Soalnya kepada rakannya tadi.
"Sedang diusahakan." Jawab polis tersebut.
*
Perlahan-lahan mata dibuka selepas sekian lama ditutup akibat kepeningan. Pening bukan kerana sakit pening kerana serangan mengejut dari belakang menggunakan kayu. Dia tidak dapat mengelak serangan tersebut kerana terlalu sibuk berbual dengan seseorang pada telefon pintarnya sambil berjalan laju seperti mengejar masa.
Dilihatnya ke arah sekeliling selepas melihat dirinya yang diikat di atas kerusi. Dia berada di dalam sebuah rumah usang yang tidak siap. "Siapa pula yang bawa aku dekat sini? Aku dah la ada meeting. Sah tak sempat masuk."
Pintu bilik tersebut tiba-tiba dibuka oleh seseorang. Matanya melihat ke arah seorang lelaki dan seorang perempuan. Perempuan itu dia pernah lihat sebelum ini.
"Dia ni ke yang dah rogol awak sampai mengandung tu?" Soal lelaki tersebut kepada wanita itu.
"Ya." Jawab wanita itu sambil melihat ke arah manusia yang ditangkap oleh kekasihnya.
Lelaki itu menampar manusia berwajah serius itu. "Disebabkan kau dah rosakkan adik aku. Aku nak kau tanggungjawab. Letak semua nama dia ats harta kau." Tengking lelaki itu.
Manusia itu senyum sinis. "Wow. Senangnya. Kau siapa nak memaksa aku? Aku tak kenal mana-mana betina murahan seumur hidup aku. Yang aku kenal hanya la betina yang patut mati."
Ikatan pada kedua-dua tangannya kini terlerai. Mereka terkejut kerana lelaki yang diculik itu berjaya melepaskan diri.
"Apa yang you cakap ni, Dian? Kita pernah jumpa sebelum ni. You kata nak kahwin dengan I. I dah lama tunggu you. Tapi you hilang macam tu je." Ujar wanita yang penuh dengan lakonan itu.
Dian atau nama sebenarnya ialah Ian. Dia berdiri. Matanya melihat ke arah lelaki yang mengacukan pistol ke arahnya. Jelas sekali, itu ialah pistol miliknya. Dia sangat mengenali barang-barangnya.
"Aku pantang betul kalau orang ambil barang aku. Kau mesti dah masuk dalam kereta aku, kan? Dah berapa lama kau hidup?" Katanya dengan tenang.
Lelaki itu berdecit. "Suka hati aku la apa aku nak buat pun. Kalau kau gerak sikit lagi. Aku tembak kau. Kalau kau nak selamat. Lebih baik kau ikut arahan aku. Bagi semua harta kau dekat adik aku. Dia perlu besarkan anak dia sendiri kalau kau tak nak kahwin dengan dia."
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...