BAB 1

78 14 0
                                    

Larian pantas seorang gadis terhenti kerana di hadapannya ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Manakala, di belakangnya pula terdapat dua orang lelaki yang mengejarnya tadi. Gadis yanh baru pulang dari kedai pada waktu malan itu sedang cemas. Dia risau dirinya dirogol dalam situasi yang gelap itu. Tiada sesiapa di jalan perumahan yang sepi.

"Nak lari mana, cik adik? Apa salahnya kita berkenalan kejap dekat sini." Kata lelaki yang berasa di hadapannya itu.

Gadis itu menggeleng kepalanya dalam keadaan takut. "Saya nak balik." Katanya yang membawa dua plastik barang yang dibeli di kedai tadi.

"Ala~ Kejap je." Kata seorang lagi lelaki di belakangnya. Mereka bertiga semakin hampir.

"Woi. Buat apa dalam gelap tu?" Tegur seseorang dari belakang mereka. Orang itu berjalan menghampiri kawasan tersebut.

"Kau siapa? Menyibuk je la." Kata lelaki yang berada di hadapan gadis tadi.

"Aku boyfriend dia. Kenapa? Ada masalah? You. Kenapa jalan sorang-sorang? I dah suruh you tunggu kejap je tadi sebab kedai tu telur dah habis. Tak sangka pula you pergi cari telur dekat sini pula." Kata lelaki yang tidak dikenali itu.

"Mamat ni merepek apa? Kalau nak tolong tu, tolong je la. Jangan la membebel pasal telur dekat sini pula." Jerit hati gadis itu.

"Kau fikir ni drama TV3 ke? Konon datang mengaku boyfriend. Kau ingat kitaorang tak nampak? Dia datang kedai tadi seorang je." Kata sekarang lagi lelaki bertubuh gempal yang mengejar gadis itu bersama-sama rakannya. Mereka sudah lama memerhati gadis tersebut.

"Oh. Kalau macam tu. Aku cakap terus terang je la. Kau nak tangan ke kau nak senapang?" Katanya.

Tangan gadis itu tiba-tiba ditarik oleh rakan lelaki gempal tadi. "Aku dah dapat."

"Kau dah terlambat. Hero berani cakap je." Lelaki yang berasa di hadapan gadis tadi ketawa.

Si jejaka berbaju sejuk berwarna hitam meletakkan plastik berisi telur di tepi sebelum dia pantas melangkah dan menyerang mereka bertiga. Sekelip mata. Semuanya telah tumbang. Tiga buah yoyo berwarna-warni telah berjaya mencekek leher mereka bertiga sehingga sesak nafas akibat ditarik ketika lelaki itu berlari laju ke hadapan. Semuanya terterap ke tanah

"Awak, okay?" Soal jejaka misteri itu kepada gadis yang jatuh terterap akibat rentapan tadi. Agak kuat tetapi gadis itu masih mampu untuk berdiri.

"Saya okay. Terima kasih." Kata gadis itu sambil mencapai dua buah beg plastik yang terjatuh tadi.

Dia menarik semua yoyo mekanikal tersebut kembali kepadanya. Mereka bertiga pula terbatuk-batuk akibat sesak nafas tadi. Dia mengabaikab mereka. Langkahnya terus menuju ke arah plastik berisi telur yang ditinggal tadi.

"Jom. Saya teman awak balik." Katanya dengan tenang. Tiga buat yoyo disimpan ke dalam kedua-dua poket baju sejuknya.

Gadis itu melihat ke arah mereka bertiga selepas melihat seketika ke arah penyelamatnya tadi. "Awak. Deorang dah bangun."

"Berani kau serang kitaorang." Tengking lelaki gemuk yang cuba untuk berdiri. Lengannya luka akibat serangan tadi.

"Jom gerak. Jangan layan makhluk tak ada otak tu." Tangan kanan si gadis dipegang. Dia terus berjalan ke hadapan.

Dua orang lelaki tiba-tiba berlari ke arahnya dan menyerang. Dia pantas melepaskan tangan gadis tersebut. Gadis itu menjauhkan dirinya daripada penyelamatnya.

Dua batang jarum dikeluarkan dari poket seluar belakang. Dicampakkan kedua-dua batang jarum itu ke arah sasarannya. Leher. Serta-merta tubuh mereka menjadi lemah. Terduduk di situ tidak bergerak.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now