Ian campak pistol yang diambil olehnya semalam ke arah Vincent ketika Vincent duduk di atas katil menyiapkan kerja sekolah subjek Sejarah. Dilihatnya ke arah pistol tersebut sebelum dia melihat ke arah Ian di muka pintu biliknya.
"Dah kenapa?" Soal Vincent.
"Ambil la. Aku terbawa balik semalam. Kau perlukan benda tu. Aku dah ada. Jenama pun dah sama macam kau punya yang dulu tu. Aku dah siap cuci tadi." Kata Ian sebelum pergi dari situ.
Vincent mencapai pistol tersebut. Magazine peluru dikeluarkan. Peluru diperiksa. Penuh. Magazine peluru dimasukan semula. "Second hand pun second hand la."
Pistol disimpan di bawah bantal. Tabiat sejak kecil. Semua benda dia simpan bawah bantal. Mungkin isteri dia pun dia simpan bawah bantal suatu hari nanti. Kalau kahwin.
Pintu bilik Vincent diketuk. "Vincent. Aku keluar kejap. Cari ink printer."
Vincent yang mendengar suara Ian terus turun dari katil dan mencapai barang-barangnya. "Kejap. Aku nak ikut."
Pintu bilik dibuka. "Aku nak ikut." Katanya sekali lagi.
"Siapa nak jaga rumah? Kejap lagi orang datang sini." Soal Ian.
"Pandai-pandai la dia buka pintu sendiri." Kata Vincent acuh tak acuh.
"Kau ni..." Pandangan dingin diberikan kepada Vincent.
"Aku risau deorang cari kau." Kata Vincent.
Ian mengeluh. "Tak payah risau la. Kau duduk rumah. Aku gerak. Jangan nak jadi pondan takut duduk dalam rumah sorang."
"Bodoh la, setan ni. Aku laki."
"Kalau laki. Duduk rumah. Bye." Kata Ian sebelum menapak turun anak tangga.
Vincent garu kepalanya yang tidak gatal itu. "Stress." Dia risau jika dia tidak lihat sendiri Ian selamat di depan matanya.
"Balik cepat. Jangan nak merayap lepas beli ink tu. Kau lambat balik. Aku hantar hantu cari kau." Tegas Vincent. Suaranya kuat sehingga boleh dengar di hadapan pintu rumah.
"Ya. Aku tahu." Sahutnya.
*
Pintu rumah dibuka selepas beberapa minit Ian meninggalkan rumah tersebut. Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kawasan rumah mewah itu melepasi pintu pagar berwarna silver. Pada tangan kanannya terdapat sebuah bagasi besar berwarna hitam. Bahunya pula menggalas beg sandang berwarna hitam. Bagasi diheret masuk ke arah pintu rumah selepas sebuah teksi berwarna merah putih berlalu pergi dari situ.
Vincent yang berada di hadapan pintu tersebut melihat manusia itu dari hujung rambut ke hujung kaki sebelum dia mengeluh. "Tak ada orang lain ke?"
"Apa benda kau cakap? Ulang sekali lagi?" Sengaja dia tinggikan suaranya.
"Dah. Dah. Malas aku cakap dengan kau. Bilik kau yang hujung sekali. Yang tulis S-T-O-R. Kalau kau tak suka. Kau boleh tidur dalam bilik mandi. Kalau nak makan. Masak sendiri. Aku nak tidur." Kata Vincent sambil berjalan ke arah tangga.
Dia berlari ke arah Vincent. Leher baju Vincent digenggam. Vincent melihat ke arahnya. "Kau memang sengaja buat aku panas." Marahnya.
"Kenapa? Nak gaduh?"
"Kalau bukan sebab Tuan Nash suruh aku datang sini. Aku tak akan datang la. Malas aku hadap muka kau ni hari-hari." Leher baju Vincent dilepaskan.
Vincent tersengih. "Heh. Macam la tak boleh tolak. Kau setuju pun sebab Ian, kan? Sudah. Sudah la kau dengan niat kau tu. Ian tak suka perempuan yang perangai macam laki. Daripada dia dengan kau. Lebih baik dia dengan aku." Kata Vincent dengan niat bergurau kasar lalu dia menapak anak tangga menuju ke arah biliknya.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...