BAB 27

82 13 9
                                    

Vincent dan Ian masuk ke dalam sebuah bangunan yang bakal menjadi milik Frendi. Frendi berjalan di belakang mereka berdua. Matanya melihat ke arah kanan dan kiri. Risau jika dia diserang oleh orang-orang bawahan Zarul di dalam bangunan tersebut.

"Good morning, sir. May I help you?" Sapa seorang pekerja di lobi bangunan tersebut.

"Bos ada tak? Nak jumpa. Kami dah buat appointment minggu lepas." Kata Vincent tanpa membuang masa.

"Dia boleh cakap Melayu rupanya." Bicara hati wanita di kaunter lobi tersebut.

"Sekejap, ya."

Beberapa minit di ambil sebelum seorang wanita tiba di situ. Dia ialah pembantu peribadi Zarul. Dilihatnya ke arah Frendi yang ada di belakang mereka berdua. Hairan seketika.

"Saya minta maaf, encik. Tuan Zarul tak nak jumpa dengan encik." Jelas wanita tersebut kepada mereka berdua.

"What? Aku penat-penat makan McD cepat-cepat tadi. Sekarang dia tak nak jumpa pula?" Kata Vincent dengan perasan tidak berpuas hati.

"Kenapa dia tak nak jumpa?" Soal Ian dengan tenang.

"Saya tak tahu. Tapi tadi dia macam panik. Siap cakap pasal Double Killer dah jumpa dia. Lepas tu dia halau saya keluar. Dia pesan tak nak jumpa encik berdua."

"Sejak bila dia jadi macam tu?" Tanya Ian lagi.

"Sejak saya sebut nama encik berdua. Tiba-tiba Tuan Zarul nampak panik. Encik berdua ni siapa, ya? Setahu saya Zain Zest tu syarikat besar di Canada."

Frendi dan wanita di lobi itu hanya menjadi pemerhati.

"Saya, Zarif Amin. Anak pemilik syarikat sebelum ni. Datang sini sebab nak ambil semula syarikat ni."

Wanita itu tergamam tatkala mendengar nama anak majikannya sebelum ini. Dia juga pernah bertemu dengan Zarif ketika kecil sebab majikannya selalu bawa anak-anak ke pejabatnya jika isterinya tiada di rumah, kuliah di universiti untuk mendapatkan ijazah kedua.

Wanita itu menarik nafas sedalam-dalamnya selebelum dihembuskan dan berkata. "Saya, Nazwani. Pembantu peribadi Tuan Amin sebelum Tuan Zarul ambil alih syarikat ni. Mari ikut saya."

Nazwani berjalan mendahului mereka. Ian, Vincent dan Frendi mengekori dari belakang.

"Akak ni baik la." Vincent memuji. Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk ketika masuk ke dalam lif.

"Dah berapa lama kerja sini?" Tanya Ian kepada Nazwani.

"20 tahun." Jawab wanita itu.

"Umur berapa?" Tanya Vincent.

"35." Jawab Nazwani ringkas.

"Muka macam 20 lebih. Mesti kuasa makeup la ni." Kata Vincent.

"Anggap je dia tak wujud kalau rasa terguris. Dia memang macam ni. Dah lama nak makan kasut." Kata Ian dengan tenang. Malas bergaduh dengan Vincent hanya disebabkan hal kecil.

Wanita itu hanya tersenyum sambil menekan butang lif. "Kenapa Frendi ada sekali dekat sini?"

"Oh. Pakcik Frendi teman je. Risau Ian ni sesat." Celah Vincent.

Frendi hanya mendiamkan diri. Tidak  tahu mahu berkata apa. Hanya mampu mengiakan sahaja.

Pinyu lif dibuka. Mereka keluar dari lif tersebut. Nazwani membawa mereka sehingga ke pintu bilik pejabat Zarul.

"Silakan." Kata Nazwani.

"Terima kasih. Boleh pergi sekarang. Saya tak nak awak jadi mangsa pula. Pakcik Frendi pun." Arah Ian.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now