Larian pantas di dalam hutan membuatkan pihak musuh hilang jejak. Hutan yang gelap ini hanya disuluh dengan cahaya bulan mengambang. Pihak musuh yang memiliki senjata api tidak dapat menembak sasaran mereka dengan tepat kerana dia sangat pantas walaupun seorang. Kehandalannya tidak setaraf pengawal peribadi yang biasa.
Zup!
Bunyi pedang yang membelah angin bersama-sama kepala musuhnya. Dia muncul dari atas pokok ketika pihak musuh sedang sibuk mencarinya di kawasan bawah pokok. Kerjanya dilakukan dengan senyap seperti ninja. Kakinya melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain untuk mengejar musuhnya dalam gelap.
Semua pihak musuh yang mengejarnya telah tumbang dan mati di situ tanpa tertinggal sisa. Dia tersenyum puas. Wajahnya tidak kelihatan sepenuhnya kerana dia memakai kabuki. Hanya mulut yang kelihatan.
Pedang ukiran naga emas yang diperbuat dari Jepun dilibas ke tepi untuk membuang sisa darah yang melekat. Langkahnya pula terus ke harapan lalu melihat ke arah bulan purnama.
Butang alat penghubung pada telinga kanan ditekan selepas menyimpan semula pedangnya pada sisi pinggang kiri. "I'm done at here. Has next work for me?"
"Of course. I want you to go to Malaysia. Help your uncles at there. Moran organisation already start hunting them at there. Protact our family."
"Okay, dad. I will go tomorrow. Good night, dad." Katanya sebelum panggilan ditamatkan.
"So, time to go. I'm so tired." Katanya ketika berjalan terus ke hadapan.
Langkahnya terhenti seketika. "Where I put my car? Left? Right? Arghhhhh! Why this forest so big? Damn. Hello? Anybody here?"
Dia berjalan mundar-mandir. Sesat di dalam hutan selepas membunuh berpuluh-puluh musuhnya.
"Hei, Mr. Moon. Help me, please." Katanya sambil melihat ke arah bulan. Dia mengeluh.
*
Vincent, Ian, Velles, Vladimir Dan Martina sedang mengadakan perjumpaan penting di dalam rumahnya selepas selesai majlis Persatuan Wanita Crown Legacy. Mereka sedang berbincang tentang Ariff yang cuba untuk membunuh Ian dan keluarga Zain yang lain, seperti Martina dan Vincent.
Ariff telah melakukan rancangannya pada pagi itu. Kereta Martina telah meletup ketika di tempat letak kenderaan. Terdapat lima orang pelanggan dan seorang pekerja yang terlibat dalam letupan itu. Dua orang pelanggan telah meninggal dunia dalam letupan tersebut. Selebihnya masih dirawat di hospital. Ketika itu Martina sedang mengadakan majlis Persatuan Wanita Crown Legacy di tingkat tujuh bangunannya.
Hal yang sama juga berlaku kepada Vincent ketika dia di hospital. Tetapi bukan keretanya yang meletup. Sebuah wad kosong yang pernah diduduki oleh Rizad yang meletop. Hal ini juga telah melibatkan beberapa orang terkorban termasuk pesakit dan pekerja. Victor mengalami kerugian. Semua pesakit telah dipindahkan ke hospital milik rakan Victor demi keselamatan pesakit. Ahli pasukan Victor pula sedang menjaga keselamatan mereka.
Bukan itu sahaja, Herman turut bertanggungjawab untuk membantu Victor. Manakala, pasukan Martina pula sedang melindungi bangunannya dan para pekerjanya. Pasukan Vladimir ditugaskan untuk menjaga keselamatan Velles dan anak-anak Vincent.
Ian berdiri. Semua mata melihat ke arahnya. "Kita tak boleh duduk diam."
"Ian. Kita tak boleh gerak sekarang. Ariff tu tahanan polis. Kalau bunuh dia. Macam mana dengan kes letupan yang dah membunuh ramai manusia tak berdosa tu? Negara ada undang-undang." Kata Martina dengan pandangan yang serius kepada Ian.
Ian merenung mata Martina sebelum dia duduk kembali. "Apa kita nak buat?"
"Esok akak pergi balai. Jumpa Syadrizad. Akak bincang hal ni dengan dia." Jelasnya kepada adiknya itu. Dia tahu Ian tidak sabar untuk cabut nyawa Ariff. Dia boleh sahaja cari kedudukan Ariff sekelip mata.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...