Tapak tangan dilabuhkan di atas kepala seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. Dia sudah lama terlena di dalam kelas beralaskan meja. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia melihat ke arah seorang pelajar lelaki yang berada di hadapannya itu. Pelajar lelaki tersebut senyum kepadanya.
"Vincent. Dah habis kelas tambahan ke?" Soalnya lalu duduk bersandar pada kerusi.
"Dah. Jom la balik. Kau dah makan ke?" Tanya Vincent yang berdiri di situ.
"Belum. Makanan dekat kantin dah habis." Katanya sambil berdiri bersama-sama beg sandang.
"Kalau macam tu. Kita pergi singgah kedai dulu la. Aku pun lapar juga ni." Kata Vincent ketika berjalan keluar dari kelas tingkatan 5 Sains 2.
Rakannya itu mengekorinya dari belakang. "Macam la dekat rumah tak boleh makan."
"Ah, Ian. Kau macam la tak tahu. Hari ni akak balik. Sah-sah la dia yang memasak. Kau nak makan ke? Aku tak nak masuk wad seminggu." Kata Vincent.
Ian ketawa. "Lupa pula."
Ketika mereka berdua sibuk berbual sambil berjalan. Terdapat tiga orang pelajar perempuan dari kelas lain sedang melihat ke arah mereka sambil berbisik.
"Wah~ Hensemnya Vincent. Tapi Ian pun hensem. Aku tak tahu nak pilih mana satu. Kembar tak serupa tu memang hensem." Kata gadis berbaju kuning dengan perasaan teruja.
"Kalau aku dapat kahwin dengan Vincent. Mesti anak aku pun macam dia. Muka dah la macam orang barat." Kata rakannya berbaju kurung putih.
"Ish, korang ni. Asyik berangan je. Entah-entah deorang tu dah ada girlfriend. Mustahil la orang hensem tu single lagi." Nasihat rakannya yang memakai seragam sekolah berwarna biru. Dia bertudung biru. Manakala, rakan-rakannya pula tidak bertudung.
"Eleh. Natalia. Kalau kau suka tu cakap je la suka. Tak payah la nak bagi nasihat kat kami. Jangan ingat aku tak tahu. Kau tu tengah usaha Ian, kan?" Kata rakannya yang meminati Vincent tadi.
Natalia menjeling ke arah rakannya itu. "Tak ada masa la aku nak usha dia. Dah la. Aku balik dulu." Katanya dan berlalu pergi dari situ meninggalkan dua orang rakan sekelasnya.
*
"Welcome back, my cute younger brothers." Sambut seorang wanita yang mencuci keretanya di halaman rumah.
"Thank you, my big sister." Kata Vincent sambil menongkat motosikalnya di tempat letak kenderaan.
"Kak Martina dah lama sampai ke?" Soal Ian selepas turun dari motosikal miliknya. Masing-masing memiliki motosikal sendiri.
"Dalam empat jam lepas. Pergi la makan. Akak dah masak sedap. Resepi dari Itali." Kata Martina sambil menyiram keretanya untuk dibersihkan daripada buih-buih sabun.
Vincent segera menarik tangan kanan Ian lalu berkata. "Tak apa. Kami dah makan dekat luar tadi. Nak mandi. Siapkan kerja sekolah. Akak makan la sorang. Ian. Jom."
Ian hanya mengekori Vincent yang telah mengheretnya itu. Situasi ini bukan kali pertama berlaku. Mereka juga tahu tentang Martina yang tidak tahu memasak tetapi cuba untuk memasak. Makanan kelihatan normal. Rasanya sedap. Tapi kesannya, sakit perut yang lama.
Tangan Ian dilepaskan. "Kejap lagi aku nak keluar. Nak ikut?"
"Pergi mana?" Soal Ian sambil menapak naik anak tangga.
"Lepak dengan member." Jawab Vincent.
"Tak apa la. Aku malas nak keluar. Aku nak sambung tidur." Kata Ian lalu dia menuju ke arah biliknya. Pintu bilik dibuka dan masuk ke dalam.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...