"Hai. Saya kunyit hidup." Sapa seorang jejaka kacak di hadapan sebuah kedai runcit ketika Ian melangkah keluar dari kedai tersebut.
Dia terkaku melihat manusia yang mengaku kunyit hidup di hadapannya itu. Tiga orang manusia sedang ketawa tidak jauh dari situ ketika melihat rakannya berdiri di hadapan pintu kedai tersebut.
"Arghhhh! Apa hal aku yang kalah dalam taruhan tu? Tak guna. Kenapa ayat tu aku kena sebut? Malu la, bangang." Jerit hati jejaka di hadapan Ian.
Ian hanya diam dan berdiri di situ. Tidak tahu reaksi apa yang patut ditunjukkan kepada jejaka berusia 25 tahun itu.
"Sorry. Saya tak layan kunyit hidup. Sebab saya tengah cari kunyit peket. Harga lagi murah daripada kunyit hidup. Rm1.50 je." Kata Ian.
Tiga orang rakan jejaka itu ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata Ian. Jejaka itu pula tutup muka kerana malu.
Vincent keluar dari kedai. "Ian. Kau buat apa dekat sini? Kau kata nak pergi kedai sebelah cari kunyit peket. Pakcik ni tak masuk stok lagi la. Dia kata minggu depan. Harap la ada kat kedai sebelah. Malas la aku jalan kaki cari kedai lain. Sejak akak balik. Kejap je habis semua barang dapur."
Vincent melihat pula ke arah jejaka yang masih di hadapan Ian. "Siapa tu?"
"Kunyit hidup." Jawab Ian.
Vincent ketawa terbahak-bahak. "Sorry La, bro. Ian tak layan kunyit hidup. Cari orang lain la. Jom. Gerak." Vincent segera tarik tangan kanan Ian yang memegang plastik barangan. Mereka menuju ke arah kedai sebelah.
"Dah la. Aku nak balik! Malas aku layan korang. Lepas ni, aku tak akan kalah. Siap lá korang." Kata jejaka itu dengan perasaan marah. Dia berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.
"Okay, bro Vladimir." Kata rakannya sambil tahan ketawa.
*
Vladimir berjalan sendirian ke arah sebuah kereta miliknya selepas membeli minuman keras di sebuah kedai untuk melepaskan tekanan perasaannya akibat dimalukan oleh rakan-rakannya tadi. Dia pantas menyorok di belakang keretanya sambil melihat dia orang remaja sedang berlawan dengan sekumpulan manusia bersenjatakan pistol.
"Tu budak dua orang tadi. Kenapa deorang kena serang? Aku perlu tolong. Ish. Pistol dalam kereta la pula. Kalau aku buka pintu kereta mesti ada yang perasan." Katanya sambil mengintai.
"Adoi la! Tak habis lagi ke Fuck ni hantar orang? Tak nampak aku tengah bawa barang ke? Dah la motor jauh. Penat tahu tak jalan macam ni?" Vincent membebel.
"Heh. Kau fikir kitaorang peduli?"
"La. Boleh cakap Melayu. Bagus. Tak payah aku penat-penat ajar ABC." Kata Vincent.
Tembakan dilepaskan ke arah Vincent. Ian pantas melepaskan plastik berisi barang di atas tanah dan mula menyerang musuh yang menembak Vincent. Kepala musuh telah ditendang sehingga terlentang. Hidung dan bibir berdarah. Vincent pula sempat mengelak peluru.
"Bro! Pecah telur dalam plastik tu, doh!" Kata Vincent ketika melihat plastik yang berada di atas tanah.
"Alamak. Aku lupa. Salahkan dia sebab serang kau. Jangan salahkan aku." Kata Ian.
Vincent menghampiri lelaki tersebut lalu dia memijak celah kangkang lelaki itu. Musuhnya menjerit. Vincent pula pijak berkali-kali. "Kau fikir. Telur Gred A murah ke?"
Ian tahan ketawa. Kemudian, dia melihat ke arah lima orang musuh yang mengacu pistol ke arah mereka berdua. "Apa yang Fox nak daripada kami?"
"Fox nak kepala korang." Jawab salah seorang daripada mereka.
"Fox?" Fikir Vladimir.
Vincent bangun dari bercangkung selepas meletakkan barang-barang yang dibeli ke atas tanah. Sebilah pisau lipat dipusing-pusing pada tangan kanannya. "Kepala kitaorang? Beraninya."
Ian senyum lalu dia mengeluarkan pistol dari dalam poket baju sejuk yang dipakai olehnya. Pistol itu merupakan hadiah Qayden kepadanya sebelum ini.
"Well... Tak minta masalah. Tapi masalah yang datang sendiri." Kata Ian.
"Bukan kau kata tadi malam ni kita keluar cari pasal ke? Ni la pasalnya." Sampuk Vincent.
"Betul juga. Tekaan aku tak pernah salah." Dia ketawa.
"Siapa mereka tu? Bukan budak sebarangan. Dia ada pistol. Nasib baik aku tak kena tembak dengan dia dekat kedai tadi. Dah la muka serius." Kata Vladimir di belakang kereta. Dia masih bersembunyi sambil menyaksikan perlawanan tersebut.
*
Dua orang remaja lelaki dan Vladimir telah melarikan diri dari kawasan kejadian selepas terdengar bunyi siren kereta polis menghampiri kawasan tersebut. Vladimir bagaikan tidak percaya ketika melihat semua musuh ditembak mati tepat pada bahagian kepala. Ada juga yang dikelar leher oleh Vincent. Semua itu bagaikan satu permainan bagi dua orang remaja tersebut. Tiada rasa takut. Mereka siap boleh ketawa ketika itu.
Vincent dan Ian selamat pulang ke rumah. Ian segera ke dapur untuk menyimpan barang-barang. Dibukanya plastik berisi telur yang dibawa olehnya sebelum ini. Telur masih selamat. Tidak pecah. Vincent sahaja yang berdrama terlebih.
Vincent letak barang di atas meja dapur. "Aku mandi dulu la. Melekit pula bau darah ni. Kau tak apa la. Main tembak-tembak. Mana dapat pistol?"
"Abang Qayden bagi."
"Dia tak bagi apa pun dekat aku." Vincent mencebik.
"La. Aku mana tahu. Tanya la dia. Aku pun terkejut tengok hadiah dia bagi tu."
"Untunglah." Vincent merajuk. Dia segera menuju ke arah bilik mandi di sebelah kanan dapur.
"Untung apa? Tu pistol aku punya la. Dia yang bawa masuk negara. Aik? Macam mana boleh lepas masuk? Dia naik helikopter peribadi ke? Kalau naik kapal terbang biasa. Mesti tak lepas pemeriksaan." Fikir Ian sambil susun barang di dalam peti sejuk.
*
"What? Damn! They're too strong. I need someone to kill them. Kill them one by one." Kata Dren kepada orang kanannya melalui panggilan telefon.
"Okay, sir. I will find someone to finish them. Be careful, sir. We don't know what will happen to you at there. If Crown Legacy know about this. Maybe, they will attack you again." Nasihat orang kanannya.
"Don't worry. I know what should I do. You just do your work at there." Katanya yang kembali tenang.
"Okay, sir."
*
Zarul menamatkan panggilan. Telefon pintar diletakkan di atas meja. Matanya melihat ke arah komputer riba yang berada di hadapannya. Paparan beberapa orang mayat manusia melalui kamera dron dilihat olehnya. Dia berdecit kerana geram. Misinya masih gagal.
"Kenapa susah sangat nak bunuh dia orang budak tu? Aku kena bunuh seorang demi seorang. Kalau berdua. Mesti mustahil." Kata Zarul. Mindanya ligat merancang sesuatu.
Jam dinding dilihat sekilas, 10:40 malam. "Aku kena tidur awal. Esok ada kerja pula. Malasnya pergi pejabat." Otot direnggangkan.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...