Sebulan telah berlalu selepas kejadian di restoran milik Ian dia Malaysia. Ian, Vincent dan keluarganya pulang ke Canada. Mereka dirawat di hospital dalam kondisi yang berbeza. Vincent dijaga oleh abangnya yang bekerja sebagai seorang doktor pakar jantung. Ian pula dijaga oleh Dr. Hakim yang sentiasa memantau keadaannya sejak dari dulu sehingga kini.
Ian masih tidak sedarkan diri. Dr. Halim memberitahu Martina bahawa Ian sendiri yang tidak mahu bangun atau dia tidak jumpa jalan keluar dari dunia yang gelap itu. Ian dirawat di hospital milik abang kandung Vincent. Hospital itu paling dekat dengan rumah utama keluarga Zain. Mudah untuk ahli keluarga datang melawat mereka berdua di situ.
Vincent pula memerlukan rehat yang banyak selepas menjalani pembedahan berkaitan organ dalamannya yang selama ini menjadi rahsia dirinya seorang sahaja. Dia memerlukan alat pernafasan dan tidak mampu untuk bercakap. Dia hanya buka mata seketika dan kembali pejam.
Velles sering berada di sisinya. Dia juga melawat Ian. Setiap perkembangan Ian diberitahu kepada Vincent.
Siapa sangka, dua manusia yang hebat ini tumbang disebabkan sakit pada diri masing-masing yang sudah lama dialami dan semakin serius. Mereka tidak tumbang kerana diburu musuh atau berlawan dengan manusia lain. Mereka timbang kerana kuasa Tuhan yang mahu mereka berehat daripada melakukan dosa yang bertambah.
Ian dan Vincent sedar tentang itu. Namun, mereka tetap dengan keseronokan sementara sebelum mereka mendapat hidayah sepenuhnya. Tapi sempatkah mereka bertaubat?
Tatkala teringatkan semua itu, Vincent mula mengalirkan air matanya. Dia mula rasa berdosa kerana menarik Ian dalam dunia gelap keluarganya. Kemalangan itu tidak pernah berlaku. Ian mesti hidup bahagia dengan keluarga asalnya.
Kekesalan itu tiada guna. Semuanya sudah terlambat. Tetapi pintu taubat sentiasa dibuka selagi belum kiamat.
*
"Selama mana lagi kau nak tidur di sini? Kau tak nak jumpa Vincent?" Tanya suara itu.
Ian yang berbaring di atas lantai itu sedang membuka matanya perlahan-lahan. "Aku jumpa dia. Tapi aku takut hilang dia kalau aku jumpa lagi. Sakit kehilangan lebih sakit daripada ditikam dari belakang."
"Vincent mesti risau pasal kau. Kau tak tahu selama mana kau ada di sini." Illusion bercangkung di sebelah kanan Ian.
"Lama? Aku rasa baru beberapa minit."
"Beberapa minit, kau buka mata. Tapi berapa hari kau pejam mata?" Soal Ilusion.
"Aku tak tahu."
"Vincent mesti tengah menangis sebab kau tak nak tengok muka dia. Dia mesti fikir kau dah benci dia. Macam mana kalau dia mati sebab bunuh diri? Kau tak menyesal?"
"Bunuh diri? Tak. Vincent tak sebodoh tu. Dia ada isteri dengan anak-anak dia kena jaga." Suara Ian naik satu noktaf.
"Kau yakin dia tak sebodoh tu?" Suara itu sentiasa mengajukan banyak soalan kepada Ian.
Ian terdiam. Dia tidak tahu mahu membalas apa lagi. Wajahnya ditutup menggunakan kedua-dua tangannya. Dia menangis.
Illusion berdiri. "Kalau macam tu. Kau duduk la sini sampai bila-bila. Biar aku ganti kau. Jangan menyesal. Aku dah beritahu kau banyak kali. Sekali aku keluar. Kau tak akan kembali."
Ian mengabaikan kata-kata Illusion. Kepalanya masih penuh dengan mimpi ngeri tentang kematian Vincent disebabkan mahu selamatnya. Hanya mimpi tetapi dia anggap itu masa depannya. Illusion sudah puas memujuk. Tidak juga dia berubah fikiran.
*
Mata dibuka perlahan-lahan sehingga matanya mampu serasi dengan cahaya lampu di dalam wad ini. Situasi di dalam wad peribadi dilihat. Kedua-dua tangannya dibelek-belek. Terdapat wayar yang menyalurkan sejenis cecair pada tangan kirinya.
"Hospital? Dah berapa lama aku dekat sini?" Ian duduk di atas katil.
Pintu wad dibuka. Dr. Halim dan Ian saling berpandangan. Dia terkejut melihat Ian yang sudah sedar. Begitu juga dengan seorang jururawat yang beri tiba di situ.
Mereka menghampiri Ian. Pemeriksaan dijalankan. Kemudian, Dr. Halim bertanya sesuatu kepada Ian. "Kamu ni bukan Ian, kan?"
Ian bagaikan terkejut dengan soalan itu. Dia kemudiannya senyum. "Kenapa doktor tanya macam tu?"
"Ian yang saya kenal. Tak banyak tanya soalan macam kamu. Dan dia selalu je nampak serius. Saya dapat rasakan ada perbezaan pada kamu. Lebih baik terus terang. Tak ada gunanya simpan semua tu. Jangan simpan sampai teruk baru nak beritahu. Nak jadi macam Vincent ke?"
"Vincent? Kenapa dengan dia?" Wajahnya berubah cemas.
"Dia ada masalah dengan jantung dan hati. Tapi dia simpan semua tu. Sampai la anak dia jumpa dia pengsan dalam pejabat kamu. Hari yang sama kamu tak sedarkan diri. Operasi dah berjalan lancar. Cuma dia masih lemah lagi. Kita hanya mampu berdoa semoga dia ada peluang untuk sembuh." Jelas Dr. Halim.
Ian tertunduk. Dia sedih mendengar keadaan Vincent. "Sakit kehilangan lebih sakit daripada ditikam dari belakang. Itu kata-kata Ian sebelum dia abaikan saya. Dia langsung tak peduli saya kata saya nak ganti dia. Dia tak sanggup jumpa Vincent kalau dia tahu dia akan hilang Vincent suatu hari nanti."
"Jadi, kamu mengaku kamu bukan Ian yang kami kenal selama ni?"
Dia senyum. "Ya. Sebab saya Illusion. Manusia yang hidup dengan membunuh dan tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah mati sebelum ajal." Katanya dengan yakin.
*
Masa berlalu dengan pantas. Sedar tidak sedar, dua tahun telah berlalu. Selama itu juga Vincent telah meninggalkan dunia yang penuh dengan kegelapan ini. Dia sempat bertaubat selepas sebulan dia diberi peluang untuk hidup. Ian juga sentiasa di sampingnya sehingga nafas terakhir. Dia juga telah memberitahu Vincent tentang diri Ian yang sebenarnya telah pergi dahulu sebelumnya kerana tidak sanggup kehilangan seorang abang yang disayangi.
Tetapi perasan sayang Vincent terhadap Ian di hadapan matanya itu tidak pernah berubah selagi dia tahu jasad itu milik Ian walaupun senyuman, pandangan dan gaya berbeza. Ian yang baru ini lebih ramah berbanding Ian yang dia kenali sebelum ini. Hanya seketika dia bertemu Ian. Berjuta makna bagi dirinya.
Vance yang masih muda itu pula sudah bertekad untuk menjadi seorang doktor seperti bapanya dan mewarisi hospital milik bapanya. Pada masa yang sama, dia juga sudah mula belajar ilmu pertahankan diri yang telah menjadi satu kewajipan kepada ahli keluarga Zain demi melindungi diri dan keluarga.
"Tuan Ian. Kita dah sampai." Kata pembantu peribadi Ian yang menguruskan restorannya di Malaysia.
Ian membuka matanya. Dia melihat ke arah tanah perkuburan Islam di sebelah kirinya. Di sini bersemadi ibu bapa kandungnya termasuklah saudara-maranya yang telah dibunuh oleh pakcik bongsunya. Kubur pakciknya juga berada di kawasan itu.
Yassin dicapai dari tangan Syukri apabila dia melihat Syukri menghulurkannya sebelum dia keluar dari perut kereta. Langkahnya terus menuju ke arah kubur ibu bapanya diikuti oleh Syukri dari belakang.
"Aku terima segala takdir dalam hidup aku. Aku tak akan pernah meragui semua itu. Tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik. Sepanjang jasad ini masih bernyawa. Hanya Tuhan yang memiliki segalanya." Kata Ian yang sudah berdiri di sisi kanan kubur ibunya.
Ian senyum. Dia sedang menahan air matanya daripada jatuh di atas tanah perkuburan itu. "Mak. Ayah. Zarif datang ni." Katanya.
[TAMAT]
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...