BAB 11

92 16 5
                                    

Kebiasaannya dua remaja lelaki itu sarapan pagi di sekolah tetapi pada hari ini sarapan pagi sudah disediakan oleh Velles. Velles juga sudah bersiap untuk menghantar dua orang 'kembar' ini ke sekolah mereka. Alasannya, untuk menjaga keselamatan. Walhal, hanya untuk menjaga keselamatan Ian, bukan kedua-duanya.

Segala usaha Velles diabaikan oleh Ian. Ian pula mementingkan Vincent. Begitu juga dengan Vincent kerana mereka sejak dahulu lagi saling melindungi antara satu sama lain. Mereka berdua tidak dapat dipisahkan. Jika berpisah pun. Tetap akan jumpa semula.

Velles memerhati Ian yang duduk di tempat duduk penumpang belakang. Ian tidak mahu duduk di sebelah Velles. Sengaja dia layan Velles seperti pemandu kereta mewah milik Martina yang ditinggalkan di rumah tersebut.

"Bro. Hari ni kita masuk sekolah dengan gaya awesome anak orang kaya. Sebab ada driver." Vincent memerli Velles.

Ian angkat ibu jari tangan kanan dan berkata. "Cun. Kita keluar sama-sama. Flip hair."

"Rambut pendek. Macam mana nak flip?"

"Flip tai je la."

"LOL." Vincent ketawa terbahak-bahak. Ian juga begitu.

Velles cemburu. "Dengan aku tak nak cakap pun." Kata hatinya.

Sebuah kereta BMW berwarna hitam milik Martina berhenti di hadapan pagar sekolah. Masing-masing melihat ke arah kereta mewah itu. Mewah bukan kerana harganya sahaja yang menjadi perhatian. Tetapi kerana lukisan pada sisi kanan kereta tersebut yang berwarna emas, mahkota.

"Kereta siapa tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Tegur Siti ketika melihat kereta itu di hadapan pagar sekolah. Dia bertugas sebagai pengawas yang menjaga pintu pagar pada hari Isnin.

"Ada anak orang kaya baru pindah ke?" Soal Diana kepada Siti di sebelah kirinya.

"Entah." Jawab situ.

Kedua-dua pintu kereta pada tempat duduk belakang dibuka. Ian dan Vincent keluar dari perut kereta dengan penuh gaya. Mereka berjalan ke arah pagar sekolah dengan wajah dingin seperti biasa. Wajah dingin yang tidak menakutkan sebaliknya menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan di situ. Mereka juga hairan terhadap sekumpulan manusia bergelar pelajar perempuan di dalam sekolah tersebut. Andai kata identiti mereka diketahui. Apa agaknya reaksi manusia bergelar pelajar perempuan di dalam sekolah ini?

Kereta yang dipandu oleh Velles berlalu pergi dari situ. Dia akan kembali semula ke sekolah itu untuk mengambil mereka pada waktu pulang. Dia pula akan pergi ke pejabat yang diuruskan oleh Martina sementara mereka berdua di sekolah.

"Amboi, Vincent. Selalu naik motor. Sekarang naik kereta pula." Tegur seorang guru perempuan yang bertudung labuh, Ustazah Maimun. Dia baru sahaja selesai berbual dengan pengawal sekolah di pondok pengawal.

Vincent tersengih-sengih seperti kerang bisik. "Abang saya hantar driver. Lagi awal boleh pergi sekolah. Pagi-pagi maid tolong siapkan sarapan. Selama ni sarapan dekat sekolah je. Saya fikir, abang saya dah lupa pasal saya dekat Malaysia ni. Maklum la, sibuk."

"Hensem juga abang driver tu." Puji Siti.

Vincent melihat ke arah Siti. "Abang? Jangan terpikat. Nanti menyesal. Dia tu transgender. Dah la ada hati nak dengan Ian. Kan kan?" Vincent rangkul leher Ian yang berdiri seperti patung di sebelah kirinya.

"Dia bukan transgender la. Dia... Transformer. Ada masa lagi dia nak bertaubat." Kata Ian.

Ustazah Maimun hanya gelang kepala. Siti dan Diana pula ternganga. "Dia buat lawak ke?"

IAN ZAINWhere stories live. Discover now