BAB 8

82 19 2
                                    

Vincent menguap malas sambil menungging di atas katil. Selimutnya pula sudah jatuh di atas lantai akibat tidur buas. Kemudian, dia duduk di atas katil. Pandangannya menghadap ke arah tingkap bilik. Telefon dia atas katil dicapai. Butang 'on' ditekan. Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi, Sabtu.

"Serius aku malas pergi kelas tambahan hari ni." Dia kembali merebahkan dirinya di atas katil.

Namun, niat Vincent untuk tidur semula terbantut apabila dia mendengar seseorang menjerit di dalam bilik sebelah. Dia bingkas turun dari katil dan berlari ke arah bilik Ian. Pintu bilik diterjah.

"Ian. Bro, bangun la!" Panggilnya yang menggoncang badan Ian setibanya dia di atas katil Ian.

Ian mengalami mimpi ngeri. Kedua-dua kepalanya dipegang erat. Dia kesakitan.

"Ian!" Jerit Vincent dengan suara yang tinggi sehingga Ian membuka matanya.

Perlahan-lahan Ian melepaskan kepalanya. Diam. Sepi. Tidak bergerak. Vincent pula sudah raup wajahnya sendiri.

"Nak kena call doktor ke tak ni?" Fikirnya ketika melihat Ian sedemikian. Langsung tidak bergerak.

Ian pusing ke arah Vincent. Mereka saling melihat antara satu sama lain. Sepi dalam renungan mata yang dingin.

"Kau siapa?" Soal Ian.

Vincent pantas mencapai telefon pintar milik Ian di atas meja berhampirannya. "Kalau macam ni la. Aku memang kena call doktor dia ni." Vincent cemas.

Kejadian ini bukan sesuatu yang baru bagi Vincent. Cuma jarang berlaku. Kejadian ini hanya berlaku jika Ian terlalu tertekan kerana dia mengalami mimpi ngeri berkaitan memori hitam itu. Dia juga akan mengalami masalah hilang ingatan sementara. Doktornya sendiri juga tidak tahu bagaimana hal ini berlaku.

30 minit selepas panggilan Vincent kepada doktor peribadi Ian. Doktor itu muncul di hadapan rumahnya. Dia juga sempat mengajak Ian mandi dan bersiap-siap sebelum doktor itu tiba di situ. Dr. Halim terus menuju ke arah bilik Ian selepas mendapat kebenaran. Vincent pula duduk di ruang tamu.

Ian melihat manusia yang masuk ke dalam biliknya selepas pintu bilik diketuk. Dia pula hanya melihat ke arah doktor itu tanpa menjawab salam. Hanya duduk diam di atas katil bagaikan patung.

*

Vincent tongkat dagu di tepi katil Ian. Dia duduk di atas lantai. Hari ini dia tidak hadir ke kelas tambahan kerana mahu menjaga Ian. Di rumah mereka tiada sesiapa. Martina tidak pulang ke rumah sejak semalam. Qayden pula sudah pulang ke Canada semalam.

Ian pandang Vincent dengan perasaan hairan apabila dia ditenung lama sedemikian. Tidak bersuara. Malah, dia juga merenung Vincent.

"Dah lama kau tak jadi macam ni. Mimpi ngeri lagi ke?"

Ian hanya angguk kepala. Vincent mengeluh. "Sampai bila dia nak membisu kali ni?" Fikirnya.

"Jom turun makan. Kita makan dekat luar. Aku malas pula nak masak hari ni. Kau tu, ubat dah makan. Nasi belum makan lagi. Makan ubat pun tak tidur." Vincent bangun dari lantai.

Laci meja dibuka. Wallet dan telefon milik Ian dicapai dan diserahkan kepada Ian. "Tunggu apa lagi? Jom la."

Ian mengambil kedua-duanya. Tenung. Vincent mengambil wallet dan telefon pintar tersebut kembali.

"Turun katil. Berdiri." Arahnya.

Ian hanya menurut. Kemudian, Vincent menyimpan wallet di tempat biasa Ian letak. Begitu juga dengan telefon pintar milik Ian. Melayan Ian ketika ini bagaikan melayan Ian sewaktu usia empat tahun. Hanya menurut.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now