BAB 11

67 14 1
                                    

"You~ I love you~ Walaupun kita hanya kenal beberapa minit yang lalu. Muka you dah la kacak. Kaya pula tu. Untungnya I dapat you." Kata seorang wanita yang menggedik di sebelah kanan manusia bergelar lelaki.

Lelaki itu pula hanya mengabaikan wanita itu. Dia meneruskan pemerhatiannya ke arah sasaran berdasarkan misinya pada malam ini. Ketika ini dia berada di kelab malam bersama-sama seseorang tetapi orang itu entah hilang ke mana.

Ian menepis tangan wanita murahan yang cuba menyentuh celah kangkangnya. Mata dingin itu melihat ke arah wanita tersebut seperti mahu membunuh. Tangan wanita itu digenggam kuat sebelum dilepaskan.

"Aku tak suka perempuan murahan macam kau. Pergi dari sini sebelum aku pijak muka kau atas lantai." Tegas Ian walaupun tidak terlalu kuat suaranya.

Wanita itu ketakutan selepas dilayan sedemikian. Tangan kanannya yang kelihatan merah itu dipegang olehnya sebelum berlari ke arah lain.

"Yo. Aik? Mana awek tadi?" Vincent duduk di sebelah kiri Ian.

Ian menjeling ke arah Vincent. Vincent menjauhkan dirinya. "Okay. Aku tak kacau kau."

"Jom gerak." Kata Ian lalu berdiri apabila dia melihat sasaran mereka menuju ke arah pintu keluar kelab malam tersebut.

"Ala~ Aku baru je nak seronok." Rengeknya tetapi tetap juga ikut Ian.

*

Inspektor Syahrizad melihat maklumat tentang kes jenayah yang diberitahu oleh Martina sebelum ini. Martina telah pun menghantar email kepadanya pada petang tadi.

"Detail. Format pun. Bagus juga adik Martina. Tapi macam mana dia boleh dapat banyak maklumat ni? Siap boleh bagi lokasi spesifik. Kalau aku la hadap kes ni. Belum tentu boleh jumpa macam ni." Dia memuji sambil membelek-belek dokumen pada skrin komputer ribanya.

Inspektor Syahrizad melihat pula senarai nama penjenayah yang terlibat dalam kumpulan kongsi gelap tersebut. Nama-nama ahli diteliti. Lengkap dengan maklumat peribadi. Tiada gambar. Alamat rumah dan nombor kad pengenalan pun ada. Semua ini memeranjatkan Inspektor Syahrizad.

"Rugi aku tak ada team mate macam dia ni." Dia tersengih sendiri di dalam biliknya.

Sementara itu, Ian baru sahaja selesai membunuh sasarannya berdasarkan arahan Qayden. Lelaki yang mereka ekori tadi ialah seseorang yang telah melarikan diri ke Malaysia selepas terlibat dengan kes rompakan di bank milik keluarga Zain. Bank tersebut diuruskan oleh pakcik ketiganya di Canada. Walaupun hanya cawangan kecil yang dirompak. Jangan harap akan terlepas daripada cengkaman keluarga Zain. Mati mandatori.

"Next~" Kata Vincent dengan perasan gembira.

"Kau pergi hotel. Aku pergi restoran." Arah Ian sambil melihat telefon pintar miliknya. Terdapat dua titik merah pada peta yang menandakan musuh mereka berada di dua lokasi yang berbeza.

"Okay, bro. Aku gerak dulu."  Dia berlari ke arah keretanya.

Ian pula menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Langkahnya berhenti. Ketika ini, seseorang sedang memerhatinya dari belakang. Orang itu mahu menuju ke arah keretanya tetapi terlihat pula aksi yang mengerikan di situ. Maka, dia menyorok di tepi bangunan dan berharap tiada sesiapa yang perasan.

Sekilas dia mengalihkan pandangnya ke arah Vincent sebelum dia melihat kembali ke arah Ian. Ian sudah tiada di situ.

"Tengok siapa? Siapa hantar kau?" Tanya suara yang berada di belakangnya.

Wanita bertudung itu terus duduk bercangkung. Dia menejam mata dan telinganya apabila dia merasakan ada muncung pistol di belakang kepalanya tadi.

"Saya... Saya nak pergi dekat kereta. Saya tak sengaja. Saya minta maaf. Saya tak cakap dekat sesiapa. Percayalah. Saya nak balik." Jelas wanita bertudung bawal berwarna kuning itu.

Ian menyimpan pistolnya ke belakang seluar yang ditutupi dengan jaket hitam. "Hati-hati. Dah malam ni. Tak elok perempuan jalan sorang-sorang. Jom saya teman." Kata Ian dengan baik. Dia berdiri di sebelah kiri wanita itu.

Wanita itu membuka matanya. Telinganya dialihkan juga. Dia berdiri dan terus melihat ke arah wajah kacak milik Ian. "Awak betul tak bunuh saya? Macam mana kalau saya beritahu orang lain?"

"Awak tak ada kaitan dalam hal ni. Saya hanya jalankan tugas. Demi keamanan. Kalau awak buka mulut. Saya risau bukan saya yang cabut nyawa awak. Sebab dunia ni tak adil." Kata Ian lalu berjalan mendahului wanita berusia 27 tahun itu.

Wanita itu mengekori Ian. Masing-masing diam seketika sehingga tiba di kereta Kancil berwarna putih milik wanita itu.

"Terima kasih. Boleh saya tahu nama awak?" Katanya yang tersipu-sipu malu.

"Tak perlu tahu. Lepas ni, kita tak akan jumpa lagi." Kata Ian yang berlalu pergi ke arah keretanya.

"Dinginnya. Muka hensem tapi serius je. Tadi dia kata jalankan tugas. Bunuh orang? Tapi pelik. Kenapa aku selamat? Kalau dalam cerita aksi. Orang yang mengintai pun kena bunuh sekali sebab nak tutup mulut. Atau dia tu bukan orang jahat macam dalam TV. Hmm... Mungkin undercover. Detektif? Polis? Eh? Polis boleh bunuh orang ke?" Katanya sendirian ketika berada di dalam keretanya. Dia geleng kepala.

"Entah la. Yang pasti. Aku hidup lagi. Syukur alhamdulillah." Katanya sebelum menghidupkan enjin kereta.

Kereta dikeluarkan dari tempat letak kenderaan. Dia mula memandu untuk pulang ke rumahnya selepas selesai menjadi guru kelas tambahan di sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran. Kawasan tersebut.

Dilihatnya sekilas sebuah kereta Ferrari F8 Tributo berwarna hitam sedang mengekori keretanya. "Eh? Kereta tu kan yang parking sebelah kereta aku tadi? Kenapa ikut aku?"

Dia meneruskan pemanduannya. Kereta itu langsung tidak memotong jalan walaupun dia memandu perlahan. Sah. Dia diekori. Namun, ketika dia masuk ke simpang perumahan, kereta itu hanya berhenti di simpang seketika sebelum dia terus menuju ke hadapan.

"Eh? Dia tak ikut aku sampai rumah? Pelik." Fikirnya sambil melihat cermin sisi.

*

Vincent sedang makan kacang di dalam sebuah hotel. Dia bersandar pada pintu hotel tersebut. Dia juga hanya menempah sasarannya dari situ selepas masuk ke dalam bilik tersebut. Dia sempat menggondam semua CCTV di dalam hotel murah itu.

Langkahnya menuju ke arah sebuah almari di situ. Almari dibuka. Sesi menggeledah kini bermula untuk mencari beg berisi wang.

Vincent duduk di atas katil selepas puas mencari di semua tempat. "Tak akan la deorang dah sumbat masuk bank? Haih. Nak kena cek pula. WiFi dekat rumah tu dah la slow. Kena ganti baru la kot. Ada adik pun, kedekut. Dia bukan nak share WiFi dia punya pun."

Vincent berdiri. Dia sambung menggeledah mencari wallet milik musuhnya. Semua kad di dalam wallet diambil. Wallet dicampak ke atas katil.

"Alamak. Yang sorang tu. Haih. Nak kena pusing balik ambil wallet dia ke ni? Tak payah la. Malas pula aku nak pergi. Bazir minyak kereta." Katanya sambil menyimpan semua kad ke dalam poket jaketnya.

Telefon pintar dikeluarkan. Nombor telefon Ian ditekan sambil berjalan ke arah pintu bilik. "Bro. Boleh tak kau pusing semula. Ambil kad bank mamat tadi tu. Maybe deorang dah masuk semua duit tu dalam bank."

"Kau nak main cucuk-cucuk kad dekat ATM ke?"

"Dah tu?"

"Apa gunanya skill kau hacking tu, bodoh? Guna je la data peribadi dia. Kan aku dah bagi."

"Kalau kau share WiFi kau. Aku tak la bodoh." Kata Vincent. Panggilan ditamatkan.

"Ceh. Berlagak pandai."

"Susah la dapat abang bodoh ni. Macam la dekat hospital tu tak ada WiFi. Pejabat akak pun ada WiFi. Kenapa aku pula kena share dengan dia?" Bebel Ian sambil memandu menuju ke arah destinasinya.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now