Sebilah pisau dipusing-pusing pada tangan kanannya sambil membaca maklumat yang tertera pada komputer ribanya. Maklumat tersebut berkaitan dengan sebuah kumpulan samseng yang menjadi sasarannya untuk membalas dendam selepas ibu bapanya terkorban. Mereka dibunuh oleh samseng kerana tidak mampu membayar wang yang dipinjam. Dia juga tahu bahawa ibu bapanya meminjam wang untuk membayar duit rawatan adiknya yang kini sudah tiada lagi di dunia ini. Hanya dia dan adik ketiga sahaja yang masih hidup sehingga kini.
"Abang. Hidayah nak keluar kejap. reunion dengan kawan sekolah." Beritahu si adik yang melintasi kawasan ruang tamu untuk pergi ke arah pintu rumah.
Pusingan pisau pada tangan kanannya berhenti. "Hidayah."
"Ya." Sahutnya yang berhenti di hadapan pintu. Dia melihat ke arah abangnya itu.
Pisau pada tangan kanannya yang masih bertutup dengan sarung dicampak ke arah Hidayah. Hidayah menyambutnya. "Jaga diri." Pesannya.
"Okay, abang. Jangan risau. Adik yang comel ni pandai jaga diri." Dia tersengih-sengih. Pintu rumah dibuka.
Manusia itu tunjuk muka menyampah. "Jangan balik lambat sangat. Apa-apa nanti call."
"Okay." Sahutnya yang sudah keluar dari rumah. Pintu ditutup.
Manusia yang berada di atas sofa itu menggeliat. Lehernya yang terasa lenguh itu diurut. "Aku pun kena keluar juga ni."
*
Perjalanan yang jauh membuatkan semua orang kepenatan terutama apabila berada di dalam sebuah pusat membeli-belah bertingkat-tingkat ini. Terlalu banyak kedai untuk di singgah dan terlalu banyak barang yang perlu dibawa. Tiga orang jejaka masih tidak cukup untuk membawa barang-barang tersebut.
"Akak. Tak habis lagi ke? Bahu nak patah dah ni." Vincent sedih kerana dirinya dianggap seperti orang suruhan yang membawa barang-barang.
Martina pula tidak pegang apa-apa kecuali beg tangannya dan tangan kanan Ameer. Velles pula mendukung Soleh. Vance sibuk memuat turut aplikasi dalam telefon baru yang dibeli tadi. Vincent, Ian dan Lance pula terpaksa membawa semua barang-barang. Mereka sendiri pun beli barang tidak sebanyak itu.
"Bukan selalu pun dapat keluar satu family macam ni. Tahan la sikit. Dah tua ke?" Martina memerli. Mereka bertiga berjalan di belakangnya.
Ian mengeluh. "Ini la sebab aku tak nak ikut kalau akak ikut sekali tadi." Kata hatinya.
Ameer tiba-tiba melepaskan tangan Martina. Dia berlari ke arah sebuah kedai mainan. "Nak beli." Katanya yang terlompat-lompat sambil menunjuk ke arah sebuah patung beruang yang paling besar di dalam kedai tersebut.
"Siapa nak bawa?" Vincent terkejut.
Martina tersengih sambil angkat kening ke arah Vincent. "Papa dia la bawa."
Vance dan Ian melihat ke arah Vincent. "Anak dia."
Vincent ternganga. "Habis tu? Barang lain macam mana?"
"Tu. Dua pembantu dekat sebelah ada."
"Eh?" Mereka berdua melihat ke arah Martina.
Vincent tersengih. "Ha. Korang bawa ya. Jangan bagi rosak pula." Ditinggalkan semua barang-barang di tepi kedai itu.
"Kejap, papa datang." Dia berjalan ke arah Ameer dengan senyuman gembira.
"Menyesal ikut." Kata Vance.
"Dah terlambat." Kata Ian.
Tiga jam masa berlalu untuk membeli-belah dari tingkat bawah sehingga ke tingkat atas. Walaupun naik lif, tetap penat kerana membawa beban yang berat. Namun, perasan lega dapat dilepaskan apabila mereka akhirnya keluar daripada tempat yang membebankan itu. Semua barang dimasukkan ke dalam kereta sebelum mereka singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Restoran makanan barat menjadi pilihan Martina. Mereka makan di tempat kegemarannya.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...