BAB 16

79 16 0
                                    

Sepucuk surat diletakkan di atas meja Zarul. Zarul melihat ke arah pekerja yang penting dalam syarikatnya, Fendi. Dia ialah abang ipar Zarul yang sudah lama bekerja di dalam syarikat ini.

"Saya nak berhenti." Kata Frendi kerana dia sudah tidak tahan bekerja di dalam syarikat ini selepas Zarul mengambil alih syarikat tersebut.

Zarul tepuk meja lalu dia berdiri. "Aku tak akan benarkan. Kalau kau nak berhenti juga. Aku tak akan bayar gaji." Tegasnya.

"Heh. Syarikat dah jatuh teruk. Nak bayar gaji apa? Jangan fikir saya tak tahu siapa yang habiskan duit syarikat ni." Kata Frendi dengan berani.

"Frendi! Aku bos dekat sini. Aku tahu la apa aku buat." Suaranya ditinggikan.

"So, buat la sendiri ya. Semua kerja lepas ni." Kata Frendi sebelum keluar dari bilik kerja Zarul.

"Frendi!" Tengking Zarul sambil ketuk meja. Dia marah kerana Frendi berdegil ketika syarikat yang menjadi sumber kewangannya semakin jatuh. Frendi pula pergi meninggalkan syarikat itu dengan masalah yang besar ini.

"Tak guna kau, Frendi. Kalau kau tak nak kerja dengan aku. Lebih baik kau mampus je." Kata Zarul yang masih dengan fikiran psiko sejak dulu lagi. Semuanya mahu dibunuh jika dia tidak dapat apa yang dia mahu.

Sementara itu, Frendi sedang membawa masuk semua barangnya ke dalam tempat duduk penumpang belakang. Dia sudah siap berkemas sebelum dia bertemu dengan Zarul untuk menghantar surat berhenti kerja.

Pintu tempat duduk penumpang belakang ditutup sebelum pintu pemandu dibuka. Dia masuk ke dalam kereta tersebut. Enjin di hidupkan. Gear satu dimasukkan.

Seorang lelaki yang tidak dikenali muncul di hadapan kereta Frendi. Dia mengacukan pistol ke arah Frendi. Frendi terkejut melihat aksi tersebut. Tembakan dilepaskan dari jarak jauh. Frendi pula tidak tahu mahu melakukan apa-apa. Dia hanya pejam mata kerana takut.

Cermin keretanya retak. Peluru melekat pada cermin tersebut. Frendi yang merasakan dirinya masih bernyawa terus membuka matanya. Dilihatnya ke hadapan. Peluru betul berada di hadapannya. Namun, manusia tadi tiada di situ. Dilihatnya pula ke arah atas tar tempat letak kenderaan itu. Manusia itu sudah mati ditembak dari belakang kepala.

Frendi cemas. Dia pandang ke arah kiri dan kanan. Mencari manusia yang telah membunuh lelaki misteri itu. Hanya dia sahaja di situ.

Tanpa membuang masa. Frendi terus memandu keretanya untuk beredar dari kawasan kejadian. Jantungnya berdegup kencang kerana takut.

Pada ketika Ini, Vladimir melihat ke arah sebuah kereta Honda Civic berwarna putih sedang meluncur laju meninggalkan tempat letak kenderaan berhampiran bangunan milik Zarul.

"Nasib baik hidup lagi. Kalau abang dia mati tadi. Aku tak tahu nak jawab apa. Dah la aku baru je naik sini." Bicara hati Vladimir sambil menyedut minuman yang dibeli di sebuah kedai Tealive berhampiran.

"Kenapa ada orang nak bunuh abang Lia pula ni?" Fikirnya ketika melihat ke arah bilik kerja Zarul.

Dia melihat Zarul sedang berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu. Zarul kelihatan tertekan. Vladimir sempat menarik rifle miliknya untuk menyorok sebelum Zarul melihat ke arah bangunan hotel bertentangan dengan bangunan syarikatnya.

Minuman disedut. "Aku kena beritahu Lia. Balik sekolah nanti la aku ambil dia."

Vladimir tertunduk. "Pening la minum air ni. Tapi sedap. Hmm... Malam nanti je la call Lia."

Minuman Tealive yang dicampur dengan gula perang dan teh itu sememangnya kegemaran Vladimir walaupun dia akan berasa pening setiap kali minum. Tidak pernah serik. Tetap juga beli dan minum. Katanya, sedap.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now