"Ian~" Jerit Vincent lalu memeluk Ian dari belakang.
Banyak mata memerhati mereka di dalam bangunan lapangan terbang KLIA ini. Ian semestinya hanya mendiamkan diri. Dia tidak peduli tentang pandangan orang lain terhadap dirinya dan makhluk bernama, Vincent.
"Sayang. Janganlah peluk Ian macam tu. Malu dia. Bukan budak-budak lagi." Tegur Velles yang mendukung anak bongsunya, Soleh.
Vincent melepaskan pelukan. "Ala~ Peluk sikit je awak dah cemburu." Dia berjalan ke arah isterinya.
Dua orang anak Vincent berlari lalu melompat ke atas belakang Ian sehingga Ian hilang keseimbangan san hampir jatuh. "Habislah aku. Vincent kuasa dua dengan kuasa tiga datang sekali. Dia tak kata pun bawa family." Keluh Ian dalam hati.
"Uncle Ian. Kita nak pergi mana lepas ni?" Tanya anak sulung Vincent, Vance. Dia turun dari belakang Ian.
"Balik rumah Aunty Mar." Jawab Ian sambil melihat ke arah mereka berdua.
"Uncle. Makan dulu. Lapar." Kata si adik yang pelat itu, Ameer.
"Yes. Kita makan dulu." Kata Vincent dengan penuh semangat.
"Rasanya sebelum turun tadi, sayang dah makan dengan Ameer. Lapar lagi ke?" Kata Velles yang berdiri di hadapan Ian. Velles sudah pun bertudung sepenuhnya selepas dia berkahwin dengan Vincent. Vincent tidak pernah memaksanya untuk bertudung. Itu semua kehendak Velles.
Vincent mendukung Ameer. "Lapar~" Kata Vincent dan Ameer serentak. Mereka tersengih.
"Perut naga." Ian memerli.
"Okay la perut naga daripada perut buaya." Vincent ketawa. Ameer turut ketawa.
"Haih." Keluh si isteri.
Baru tiga hari Ian di Malaysia, Vincent pula datang ke sini bersama-sama keluarganya untuk bercuti. Walhal, awalnya Vincent kata nak tolong Ian di Malaysia uruskan siasatan tentang kes Ayob tapi dia pula bawa ubah fikiran.
*
Vance duduk di sebelah Ian. Ian sedang membuat kerjanya di ruang tamu. "Kenapa tak tidur lagi?"
"Tak mengantuk. Siang tadi dah tidur lama." Jawab Vance yang fasih berbahasa Melayu kerana diajar oleh bapanya. Sekali dengan carutan. Tahu sahajalah mulut Vincent sejak kecil.
"Uncle tak tidur?"
"Kejap lagi. Kena siapkan laporan siasatan ni dulu. Aunty Mar nak tengok esok." Jawahnya sambil menekan papan kekunci yang disambung pada tablet.
"Siasat apa?"
"Hmm... Rahsia."
"Uncle ni. Asyik-asyik rahsia." Dia melentokkan kepalanya pasa lengan Ian.
"Pergi la tidur dalam bilik."
"Tak nak. Tak mengantuk."
"Dalam peti sejuk ada puding. Dah beku kot. Dah dua jam buat tadi." Beritahu Ian.
Vance terus segar mata. "Betul ke? Yes. My pudding." Dia berlari ke arah peti sejuk di dapur.
Pintu peti sejuk dibuka. Di hadapannya terdapat banyak cawan kecil berisi puding. "Uncle nak buat kenduri ke?" Tanya Vance di dapur. Suaranya dapat didengari sehingga ke ruang tamu.
Ian bersandar pada sofa. Melepaskan segala kepenatan. Akhirnya, selesai juga kerjanya itu. Email dihantar terus kepada Martina. Martina tiada di rumah. Mungkin dia berasa di hotel Vladimir, tempat dia selalu menginap jika malas pulang ke rumahnya.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...