"Apa kau cakap? Kenapa kau setuju dengan semua tu? Kau ni memang anak tak boleh harap la." Tengking bapa kepada Asyraf, Rizad.
"Aku dah cakap semalam. Bunuh je sesiapa yang kacau kerja aku. Aku tak kira. Aku nak juga kepala Ayob tu." Tambahnya lagi.
Ariff hanya memerhati dari jauh. Asyraf mendiamkan diri selepas ditampar oleh bapanya.
"Kalau kau tak boleh buat kerja tu. Aku suruh orang lain buat. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham? Anak tak guna. Kau sama je macam mak kau. Pengemis." Maki seorang bapa kepada anaknya sendiri.
Asyraf cuba bersabar walaupun ke arahannya sendiri membuak-buak akibat makian terhadap ibu kandungnya sendiri.
"Keluar!" Tengking Rizad yang terlantar di atas katil. Dia telah kehilagan tangan kiri dan kaki kirinya akibat letupan mesin basuh yang baru dibeli olehnya sebelum ini.
Asyraf dan Ariff keluar dari wad tersebut meninggalkan Rizad di dalam wad itu. Bahu kanan Asyraf ditepuk oleh rakannya. Dia tahu rakannya itu menyuruhnya bersabar.
Langkah mereka terhenti di hadapan pintu wad tersebut selepas mereka keluar dari situ. Mata masing-masing tertumpu ke arah manusia yang mereka pernah jumpa pada hari semalam, Vincent Zain.
"Apa kau buat dekat sini?" Soal Ariff kepada seorang manusia yang memakai kot putih milik seorang doktor.
"Kerja. Tak nampak baju aku pakai ni? Tepi sikit. Aku nak jumpa pesakit."
Asyraf menghalang Vincent. Dia tidak percayakan Vincent. "Kau nak buat apa dengan ayah aku?"
Vincent mengeluh. "Buat apa lagi? Periksa keadaan dia la."
"Sebelum ni bukan kau yang uruskan." Kata Asyraf lagi.
"Ya. Aku baru uruskan hari ni. Senior aku ada hal family. Dia kena balik. Bini dia nak bersalin." Jawab Vincent acuh tak acuh.
"Aku tak percayakan kau." Kata Asyraf dengan pandangan dingin.
Vincent senyum sinis. "Kalau Ian nak bunuh ayah kau. Dia dah lama datang sekali dengan aku. Kau fikir dia tu siapa nak hantar orang buat kerja dia? Dia lagi suka buat sendiri. Aku tak perlu tolong dia. Dah. Tepi." Bahu Asyraf ditolak ke tepi.
Vincent terus berjalan ke arah pintu wad sambil senyum lebar. "Let I see your face, old man." Bicaranya perlahan.
"Asyraf. Kau tak nak tengok ke dia buat apa dekat dalam tu?" Soal rakannya sambil melihat Vincent masuk ke dalam wad tersebut.
Asyraf tersandar pada dinding. "Tak perlu kot."
"Macam mana kalau dia tu tipu? Maksud aku. Dia bukan doktor dekat sini." Kata Ariff yang berdiri di hadapan rakannya.
Asyraf terdiam seketika. Mereka berdua terlihat seorang jururawat wanita berjalan melintasi mereka.
"Nurse." Panggil Asyraf.
"Oh. Encik Asyraf. Ada apa, ya?" Soal jururawat yang membawa troli ubat-ubatan dan pembalut luka itu. Dia kenal dengan Asyraf kerana dia ditugaskan untuk uruskan Rizad di wad tersebut.
"Boleh saya tahu? Dekat sini ada tak doktor nama Vincent Zain?" Tanya Asyraf untuk mendapatkan kepastian.
"Ada. Tuan Vincent baru je bertugas hari tu. Oh ya. Tuan Vincent tu anak saudara pemilik hospital ni. Dia doktor pakar dekat luar negara. Datang sini sebab ada hal keluarga katanya. Alang-alang tu dia ganti la Dr. Amiruddin untuk uruskan bapa Encik Asyraf." Jelas jururawat itu selepas berkenalan dengan Vincent beberapa minit yang lalu.
"Isteri Dr. Amiruddin bersalin ke?" Tanya Ariff pula.
"Ya." Jawabnya.
Mereka berdua saling berpandangan. Ternyata Vincent tidak menipu walaupun cakap acuh tak acuh.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...