Mata seorang jejaka sedang melihat ke arah gambar wanita pada tangan kanannya. Wanita itu ialah sasaran yang perlu mati di tangannya. Dilihatnya pula ke arah seorang wanita yang berada di atas katil dalam bilik hotel mewah, Zain Private Hotel.
Lelaki itu bangun dari katil. Robe di atas lantai diambil lalu dipakai pada tubuhnya yang awal tadi hanya berseluar dalam. Gambar pada tangannya pula dikoyak sehingga hancur. Semuanya dibuang ke dalam tong sampah.
Laci dibuka. Sepucuk pistol diambil. Muncung pistol dihalakan ke arah seorang wanita yang tidur di atas katil. Wajahnya sama dengan wanita dalam gambar tadi.
BANG!
Bunyi tembakan perlahan kerana pistol tersebut lengkap dengan penyerap bunyi. Wanita yang tidak berpakaian di atas katil itu mati dalam lena.
Telefon pintar dicapai dari atas meja berlaci tadi. Panggil dibuat kepada seseorang. "Vincent..."
"Okay, bro. Aku datang sekarang. Kejap. Aku tengah pujuk Velles." Celah seorang manusia yang sangat rapat dengan dirinya.
Panggilan ditamatkan. Dia mengeluh. Segala pakaian diambil bersama-sama pistolnya tadi sebelum menuju ke arah bilik mandi. "Kenapa la aku juga yang kena buat kerja macam ni? Nasib baik minah tu dah mabuk. Ish. Susah betul la berlakon ni. Geli aku dengan minah gedik yang kemaruk jantan ni. Patut la Abang Deon suruh aku bunuh dia. Dasar kaki kikis."
Pintu bilik mandi ditutup selepas dia masuk ke dalam bilik mandi tersebut.
*
"Macam mana, Ian? Sedap?" Vincent angkat kening sambil memandu.
"Sedap apa benda? Aku tak sentuh langsung la. Gila apa nak sentuh dia. Nak muntah aku rasa." Kata Ian dengan tenang.
"Okay. Sah. Kau positif G-A-Y." Vincent ketawa.
"Bodoh la kau." Ian bengang.
"So, sekarang ni kita nak lepak mana? Nak lepak ke nak balik?" Tanya Vincent.
"Aku nak balik." Jawab Ian.
"Tapi aku nak lepak. Ala~ Malam masih muda. Jom la enjoy." Kata Vincent dengan riang. Kalah kanak-kanak riang.
"Ish. Dah jadi bapak budak pun perangai macam budak tadika." Ian memerli.
"Bukan selalu. Soleh kecil lagi. Tak best la nak main-main. So, papa dia main dekat luar la." Vincent masih tersengih.
Ian geleng kepala. "Umur dah 25 pun perangai macam ni. Apa la kau ni? Anak kau dua orang lagi tu kan ada? Layan la deorang."
Vincent tunjuk muka bosan. "Deorang tu macam kau. Asyik hadap buku je. Aku ni pun kena halau."
"Dah papa dia perangai macam minta kaki." Ian memerli.
"Kau tu bila lagi? Tak akan nak tunggu aku ada cucu, kau baru nak kahwin?"
"Belum masa lagi la."
"Lamanya. Apa kata kau balik Malaysia nanti. Jumpa Cikgu Ayu. Kalau dia single. Kau masuk la meminang."
"Senangnya kau. Entah-entah aku pun dia dah lupa." Kata Ian.
Vincent ketawa.
"Flight aku minggu depan." Kata Ian tiba-tiba selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri.
"Hati-hati la dekat sana. Kau balik seorang je. Aku tak boleh nak ikut sebab kena jaga family." Kata Vincent yang kedengaran matang.
"Tak apa. Aku tahu jaga diri. Balik sana pun bukan lama. Jenguk syarikat dengan family sana je."
"Lia dah kahwin ke belum dengan Bendalir tu?" Tiba-tiba dia teringat tentang pasangan tidak setaraf usia itu.
"Kau ni ketinggalan jet ke, bro? Dah tiga tahun dia kahwin. Ada anak seorang dah." Jawab Ian.
"Laaaaa~ Aku fikir jet tu lambat lagi. Tak sangka dah terlepas."
Ian terketawa. Vincent tersengih. Mereka masih seperti dahulu walaupun umur semakin meningkat.
Double Killer tetap hidup sebagai Double Killer tetapi itu hanya sampingan. Vincent merupakan seorang doktor yang baru bertugas di sebuah hospital milik keluarga Zain di Canada. Ian pula sudah menjadi pemilik Zain Private Hotel Dan Zain Zest Restaurant. Dia selalu sibuk dengan kerjanya tetapi tidak sampai mengabaikan kebebasan dirinya untuk meluangkan masa sendiri. Berbanding dengan Vincent yang sering sibuk di hospital. Kadang-kala 'on call'.
*
"Lambatnya sayang balik? Ambil Ian atau pergi melepak sampai tak tengok jam?" Tegur si isteri yang bercekak pinggang di ruang tamu.
Vincent berjalan menghampiri isterinya. Tubuh isterinya dipeluk. "Ala, honey. Bukan selalu pun abang luang masa dengan Ian tu. Rindu la. Minggu depan dia kena balik Malaysia jumpa family dia dekat sana."
Pelukan si suami dibalas. "Sayang pun kena rehat. Nak lepak tu boleh. Tapi badan tu perlu rehat. Pagi nanti nak pergi kerja pula."
Vincent melepas pelukan isterinya. Bibir isterinya dikucup lembut sebelum berkata. "Okay, honey. Jom kita tidur. Tidur lambat tak baik untuk kesihatan ibu lepas bersalin."
Velles melepaskan pelukannya. Hidung Vincent ditarik. "Dia pun sama."
"Hiyah!" Kata Vincent lalu mendukung isterinya seperti puteri.
"Tak payah la dukung. Saya boleh jalan sendiri."
"No no no." Katanya sambil menapak naik anak tangga menuju ke bilik mereka.
Dua orang anak lelaki sedang mengintai ibu bapa mereka di sebalik pintu bilik. Mereka tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kedua-duanya ikut wajah Vincent. Cuma rambut berbeza warna. Si abang ikut warna rambut Vincent dan di adik pula ikut rambut Velles. Beza umur mereka dua tahun.
"Awal bangun, budak-budak tak mandi. Siap-siap cepat pergi sekolah." Tegur Vincent yang terlihat dua orang anaknya itu.
"Papa. Baru jam 3 pagi." Kata si abang.
"Dah tu? Kenapa tak tidur?"
"Adik nak pergi tandas. Pancut." Jawab anaknya yang kedua.
Vincent angkat kening. "Siapa ajar kencing macam anjing?"
"Papa." Jawab mereka berdua.
Velles terketawa.
"Mana ada. Apa ajar kencing macam beruk je." Dia turut ketawa.
[Logo CROWN LEGACY baru siap buat tadi. Atas permintaan para pembaca. Author sambung teruslah dekat sini book 2. Terima kasih kerana sudi membaca.]
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...