Ian terdiam apabila dia dipeluk oleh Vincent dari belakang sambil menjerit. Ketika ini dua buah kelas sains disatukan di dalam makmal Biologi untuk subjek Biologi kerana kedua-dua kelas tersebut diajar olah guru yang sama.
"Tak nak! Tak nak! Katak tu lompat nak masuk dalam baju aku. Ian. Jom la keluar." Kata Vincent yang cemas selepas seekor katak yang sepatutnya menjadi bahan eksperimen pembedahan telah melompat ke arahnya.
Hampir semua pelajar ketawa kepadanya. Ada juga yang sedang menahan ketawa. Guru wanita itu pula hanya mengeluh.
Vincent melepaskan pelukannya. Buku-buku dia dan Ian dikemas. Tangan kanan Ian ditarik. "Jom la. Aku tak nak katak tu kejar aku."
"Kau ni pun. Katak je pun. Bukan ular." Ian mengekor tanpa membantah.
"Geli la, bodoh." Jeritnya.
Ian tepuk dahi. "Ya la. Ya la."
*
Dua orang pelajar lelaki sedang menghabiskan masa di dalam perpustakaan selepas keluar dari makmal Biologi. Mereka berdua sedang belajar bersama-sama di situ.
"Hensemnya putera-putera idaman aku." Kata seorang pelajar perempuan yang berada tidak jauh dari situ, Siti.
"Siti. Dah jumpa ke buku rujukan seni?" Tegur Natalia yang berdiri di sebelah rak buku berhampiran Siti.
"Eh? Belum. Kejap." Dia mengelabah dan mencari buku tersebut.
"Kau tengok apa?" Tanya Natália sambil melihat ke arah kawasan meja.
Siti tersengih.
Natalia terpandang ke arah Vincent dan Ian. "Deorang tak ada kelas ke?"
"Lia. Tengok apa tu?" Tegur seorang pelajar lelaki sekelas dengan Natalia.
Natalia melihat ke arah pelajar lelaki yang berada di belakangnya. "Tak ada apa-apa la." Jawabnya dan berlalu pergi dari situ.
Pelajar lelaki tersebut melihat ke arah Vincent dan Ian. "Eh? Apa yang budak gay tu buat dekat sini? Rasanya hari ni semua kelas sains pergi lab bio. Dating?"
*
Vincent mengheret tangan Ian pergi jauh meninggalkan kawasan pergaduhan antara Ian dengan beberapa orang pelajar lelaki yang lain. Pergaduhan itu berpunca daripada Vincent yang mulut longkang sehingga Ian bertumbuk dengan beberapa orang pelajar di situ.
"Kita nak pergi mana ni?" Soal Ian kepada Vincent.
"Report dekat cikgu pasal kaki rokok dalam sekolah ni. Malas aku layan makhluk tak ada otak tu. Suka hati je kata kita ni, gay. Lagi pun, kau adik aku. Apa masalahnya?" Dingin dia berbicara.
Ian mengeluh. "Kau tak patut masuk campur tadi."
"Aku tak boleh la. Aku jadi panas kalau deorang libatkan kau." Katanya.
Pada masa yang sama, Natalia dan dua orang rakannya melihat Vincent sedang menarik tangan kanan Ian menuju ke bilik disiplin. "Kenapa pula tu? Gaduh ke?" Fikir mereka bertiga.
*
Ian melabuhkan lengan kiri di atas dahinya selepas baring di atas katil. Matanya di pejamkan seketika sebelum dia terdengar bunyi ketukan pintu. Lantas dia duduk di atas katil. Pintu bilik dibuka.
"Akak nak keluar kejap. Malam nanti akak balik." Beritahu Martina kepada Ian.
"Okay."
"Vincent mana? Dalam bilik dia tak ada pun." Soal Martina kepada adik angkatnya itu.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...