BAB 17

88 17 5
                                    

Frendi berlari masuk ke dalam rumah. Dia tercungap-cungap mengambil nafas selepas dia mengunci pintu rumahnya. Perasaan takut masih bersarang dalam dirinya. Dia takut mati ditembak tetapi dia tidak tahu siapakah manusia yang telah selamatkan nyawanya itu. Adakah dia selamat kerana sengaja atau orang itu pun akan bunuh dia juga nanti? Itu jadi satu persoalan.

Tali leher ditanggalkan. Dia berjalan ke arah ruang tamu. Tubuhnya dibaringkan di atas sofa. Penat terasa selepas melarikan diri tadi. Walaupun dia memandu dan tidak berlari menggunakan kakinya.

"Tak pernah jadi macam ni. Lepas aku berhenti kerja tadi. Tiba-tiba... Zarul. Tak akan la dia cuba hantar orang untuk bunuh aku lepas aku berhenti kerja tadi? Apa dia fikir? Tak boleh jadi. Kalau betul dia. Aku kena buat report polis" Wajah Frendi bertukar marah.

Frendi duduk di atas sofa apabila dia terdengar sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya. Dia bangun dan berlari ke arah tingkap. Mengintai orang itu di sebalik tingkap. Sebuah kereta BMW hitam dengan lambang mahkota berwarna emas berhenti di hadapan pagar rumahnya.

"Dia dah jumpa rumah aku." Kata Frendi dengan perasaan cemas.

Frendi melihat seorang jejaka keluar dari kereta tersebut. Orang itu berdiri di hadapan pagar rumah. Loceng ditekan. Frendi tidak berani membuka pintu rumahnya.

Velles menekan loceng rumah yang perlu dia lindungi buat sementara waktu. Dia mendapat arahan daripada Vladimir selepas orang kanan Nash itu menelefonnya beberapa minit yang lalu.

"Aku ada masa lima jam lagi sebelum pergi sekolah ambil deorang." Jam tangan dilihat sekilas.

"Harap la pasukan En. Vladimir cepat sampai sini. Nanti aku lambat pula ambil deorang. Bising pula Vincent tu nanti. Buat sakit telinga aku je." Monolognya. Loceng masih ditekan.

"Serius la. Aku tak ada masa la nak tunggu sini lama-lama." Kata Velles dengan suara yang tinggi.

"Keluar la cepat sebelum aku masuk sendiri. Kalau bukan sebab En. Vladimir yang suruh jaga rumah ni. Aku pun tak nak datang sini la." Velles sudah hilang sabar.

Pintu rumah dibuka perlahan-lahan. Frendi berdiri di hadapan pintu tersebut.

*

"Kau tak rasa kita ni sesuai jadi polis ke? Muka dah hensem." Kata Vincent kepada Ian sambil makan lollipop yang dirembat daripada rakan sekelasnya tadi sebelum dia lepak di kelas Ian.

"Kenapa pula?" Soal Ian yang berada di atas kerusi.

Vincent yang duduk di atas meja Ian pun berkata. "Ya la. Budak perempuan kelas aku kata. Kita ni sesuai jadi polis. Badan dah cantik. Hensem. Memanah pun hebat. Mesti menembak pun hebat." Vincent angkat kening.

"Ceh." Kata Ian sambil sambil melukis sesuatu pada buku notanya.

"Betul la. Nak try tak?"

"Try apa?"

"Jadi polis." Vincent tersengih.

Ian tongkat dagu menggunakan tangan kirinya di atas meja. Dia melihat ke arah Vincent yang duduk atas mejanya sambil bersandar pada dinding tingkap kelas. "Kalau aku tak nak, macam mana?"

"Tak apa. Nanti aku kejar kau." Vincent ketawa.

"Tak lawak la. Kalau macam tu. Sampai kiamat pun tak selesai. Agak-agak dua-dua mampus baru selesai." Kata Ian sebelum bangun dari kerusinya.

Vincent turun dari meja. "Nak pergi mana?"

"Jalan-jalan. Meeting pun tak habis lagi." Dia keluar dari kelas.

Vincent mengekori. "Aku rasa kita patut hantar Velles balik sana. Minta orang lain datang sini."

"Kenapa pula?"

IAN ZAINWhere stories live. Discover now