Vincent memeluk Ian di hadapan pintu rumah sebaik sahaja dia membuka pintu rumah tersebut. Pelukan yang erat seperti tidak mahu dilepaskan. Ian hanya mendiamkan diri seperti selalu. Tidak tahu mahu berkata apa-apa. Mahu minta maaf pun, bukan salah dia.
"Sorry about last night." Kata Vincent.
"Kau tak akan tinggalkan family Zain, kan?" Soal Vincent.
"Tak." Jawab Ian dengan tenang sambil melihat ke arah Martina dan Velles di belakang Vincent.
Dua orang wanita itu hanya senyum melihat ke arah mereka berdua. Vincent melepaskan pelukan lalu rebah. Ian terkejut dan cemas.
Velles mengeluh. "Jangan risau la. Dia tidur je tu. Semalaman tak tidur sebab risaukan awak."
Ian bercangkung di sebelah Vincent. Dahi Vincent dijentik sambil senyum. "Lol."
*
Asyraf melawat bapanya di wad hospital sebelum dia dan rakannya pergi ke bangunan milik Martina Zain. Bapanya memberi arahan kepadanya untuk bunuh sesiapa sahaja yang menghalang mereka demi bunuh Ayob. Dia tetap berdendam terhadap Ayob walaupun itu masalah teknikal.
Pintu wad dibuka lalu dia keluar dari wad tersebut. Perlahan-lahan pintu ditutup. Matanya melihat ke arah Ariff yang sudah lama menunggunya pada dinding wad tersebut.
"Jom." Ajak Asyraf sambil berjalan mendahului Ariff. Ariff mengekorinya.
"Kau ada beritahu ayah kau pasal rancangan ni?" Ariff mula bersuara ketika mereka keluar dari hospital tersebut.
"Tak. Aku cuba beritahu pasal Johari." Jawabnya sambil menuju ke arah sebuah kereta Mazda CX-5 miliknya yang berwarna hitam.
"Ayah kau ada cakap apa-apa tak?" Soal Ariff lagi ketika membuka pintu penumpang hadapan. Dia masuk ke dalam kereta tersebut sebelum pintu ditutup.
Asyraf turut masuk ke dalam kereta pada tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan. "Dia suruh aku bunuh sesiapa saja yang halang kerja tu."
"Kau tak beritahu dia pasal Zain?"
"Dia tak peduli." Kereta mula dipandu menuju ke arah destinasi mereka.
"Aku bukan apa. Tapi hal ni pun libatkan nyawa kau juga. Keluarga Zain tu bahaya. Tengok la Johari tu. Dia meninggal lepas cari pasal dalam bangunan Martina Zain tu." Nasihat rakannya itu.
"Aku cuba minta cara baik la ni. Sebab tu kita kena jumpa Martina Zain tu sendiri. Kita bukan datang nak bergaduh." Tegas Asyraf.
"Cakap pasal keluarga Zain tu. Malam tadi aku terjumpa dengan seseorang, Ian Zain. Terjumpa masa dekat hotel Munshi. Pekerja dekat situ kata. Ian Zain, bos besar syarikat Munshi. Mungkin tak hairan la kalau orang-orang bawahan Zain jaga Ayob." Jelas Ariff tentang pandangannya itu.
"Kalau tu betul. Kita memang ada dalam mulut harimau dah sekarang ni. Tapi tak ada yang sekarang kita selain Johari dan orang-orang dia." Kata Asyraf yang memandu.
Masing-masing diam. Minda mereka ligat memikirkan tentang hal tersebut.
*
Pintu bilik pejabat diketuk sebelum dibuka. Seorang wanita masuk ke dalam bilik kerja Martina. Ketika ini Martina sedang berbual-bual melalui panggilan telefon. Dia melihat ke arah pembantu peribadinya yang baru masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu bilik ditutup.
"Minggu depan akak balik sana. Dah lama tak jumpa datuk dengan nenek." Kata Martina.
"Apa-apa hal nanti call la. Jangan tunggu Qay call je. Sibuk sangat ke dekat sana tu? Kesian bakal suami dekat sini. Hari-hari nampak muka Qay dekat office. Tanya, bila akak nak balik sini." Qayden menyakat.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...