Gadis yang tidak bersalah telah berjaya diculik demi menarik musuhnya ke lokasi tersebut. Mereka sudah lama mencari abang gadis itu untuk membalas dendam terhadap kes pembunuhan yang telah berlaku dalam kalangan ahli mereka. Agak lama untuk mereka mencari dan menjejak lelaki yang dikehendaki itu. Namun, sukar untuk ditemui. Tetapi semua itu tiada masalah jika mereka berjaya mengumpannya datang ke situ menggunakan adik kesayangannya.
"Jangan risau. Abang kau datang tak lama lagi." Kata seorang wanita yang mengetuai pasukan tersebut.
Pada tangan kanannya terdapat telefon pintar milik gadis itu. Dia telah mengaambilnya untuk berhubung dengan abang gadis tersebut.
"Tch! Kalau aku tahu minah ni perangkap. Aku biar je dia tidur tepi jalan tu. Aku siap gilis dia dengan kereta lagi." Bicara hati Hidayah yang teringat kejadian seorang wanita tiba-tiba pengsan ketika mahu melintas jalan.
Hanya dia dan wanita itu di situ. Maka, dia membantu wanita yang tidak dikenali itu untuk dibawa jauh dari tepi jalan itu. Sebaliknya, dia pula diculik oleh sebuah can hitam yang berhenti di tepi jalan itu.
Hidayah yang diikat tangan, kaki dan mulut hanya mampu berdiam diri. Sia-sia sahaja dia meronta-ronta untuk kelaskan diri kerana tali pada tangannya diikat kemas. Dia pula tiada senjata tajam untuk membukanya.
Matanya melihat ke arah wanita yang dipanggil Nona itu. Wanita itu sedang berbual tentang rancangan serbuan ketika Iskandar muncul di situ. Mereka mahu menyerang Iskandar beramai-ramai.
"Serang hendap? Habislah macam ni. Malam-malam macam ni abang nampak ke? Semua guns pistol pula tu. Macam mana abang nak lawan kalau sorang macam ni? Tapi abang tak akan la bodoh sangat nak datang sorang. Mesti bawa geng. Bodohnya aku ni." Bicara hatinya.
Tiba-tiba, pintu bilik tersebut di terjah. Seorang lelaki tercungap-cungap mengambil nafas. "Nona. Kita kena sarang."
"Apa? Tak akan cepat sangat dia sampai."
"Bukan dia."
"Habis itu?"
ZUP!
Nona dan lima orang ahli pasukannya terkejut melihat sebilah pedang samurai telah memotong leher lelaki itu di hadapannya. Masing-masing keluarkan senjata dan menjauhkan diri dari manusia yang datang tanpa diundang itu.
"Kau nak lari mana, ha?" Soal Lance kenapa manusia yang telah selamat meninggal dunia itu.
Hidayah terkejut melihat aksi tersebut. Di hadapan pintu itu berdirinya seorang lelaki berambut perang, bertopeng musang berwarna hitam dengan corak berwarna merah. Pada tangan kanannya membawa sebilah pedang samurai yang diukur gambar naga emas. Pakaiannya pula serba hitam. Hidayah mampu melihat senyuman manusia misteri itu.
"Kau siapa? Siapa hantar kau?" Tengking Nona kepada Lance.
Lance melibas pedang ke kanan. Tempias habis darah pada pedangnya ke dinding dan lantai. "Aku, Ninja Zest. Double Killer hantar aku. Tamatkan riwayat korang, Moran." Katanya sebelum menyerang.
"Moran? Kau dah salah orang la. Siapa Moran? Kami bukan Moran." Jerit Nona.
Lance hentikan seranganya. "Bukan Moran? Habis tu, siapa?"
"Hmmm...." Kata Hidayah.
Lance melihat ke arah Hidayah. Dia terkejut. Hatinya yang panas tapi hanya sejuk seketika sebelum panas kembali. Serangan diteruskan. "Aku tak kesah. Asalkan aku dah selesai perkara yang aku mulakan."
Tembakan dilepaskan. Lance yang bergerak pantas itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Hal ini menyebabkan ada yang tertembak rakan pasukan sendiri. Lance menyorok di belakang musuhnya.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...