Bunyi jet sangat kuat pada pendengaran semua pelajar di tapak perhimpunan pada pagi Isnin. Masing-masing memberi perhatian kepada jet yang melintasi sekolah mereka itu. Kelihatan sangat rendah penerbangannya. Jet hitam itu sangat cantik kerana warna hitam dengan coraknya berwarna emas. Corak mahkota sama seperti kereta milik Martina. Mungkin ada yang perasan dan mungkin tiada yang perasan. Bukan hanya sebuah. Ada tiga buah jet lagi yang meluncur laju di langit yang biru pada pagi ini.
"Ehmmm.... Perhatian semua. Jangan pandang jet tu. Biarlah dia nak terbang pun." Tegur seorang guru yang bercakap di hadapan tapak perhimpunan tersebut sejak tadi.
Para pelajar terus melihat ke hadapan. Tangan masing-masing kononnya mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru disiplin tersebut. Sememangnya setiap hari Isnin guru itu akan membentangkan maklumat tentang masalah disiplin minggu lepas punya. Nama setiap pelajar yang terlibat dalam masalah tersebut akan disebut dan didenda.
Ketika mereka sibuk meneruskan aktiviti perhimpunan. Seorang lelaki yang tidak dikenali muncul di situ. Lelaki itu berjalan terus ke atas pentas yang diduduki oleh para guru di hadapan tapak perhimpunan tersebut.
Cikgu Ayu terkejut. "Zikri? Apa dia buat dekat sini?"
Mikrofon dirampas daripada pengacara majlis perhimpunan tersebut. Pelajar perempuan yang berbaju putih itu terkejut lalu melarikan diri ke arah para guru perempuan di atas pentas itu.
"Mana Ian Zain? Aku nak jumpa dia." Katanya dengan perasaan marah.
Masing-masing terdiam.
"Mana Ian Zain?" Dia mula menengking. Bingit telinga sebab terlalu kuat.
"Dia tak datang." Kata Danial dengan berani. Suaranya pun kuat.
Zikri melihat ke arah Danial. "Kau tahu mana rumah dia?"
Danial geleng kepala.
Mikrofon diletakkan di atas meja di hadapannya. Dia terus menuju ke arah Danial. Kolar baju seragam Danial digenggam.
"Jangan nak tipu aku. Kau satu sekolah dengan dia. Tak akan tak tahu?" Kata Zikri.
Ayu berdiri lalu berlari ke arah mereka. "Lepaskan dia." Jerit Ayu.
Zikri pandang dingin ke arah Ayu. "Kenapa dia tak datang? Awak beritahu dia ke?"
Ayu mendiamkan diri. Zikri yang kelihatan sangat marah itu cuba untuk menampar Ayu tetapi tangannya dipegang oleh seseorang. Seorang lelaki asing yang tiba-tiba muncul di situ.
"Wow." Kata mereka tatkala melihat gaya lelaki asing itu. Sangat kacak dan bergaya.
Rambutnya panjang dan diikat satu di belakang. Warna rambutnya kuning keemasan. Wajahnya kacak seperti orang Perancis. Sememangnya dia dilahirkan di Perancis dan membesar di sana. Pakaiannya berwarna hitam sepenuhnya. Termasuklah kemeja dan kot selain seluar dan kasut kulit. Hanya tali leher berwarna emas.
"Kau siapa?" Tengking Zikri sambil menarik tangannya kembali.
Herman melepaskan tangan Zikri. "I'm her bodyguard. Ian Zain send me at here."
"Macam mana kau boleh masuk dalam sekolah ni?" Tanya Zikri lagi.
"Naik jet." Jawab Herman.
Sememangnya dia naik jet dan terjun di padang sekolah sebelum melintasi kawasan tapak perhimpunan. Payung terjun juga sempat digulung dan disimpan dengan baik sebelum dia mendengar Zikri membuat onar di tapak perhimpunan. Jet tersebut dipandu sendiri oleh Ian. Satu lagi di pandu oleh Vincent. Selebihnya dipandu oleh pengikut Herman yang baru tiba di Malaysia semalam. Ian dan Vincent sengaja memandu jet tersebut untuk suka-suka. Walhal tiada lesen.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...