BAB 29

90 14 11
                                    

Vincent menyambut hari lahirnya di sekolah selepas habis waktu sekolah. Dia juga sudah memaklumkan hal tersebut dalam kumpulan WhatsApp tingkatan lima. Semua guru dijemput hadir selepas tamat waktu sekolah. Begitu juga kepada sesiapa yang mahu hadir. Mereka melakukan majlis tersebut di dalam dewan sekolah yang besar.

Herman dan para pengikutnya membawa makanan yang telah disiapkan oleh Ian sebelum ke sekolah. Mereka hanya perlu panaskan makanan tersebut sebelum dibawa ke sekolah. Kata-kata Vincent pada malam tadi bukan satu kata-kata kosong kerana Double Killer akan buat jika mereka berkata-kata walaupun kedengaran seperti satu gurauan.

"Sedapnya. Beli dekat mana lasagna ni? Banyak pula cheese." Puji seorang guru di sebuah meja yang penuh dengan makanan. Dia mahu mengambil lagi lasagna di dalam bekas yang disediakan.

"Ian yang masak." Kata Vincent yang memasukkan sepotong kek ke dalam pinggan polistren pada tangan kanannya.

"Pandainya dia masak." Kata Cikgu Manisah pula.

"Mestilah. Dia tu chef muda dekat Canada. One day, datuk serahkan Zain Zest restaurant dekat dia." Kata Vincent yang kedengaran seperti berbisik.

"Uish. Tak akan la semua ni dia masak? Kamu tak tolong ke?" Tanya Cikgu Amri yang menuang air katira ke dalam cawannya.

"Tak. Saya tak reti masak. Ian pun tak bagi saya tolong. Dia kata nanti tak sedap." Vincent ketawa.

"Habis tu? Kalau Ian jadi chef nanti. Awak nak jadi apa?" Tanya Cikgu Ayu yang menyepit sushi gulung di dalam bekas.

"Saya nak jadi doktor macam abang saya. Doktor pakar bedah. Boleh potong-potong. Sambung-sambung." Dia tersengih nakal.

Cikgu-cikgu di hadapannya hanya mengeluh dan geleng kepala. Sudah tahu sangat sikap nakal Vincent ni. Cakap pun main-main. Tetapi siapa sangka kata-katanya itu mungkin niat sebenarnya.

"Ian mana? Tak nampak pun dia dari tadi. Jangan cakap awak suruh dia memasak dekat kantin pula." Kata Cikgu Ayu.

"Ada tadi. Pergi tandas kot." Kata Vincent sambil mencari kelibat Ian di dalam dewan itu.

Sementara itu, Ian sudah terlena di sebalik menara kerusi di sudut dewan. Dia makan di situ sendirian dan terus terlena. Penat berjaga sepanjang malam sehingga Subuh untuk memasak bagi majlis yang meriah ini. Satu sekolah dijemput hadir. Sudahlah masak sendirian. Nasib baik Herman ada membantunya memotong bahan-bahan. Tanpa Herman, mungkin dia sudah tidak datang ke sekolah hari ini. Di dalam kelas juga dia asyik terlena.

Natalia bercangkung di hadapan Ian. "Ian." Panggilnya lembut.

Ian tidak terjaga. Natalia sengaja menyentuh rambut Ian kerana Ian anak saudaranya. Tiada masalah. Dia terkejut apabila Ian memegang tangannya.

Ian angkat kepala dan melihat ke arah Natalia dengan pandangan dingin. Natalia terdiam seketika sebelum berkata. "Kenapa tidur sini? Nanti orang tak perasan. Terkunci dewan pula.

Tangan Natalia dilepaskan. "Dah makan?"

"Dah. Sedap sangat. Vincent kata kau masak." Natalia berdiri.

Ian turut berdiri. "Memang aku masak." Katanya sebelum berlalu pergi bersama-sama pinggannya.

Natalia hanya senyum. Dia tahu Ian memang tidak banyak bercakap. Dia mengekor Ian.

"Hai, makcik Lia." Tegur Vincent apabila melihat Ian dan Natalia menuju ke arah meja yang penuh dengan makanan.

"Kau ni memang nak kena, Vincent." Kata Natalia yang kelihatan geram terhadap sikap nakal Vincent.

Ian tarik telinga Vincent. Tolong balas kemarahan Natalia sebab Natalia tidak boleh menyentuh Vincent. Haram.

"Sakit la." Vincent melenting. Telinganya dilepaskan.

IAN ZAINWhere stories live. Discover now