Sebuah dokumen penting dibaca pada komputer riba milik Ian. Dokumen tersebut berkaitan dengan maklumat yang diminta oleh Ian beberapa hari yang lalu kepada Martina. Pada masa ini juga, dia sedang berbual dengan Martina melalui earphone yang disambung pada telefon pintar miliknya.
"Terima kasih. Rasanya ni je yang diperlukan buat masa ni. Kalau ada apa-apa maklumat lain. Boleh je hantar." Kata Ian sambil membaca maklumat peribadi bapanya, Mohd. Amin bin Hj. Qalil. Anak ketiga Dato' Qalil.
"Macam mana dengan keadaan dekat sana?" Soal Martina dalam panggilan tersebut.
"Fox hantar orang serang Vincent malam tadi. Tapi Velles yang teruk sekarang ni. Tak la teruk sangat. Kena tembak dekat lengan dengan betis je. Sniper." Jelas Ian.
"Haih. Macam mana la boleh cuai macam tu?"
"Ramai la, akak. Sniper pun dia tak jumpa masa tu. Vincent yang selesaikan semua. Tapi tu la... Vincent suruh hantar Velles balik sana. Ian dah bincang dengan Abang Nash tadi. Abang setuju." Tangan kanannya menarik muka surat dokumen PDF itu ke atas. Terpapar maklumat tentang ibunya, Nurul Isma Chu binti Abdullah Chu.
"So, sekarang ni macam mana?"
"Abang Nash akan hantar orang lain dalam masa dua hari lagi. Velles pula... Mungkin Vincent akan suruh dia bersara nanti." Kata Ian ketika bersandar pada katil.
"Aik?"
"Akak tak tahu ke? Vincent suka Velles?"
"What? Tak ada siapa cakap pun." Martina terkejut.
Ian menyisir rambut hadapannya ke belakang. "Vincent tu nampak je suka gaduh dengan Velles. Tapi dia tu sebenarnya nak perhatian. Velles tu pula asyik pandang Ian je. Ala, akak. Vincent bukan nak tunjuk pun sayang dia dekat perempuan. Akak macam la tak kenal adik akak tu. Pernah ke dia kawan dengan perempuan kalau bukan pasal study? Asyik nak berkepit dengan Ian je. Siap kena cop gay lagi."
Martina melepaskan keluhannya. "Dah tu? Velles tahu ke Vincent suka dia?"
"Entah." Jawab Ian.
*
Vincent mengetuk pintu bilik Velles sebelum dia membuka pintu tersebut. Dia berjalan ke arah Velles yang baru sahaja bangun dari tidur.
"Nak apa?" Soal Velles ketika duduk di atas katil melihat Vincent masuk ke dalam biliknya.
Vincent sempat menekan suis lampu bilik tersebut sebelum tiba di sebelah kanan Velles. "Jom aku mandikan."
"Aku boleh mandi sendiri la." bantah Velles.
Vincent tetap berdegil. Dia dukung Velles seperti puteri. Velles pula meronta-ronta.
"Duduk diam. Kejap lagi ada juga aku cium." Kata Vincent dengan tenang. Wajahnya dingin melihat Velles.
Velles berdecit dan melihat ke arah lain. "Tuala aku..."
"Kejap lagi aku ambil." Katanya ketika berjalan keluar dari bilik tersebut.
Vincent berjalan ke arah bilik mandi di tingkat bawah yang terletak di kawasan dapur. Dia membawa Velles masuk ke dalam bilik mandi yang sudah sedia dibuka pintunya. Velles diletakkan di atas sebuah kerusi plastik yang sudah disediakan oleh Vincent.
"Aku boleh mandi sendiri. Kau keluarlah." Kata Velles dengan baik.
Vincent tenung lama ke arah Velles sebelum dia keluar dari situ. "Aku pergi ambil tuala dengan pakaian kau. Kau pakai bra ke tak?"
Wajah Velles sudah berona merah apabila soalan itu ditanya. "Aku pakai la." Katanya dengan nada yang kuat.
"Tunggu sini. Aku pergi ambil."
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...