Qayden menatap komputer riba miliknya. Dia dapat melihat sasarannya melalui rakaman CCTV yang telah digodam olehnya beberapa minit yang lalu. CCTV tersebut terletak di sebuah rumah agam milik seseorang di luar negara. Dia tersenyum tatkala melihat seorang wanita keluar dari sebuah kereta mewah.
"I got you." Kata Qayden lalu mencapai sebatang lollipop di dalam sebuah balang lollipop pada sisi kanannya.
Plastik lollipop berwarna merah jambu dibuka. Lollipop dimasukkan ke dalam mulutnya. "Mana nak lari? Kau ingat aku tak akan jumpa kau ke? Aku dekat Canada. Kau lari sini. Aku dekat sini. Kau lari sana. Merajuk apa ni? Penat tahu tak? Aku je yang asyik kejar kau."
Telefon pintar dicapai. Dia menelefon seseorang sambil melihat ke arah CCTV yang berada di dalam bilik seorang wanita. "Dia campak je telefon tu? Apa ni? Adoi. Perempuan ni memang payah la nak pujuk. Apa aku nak buat ni? Aku silap sikit je pun. Tak datang birthday dia sebab sibuk. Ala... Perempuan ni." telefon pintar dicampak ke atas katil. Kepala digaru.
Pintu bilik diketuk. Qayden melihat ke arah bilik.
"Qay. Akak ada benda nak bincang ni."
Qayden segera tutup tetingkap CCTV tadi sebelum dia menutup komputer ribanya. "Masak aku kalau akak nampak ni."
"Ya, akak. Kejap."
"Nasib baik aku lock pintu bilik." Monolognya yang kelihatan lega.
*
Vincent menutup mulutnya menggunakan kedua-dua tangannya selepas makan asam kegemaran Ian. Sangat masam sehingga dia geleng kepala. Ian memaksanya untuk telan sebab dia sudah ambil banyak dan masuk ke dalam mulutnya. Disangkanya asam itu tak masam sebab Ian makan biasa sahaja. Wajah serius tetap tidak berubah kerana rasa masam.
"Kau jangan harap boleh keluarkan asam tu dari mulut kau. Selagi kau tak telan. Jangan harap boleh keluar dari bilik aku. Suka hati je rampas asam aku tadi. Padan muka." Bebelnya sambil menulis jawapan dalam kertas soalan Matamatik Tambahan.
Vincent geleng kepala sebab tak tahan masam. "Macam mana dia boleh makan benda masam macam ni sambil jawab soalan exam tahun lepas? Gila apa? Masam siot. Otak boleh jem. Tak sangka masam tahap nak mampus. Kalau aku tahu. Aku tak makan la." Jerit hatinya.
"Lain kali rasa sikit la dulu. Kan dah membazir kalau buang. Kau telan cepat. Lepas tu minum air. Tu la. Ada otak tak nak guna. Harap je kelas pertama."
Vincent berguling atas lantai sambil tutup mulut. "Hmmm... Hmmmm... Hmmmmm..."
Telefon pintar milik Ian berdering. Ian segera mengambil telefon pintar di atas meja pendek di hadapannya itu. Nombor si pemanggil dilihat. Dia berdiri lalu menjawab panggilan tersebut. Pandangannya dilempar ke arah tingkap bilik. Vincent yang melihat situasi tersebut terus mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari bilik Ian. Langkahnya terus ke tandas di kawasan dapur. Ian mengabaikan 'kembarnya' itu kerana buang masa sahaja melayan Vincent.
"Hello?" Sapa Ian.
"Hello, Mr. Illusion. Oppss... Double Killer, Mr. Ian Zain. How are you? Do you remember me? I'm..."
"Sorry, sir. Wrong number." Panggilan segera ditamatkan.
"Semacam. Macam mana musuh boleh dapat nombor aku? Pelik."
Sekali lagi telefon pintar tersebut berdering. Ian segera mematikan telefonnya lalu dicampak di atas katil.
Tidak lama selepas itu, telefon Vincent pula berdering. Vincent segera mencapai telefon pintar dari poket kiri seluarnya selepas selesai berkumur di singki.
"Hello?"
"Hello, Double Killer, Mr Vincent Zain. I finally found you. Do you remember me? I'm..."
"Kau cakap apa? Aku tak faham bahasa Inggeris. Hello. Hello. Nak jual ubat kuat ke?" Kata Vincent walhal dia tahu bahasa Inggeris.
"What the fuck are you talking about? I don't understand you, Double Fuck!" Tiba-tiba dia naik angin.
Vincent tersengih. "Who is Fuck? Nama kau ke, Fuck? Hello, Mr. Fuck. Wekkk... Aku nak sambung muntah. Bye, Fuck." Panggilan segera ditamatkan.
Vincent berlari ke arah bilik Ian. Pintu bilik diterjah. Ian sedang mengeluarkan kad sim dari telefon pintar miliknya. Dia melihat ke arah Vincent. Angkat kening.
Pintu bilik ditutup. "Tadi Mr. Fuck call aku." Katanya sambil menuju ke arah Ian.
"Mr.Fuck? Dren, Fox organization? Tadi dia call aku juga. Pelik. Mana dia dapat nombor aku. Hidup lagi orang tua tu." Katanya sambil memasukkan semula bateri pada belakang telefonnya.
Vincent duduk ditempatnya. Dia juga melakukan hal yang sama pada telefon pintar miliknya. "Tu la pasal. Aku rasa aku dah bakar gudang dia hari tu. Dia pun ada dalam tu."
"Sekarang ni dia cari kita. Nak beritahu akak ke?"
"Kena beritahu la. Kalau tak cakap nanti. Dia tahu sendiri. Lagi la jadi gulai kita ni." Kata Vincent yang tahu sikap baran kakak kandungnya itu.
Ian berdiri. "Aku jumpa akak jap. Kau siapkan kerja kau tu. Aku punya dah siap."
"Nak pinjam." Vincent tersengih.
Ian pandang dingin. "Jilat tapak kaki aku dulu sebelum kau pinjam." Kertas soalan Matamatik Tambahan diambil sebelum dia keluar dari biliknya.
"Malasnya nak fikir. Add Math susah la." Kepalanya dihantuk di atas meja.
*
"Maksudnya, Fox masih hidup la? Lama betul come back. Mesti baru keluar wad." Kata Qayden selepas mendengar penjelasan daripada kakaknya.
"Akak nak kau pantau dekat sana. Kau pun datang sini bukan ada misi pun. Lebih baik balik sana jaga family." Kata Martina kepada ketua mafia generasi kelima di hadapannya ini.
"Ya la, akak. Nak balik la ni. Orang tu pun dah balik sana. Tak ada sebab la nak duduk sini lama." Kata Qayden.
"Akak tu bila nak kahwin?" Soalan bernas daripada seorang adik yang bakal berkahwin kepada seorang kakak yang masih bujang.
"Sibuk je dia tanya."
Qayden tersengih. "Ambil berat."
Pintu bilik Martina diketuk. "Akak. Ian ada benda nak cakap ni."
"Masuklah." Pelawa Martina.
Ian buka pintu dan masuk ke dalam bilik kakaknya. Hairan seketika melihat Qayden di dalam bilik itu sedang makan ramen bersama-sama Martina.
"Tadi kitaorang dapat call daripada Fox..."
Mereka berdua terkejut.
*
Seorang lelaki berusia 40-an mencampak telefonnya di atas katil kerana geram terhadap dua manusia yang dia telefon sebelum ini. Kedua-duanya mengandaikan dirinya.
"I will find you. Everything not over yet. Double Killer." Jerit lelaki itu di atas katil.
YOU ARE READING
IAN ZAIN
Mystery / ThrillerHidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yan...