1 W.J.

6.9K 56 0
                                    

Fred Marquis got murdered and it's the same suspect that killed Donny Coren. They had been shot from a building. Poli..

"Huhhh, tak habis-habis nak libatkan aku dalam berita. Patutlah aku ni lebih famous daripada artis." Kataku seorang diri di ruang tamu.

Segelas champagne yang berada di tangan aku teguk sehingga habis. Kepalaku sedikit pening akibat kesan alkohol daripada air tersebut. Aku dengarkan sahaja suara pembaca berita itu membacakan maklumat mengenai diriku yang digelar sebagai White Joker itu.

Aku penatlah nak dengar orang bebel pasal aku.

Tiba-tiba, telefon milikku yang berada di atas meja itu berdering. Aku pantas mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggilnya.

"What do you want?" Kataku dengan nada yang agak keras.

"Hahahhahahah..."

Minah ni. Memang tak sah kalau tak ketawa setiap kali call aku.

"Asal call?"

"Saja je nak call. Rindu..."

Aku mengubah posisiku yang mulanya duduk tegak kini, berbaring di atas sofa.

"Kau kalau nak call aku disebabkan benda yang tak penting..tak payah call. Aku tak ada masa nak layan."

Rambutku yang panjang itu aku tolak kebelakang. Merimaskan.

"Chill, dude. Boleh tak kau jangan terlalu serius? Setiap kali aku call, mesti kau emo."

"Bukan emo. Cuma, malas."

"Hmmm, baik kau duduk hutan je. Lagi tenang. Entah-entah lagi malas lah kau duduk sana nan..."

Aku terus menekan butang merah, memutuskan talian antara kami berdua. Malas lah aku layan orang yang memang tak waras macam dia tu.

Sekali lagi telefon aku berdering dan aku angkat dengan malasnya.

"Apa...yang...kau...nak?"

"Gila, aku belum habis cakap lagi kau dah end call."

"Hurry up. You waste my time with your fucking bullshit talk."

"Okey, okey. Serius melebihi mak mengandung. Aku nak ajak kau keluar."

"What for?"

"Like always. Discuss about Zack."

Aku tarik nafas panjang lalu hembus. Mamat tu lagi. Ishh, semak.

"Huhh, bila kita nak jumpa?"

"Tomorrow, at 7 a.m."

"Wow!" Kataku kagum tiba-tiba.

"What, wow?"

"Gila awal?! Aku baru je nak bangun pukul 10 pagi."

"Hurmmm, kau tu lah yang gila."

"Okey, aku memang gila pun. Kalau aku tak gila, tak adanya aku bunuh orang."

♥♠♣◆

Keesokkannya, aku memandu kereta menuju ke tempat yang diberitahu oleh Carolyn. Ianya sebuah kafe yang kurang menjadi tumpuan orang ramai kerana lokasinya jauh daripada perbandaran. Tetapi, kafe itu tetap kelihatan mewah walaupun kekurangan pelanggan. Mungkin, ianya baru beroperasi di kawasan tersebut.

Aku melangkah masuk dan mengambil tempat di meja kosong. Seorang pelayan datang lalu aku membuat pesanan seperti biasa. Aku membuka telefon milikku lalu menekan pada mesej yang dihantar oleh Carolyn, selepas pelayan itu berlalu pergi dari mejaku.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now