Selesai mandi, aku mengeringkan badanku yang basah dan melilitkannya menggunakan tuala yang aku gunakan tadi. Sempat aku berfikir sejenak sebelum aku memulas tombol pintu bilik mandi.
"Aku nak pakai baju apa nanti? Hmmm..lantaklah."
Tombol pintu aku pulas lalu membuka langkah menuju ke arah almari. Aku membuka almari tersebut dan terdapat banyak baju di dalamnya. Lebih kepada...baju untuk lelaki. Aku membelek satu per satu baju yang tergantung kemas itu.
Ada T-shirt.
Longsleeve.
Jersey.
Kemeja.
Pandangan aku tertarik pada baju T-shirt biru yang tergantung di situ. Belum sempat aku mencapai baju tersebut, satu tangan menahan tanganku daripada mengambil baju tersebut. Aku menoleh dan ianya Rayyen yang sedang merenung wajahku dengan pandangan yang marah? Ataupun tak suka aku berada dalam bilik ini?
"What are doing in my room?!" Suaranya ditinggikan ke arah aku.
Aku pandang mamat tu atas bawah. Asal dia tak pakai baju hah? Pakai boxer je.
"Cari baju lah. Buat apa lagi." Kataku kasar padanya.
"Sesuka hati kau je jejakkan kaki kau ke dalam bilik aku tanpa izin. Kau siapa?"
Aku pelik mendengarkan soalan terakhirnya itu. Mamat ni dah amnesia kah apa? Baru je tadi dia sendiri yang sebut nama aku Carolyn. Sekarang dah lupa ingatan pula.
"Jawablah soalan aku. Kau siapa?! Gila."
"Kau tu yang gila! Pura-pura lupa aku ni siapa."
Tanganku dicengkam kuat olehnya dan aku diheret keluar daripada bilik tersebut dalam keadaan yang masih berkemban.
"Rayyen! Aku dah cakap dekat kau kan. Jangan bagi perempuan simpanan kau masuk bilik aku!" Jeritnya daripada atas.
Aku pandang ke bawah dan mataku terus bertemu dengan panahan mata Rayyen.
Ohhhhh..itu lah Rayyen. Habistu mamat sebelah aku ni klon kah apa?
"Masuk bilik kau?" Rayyen mengulang semula kata-kata lelaki itu semula.
"Kau tak pandai jaga perempuan kah? Dahlah mandi dalam bilik aku. Pakai pula tuala aku. Lepastu, selongkar almari aku. Fuck, dude!"
Tanganku yang masih dicengkam olehnya aku tahankan sahaja rasa sakit dicengkam oleh lelaki itu. Aku dengarkan sahaja dua orang lelaki itu bertengkar antara satu sama lain.
"Dia salah bilik lah tu, bangang. Tak yah lah marah aku ni macam aku pula yang masuk bilik kau."
"Kau sendiri tahu kan yang aku tak suka orang masuk bilik aku sesuka hati. Kau jaga lah minah ni baik-baik. Asal kau tak beritahu dia awal-awal?"
"Hmmm, yelah yelah."
Pertengkaran antara mereka berdua berhenti di situ sahaja. Sekali lagi lelaki yang aku tidak kenal yang berdiri di sebelahku ini merenung wajahku dengan pandangan yang garang.
Wuish, marahnya muka dia.
"Kau jangan sesekali masuk bilik aku lagi. Bagi balik tuala aku." Katanya padaku kasar.
Aku memegang erat lilitan tuala pada tubuh badanku. Takkan aku nak bagi macam tu je.
"Tak nak."
Mata kelabu milik lelaki itu merenung tajam ke arah aku. Ehh, tak takut lah.
"Kau nak aku ambil cara kasar?"
"Bogel lah aku nan.."
Tanpa sebarang kata, lelaki itu menarik lilitan tuala di badanku sehingga terlucut dari tubuh badanku sendiri. Pantas tanganku menutup bahagian dadaku sehingga aku terduduk di atas lantai.
"Aaa, babi kau! Gila. Aku diperkosa!" Aku meroyan seorang diri.
"Kau cabar aku." Kata lelaki itu pada aku.
"Stupid! Give me back that towel, shit." Gertakku padanya.
Lelaki itu langsung tidak mengendahkan aku dan hanya memberikan senyuman mengejek padaku. Aku tak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya duduk diam di atas lantai. Gila kah nak bergerak. Kalau aku bergerak terpampang luas lah semua pemandangan nanti.
"Yo, dude. Janganlah kau dera budak tu sampai macam tu sekali." Tegur Rayyen yang berada di tangga itu.
Rayyen mendekati aku dan lelaki itu dengan wajahnya yang sedaya upaya menahan tawa.
"Gila!" Sekali lagi aku menengking lelaki itu.
"You force me to do this young lady." Katanya sinis padaku.
"Haihh..sudahlah. Korang berdua ni sama-sama gila. Bagi dia balik tuala tu." Kata Rayyen pada lelaki itu.
"Kalau aku tak nak?"
"Kau jangan nak jadi bodoh. Bak sini tuala kau tu. Kau bukannya ada satu tuala je pun."
Rayyen merampas semula tuala tersebut lalu memberikannya semula padaku. Aku cepat-cepat menutup badanku menggunakan tuala yang diberikan oleh Rayyen.
"Dahlah. Malas aku melayan korang berdua ni."
Lelaki itu masuk semula ke dalam biliknya dan membiarkan Rayyen bersama aku di luar. Rayyen senyum ke arah aku seakan-akan suka aku diperlakukan sebegitu.
"Sukanya kau tengok aku kena buli macam tu. Sial."
"Bukan suka. Tapi, kelakar."
"Siapa mamat tu? Asal muka kau dengan dia sama?"
"He's my twin brother. Rayden."
"Siapa lagi tua?"
"Dia lah. Aku kecil 10 minit daripada dia."
Patutlah ada aura macam abang-abang si Rayden tu. Tapi, Rayyen lagi gentle. Ahh, pedulikan.
"Aku perlukan baju." Kataku pada Rayyen.
"Kau macam ni, aku lagi suka."
Aku mengepal tanganku menjadi buku lima lalu aku hayunkan ke muka Rayyen. Wajah Rayyen berpaling ke kiri akibat menerima tumbukkan daripada aku. Aku tersengih sinis ke arahnya.
"Fuck. Kau langsung tak ada sifat keperempuanan langsung." Sumpah Rayyen padaku.
"Nak lagi? Aku boleh bagi yang bawah punya pula." Ugut aku padanya.
"Ohhh, yang mana satu tu ya?" Sengaja Rayyen bermain-main dengan aku.
Aku baru sahaja mahu melepaskan tendangan. Namun, sempat Rayyen menahan aku daripada melakukannya.
"Okey, Okey. Aku tak nak. Tak pasal-pasal aku mandul kau kerjakan."
"Tahu pun. Mana baju."
Aku membuat isyarat meminta padanya. Rayyen membuka baju T-shirt yang berada pada tubuh badannya lalu dilemparkan tepat mengena wajahku. Semerbak bau asap rokok melekat pada baju lelaki itu.
"Wei, aku tak nak pakai baju kau yang bau asap rokok ni. Bagilah baju yang lagi bersih."
Rayyen buat muka ke arah aku. Dia mengambil semula baju miliknya itu.
"Yelah. Banyak songeh. Nanti aku ambilkan untuk kau. Asalkan kau jangan masuk balik dalam bilik Rayden. Tak pasal-pasal dia serang aku balik nanti."
Tidak lama kemudian, kelibat Rayden keluar daripada biliknya dengan berpakaian segak. Rayden melimpasi aku dan Rayyen dengan memberikan hanya satu jelingan sahaja sebelum kelibat lelaki itu hilang disebalik pintu lif.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Боевик[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...