Semua alatan yang ada di dalam beg bimbit hitam itu aku keluarkan. Senjata Sniper Rifle itu aku letakkan di tempat yang sudah aku tetapkan. Peluru dimasukkan ke dalam senjata.
Ada beberapa lagi senjata yang dibekalkan oleh Alex untuk aku. Aku simpan untuk kegunaan aku bila aku memerlukannya nanti. Angin sejuk di waktu malam menyapa wajahku kerana aku memilih lokasi untuk berada di atas bumbung bangunan.
Sebab, aku selalu tengok Nade pilih tempat yang tinggi-tinggi. Aku bukannya suka buat benda jarak jauh ni. Disebabkan itu lah aku jarang nak buat kerja tembak-menembak. Atas keselamatan diri aku sendiri jugalah aku terpaksa buat kerja ni.
Jam di tanganku menunjukkan pukul 2 pagi. Seperti biasa memang waktu yang amat sesuai untuk aku buat kerja. Aku melihat ke arah bangunan yang merupakan kelab malam di Las Vegas itu.
Sebuah kereta mewah berwarna gelap itu berhenti tepat di depan kelab malam tersebut.
"In 1..2..and he got trapped." Bisikku pada diri sendiri.
Mangsa sasaran berjaya masuk pada perangkap aku. Aku sempat mengambil gambar gambar nombor kereta yang digunakan oleh mangsa sebelum kereta itu berlalu pergi daripada situ.
Aku menyelaraskan mata tembakkan berada tepat pada mangsa. Terutamanya, di bahagian kepala.
Bila difikirkan balik...bosanlah sebenarnya main macam ni. Tak ada feel langsung. Macam manalah Nade pandai suka buat kerja macam ni. Hmm..
Aku melihat mangsa sedang duduk di meja bar sambil menikmati air arak yang baru sahaja dipesan olehnya itu. Jarum panjang pada jam tangan aku tepat menunjuk pada angka 5 dan..
SHOOT
Dalam masa 0.03 saat mangsa rebah dan kaku. Dapat aku lihat manusia yang berada di dalam kelab tersebut lagi bertempiaran apabila melihat mangsa sudah mati dengan kepala yang penuh mengalirkan darah. Aku bersedia untuk melarikan diri apabila kerja aku sudah selesai.
Aku biarkan sahaja senjata milikku itu berada di tempat asalnya. Hehe, sebab aku suka tinggalkan tanda-tanda kedatangan aku. Lagipun, takkan ada cap jari pun pada senjata itu sebab aku pakai sarung tangan setiap kali buat kerja.
Aku menggunakan tangga kecemasan untuk keluar daripada bangunan tersebut. Langkahku seperti biasa tanpa ada rasa tergesa-gesa pun mahu melarikan diri. Sebab, aku malas lah nak bazirkan tenaga berlari ni.
Kerja jarak jauh mana ada penat mana pun kalau nak dibandingkan dengan kerja aku yang suka buat jarak dekat. Bunuh orang depan-depan, seksa, cincang dan banyak lagi seksaan yang aku tahankan sahaja daripada melakukannya. Buat masa sekarang aku kena elakkan diri daripada polis. Baru sahaja 5 hari aku terlepas. Takkan nak masuk penjara lagi.
Buka sahaja pintu, aku bertembung dengan tujuh orang anggota polis yang dilengkapi dengan senjata di tangan mereka. Ramai antara mereka ada seorang lelaki yang berada di belakang.
Sven. Rupanya mamat tu belum mati lagi? Hmmm, nampaknya sasaran aku salah lagi. Tak apa, kali ini aku takkan ulang kesilapan yang sama aku lakukan pada Zack dulu.
"Aikk, macam mana korang tahu aku dekat sini?" Tanyaku dengan nada yang suka..suka yang aku dah lama sangat tak terserempak dengan polis.
"Hands up, lady. If you don't want any trouble." Kata seorang polis yang ada di situ.
Aku hanya menghadiahkan senyuman lebar kepada mereka. Tiba-tiba, aku ketawa kuat.
"Kau ingat aku nak kah angkat tangan aku yang mahal ni? Tak naklah."
"Serah diri atau kami akan tembak!"
Aku bercekak pinggang memandang mereka dengan pandangan yang sinis.

YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Acción[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...