Pagi itu, aku sudah bersedia untuk melakukan rancangan aku. Tepat pada pukul 6 pagi aku bangun untuk menyiapkan semua peralatan aku. Kad palsu yang digunakan sebagai pemalsuan identiti aku itu aku masukkan ke dalam beg. Hari ni aku menyamar sebagai seorang doktor yang akan datang merawat Nade.
Aku sudah tahu tarikh-tarikh doktor itu merawat Nade dan disebabkan itu aku mengambil peluang untuk menyamar jadi doktor tersebut sebelum Nade dibicarakan keesokkan harinya tentang kes baharunya. Entah berapa banyak kali dah Nade dibicarakan pun aku tak pasti. Yang pastinya hari ni adalah tarikh yang tepat untuk aku pergi ke penjara.
Motorsikal yang baru sahaja aku beli itu aku hidupkan enjinnya. Aku tunggang dan memandunya keluar daripada tempat parkir motorsikal. Kelajuan pada motorsikal itu aku percepatkan bagi menjimatkan masa aku daripada terlalu lama memandu untuk ke sana.
Semua kereta aku potong dan aku cuba untuk mematuhi peraturan jalan raya buat masa ini sebab aku tidak mahu menimbulkan riuh-rendah polis untuk mengejar aku dan menangkap aku sebab melanggar peraturan jalan raya. Aku lihat pada papan tanda yang memaparkan nama tempat. Termasuklah nama tempat USP Florence, yang cuma tinggal 30 km di depan aku.
Aku melajukan pemanduan aku di laluan yang menghubungkan aku untuk ke sana. Sekeliling aku semakin lama semakin kurang dengan kenderaan. Itu menandakan aku semakin hampir dengan tempat yang aku tuju.
Tidak lama kemudian, mataku tertancap pada satu bangunan yang berada di kiri dan kanan laluan jalan raya. Aku memperlahankan kelajuan motorsikal sebab aku rasakan aku sudah sampai di tempat di mana penjara ADX Florence diletakkan.
Aku lihat sekeliling kawasan bangunan itu terdapat beberapa lagi bangunan kecil seperti markas dan sekelilingnya di pagar dengan pagar dawai berketinghian 12 kaki yang berelektrik. Dihujung jalan aku lihat ada dua orang pengawal dan setiap kiri serta kanan bangunan pula terdapat dua orang lagi pengawal yang berkawal dari bahagian atas.
Sebab, apa yang Rayyen dapati mengenai penjara ini adalah setiap kawasan sudah pasti terdapat beribu-ribu pengesan pergerakkan dan kamera. Aku perlu berjaga-jaga dengan semua itu.
Setibanya di depan dua orang pengawal yang menjaga pintu masuk itu, aku menunjukkan ID card aku pada mereka berdua. Mereka berkerut memandang wajah aku silih ganti dengan kad itu.
"Doktor? Sejak bila datang pakai motor ni?"
"Sejak pembantu driver aku tak boleh nak hantarkan aku. Jadi, aku datang guna motor je lah."
Mereka masih ragu-ragu dengan aku yang menunggang motorsikal itu. Aku masih kekalkan wajah aku ditutip dengan topi keledar. ID card aku mereka imbas menggunakan pengimbas identiti dan ianya memberikan lampu hijau menandakan ID card aku itu bukanlah palsu.
"Okay."
Huh, foolish.
Pintu dibuka dan aku memandu masuk ke dalam kawasan tersebut di mana aku perlu berjaga-jaga sepanjang perjalanan aku. Aku memarkirkan motorsikal aku di tempat yang sudah disediakan supaya tiada sesiapa yang mengesyaki aku.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang segak berpakaian uniform tentera hitam putih itu mendekati aku. Baru aku perasan setiap daripada anggota tentera yang ada di situ menggunakan topeng muka yang hanya membenarkan mata mereka sahaja yang kelihatan. Baiklah, aku boleh puji dari segu pemakaian mereka memang menampakkan mereka sebagai pasukan tentera yang paling elit di dunia.
Tapi, dari kebolehan mereka? Adakah secantik yang diluar? Kita tengok je.
"Dr. Vondergy?"
"Yes, me."
"Datang dengan motor?"
"Ha'ah, sebab driver aku tak dapat nak hantarkan sebab dia ada urusan keluarga katanya. Sebab itu lah sebelum ni kau tengok aku tak datang pada hari yang sepatutnya aku datang merawat banduan." Kataku sambil aku menyarungkan kot putih doktor itu pada badan aku.
Dia menaangguk dan mengiringi aku masuk ke dalam bangunan yang dinamakan sebagai penjara Florence itu.
"First time aku tengok muka sebenar doktor."
"Hmm, ianya disebabkan aku selalu pakai cermin mata hitam."
"Kenapa hari ni tak pakai?"
"Aku malas nak pakai."
Lelaki itu mesra berbual dengan aku.
"Jadi, hari ni aku nak check-up White Joker secara personal."
"Tapi, kami tak boleh biarkan orang luar berseorangan dengan banduan di dalam penjara."
"Tak apa, aku dah biasa dah. Lagipun, aku ada ubat penenang kalau dia mengamuk."
"Kalau macam tu. Kami akan biarkan pintu penajara tidak tutup sepenuhnya."
Lelaki itu mempercayai aku seratus-peratus. Mereka membuka pintu yang menempatkan penjara Nade itu menggunakan pengimbas cap jari oleh lelaki yang bersama aku itu. Aku lihat di dalamnya ada lagi sebuah bilik. Pengawal yang setia dengan aku itu tadi mengiringi aku masuk ke dalam mendekati bilik tersebut. Pintu bilik itu dibuka menggunakan kata laluan.
Ini kalau minta bantuan Alex sahaja boleh terlepas. Kalau aku yang duduk di dalam ini pun, boleh jadi aku tidak boleh keluar. Sebab, penjara yang ini cukup ketat tidak menampakkan dunia luar apatah lagi langit yang ada di atas.
Ianya menyukarkan lagi untuk melepaskan diri kerana tidak tahu laluan untuk melarikan diri.
"Baiklah masuk." Pelawa lelaki itu pada aku.
Dia pula menjaga pintu tersebut daripada tidak ditutup sepenuhnya dari luar. Aku pula masuk ke dalam bilik tersebut. Apa yang aku lihat cumalah...kosong.
Warna putih dan tiada apa-apa yang ada di sini. Aku memandang sekeliling bilik tersebut manalah tahu ada tanda-tanda ataupun laluan Nade melarikan diri. Tetapi, tiada. Langsung tiada. Jadi, ini bermakna dia melarikan diri menggunakan pintu utama.
Aku berlari ke arah pintu dan membukanya dari dalam. Lelaki yang menjaga pintu itu tadi kelihatan pelik melihat aku.
"White Joker dia terlepas." Kataku lagak seperti orang yang pandai dalam bab lakonan.
Cehh..
"Doktor biar betul? Kawalan ketat sudah cukup ketat kami beri..kan."
Lelaki itu kaku didepan bilik tersebut apabila mendapati apa yang aku katakan itu adalah benar. Dia melaporkan benda tersebut melalui walkie-talkie yang melekat pada poket baju uniformnya tentang kes White Joker melarikan diri.
"Wei, aku mak kau tolong periksa bahagian sana tu. Sebab, aku rasakan ada sesuatu yang ada dekat situ." Arah aku pada lelaki itu.
Lelaki itu berjalan masuk diiringi aku dari belakangnya ke tempat yang aku tunjukkan.
"Sini?"
Aku angguk tanda 'ya'.
"Woi, kau! Ambilkan tukul besi dan bawa ke sini!" Arah lelaki itu pada penjara pintu di bahagian paling luar untuk masuk menyertai kami di dalam bilik tersebut.
Seorang lagi tentera masuk membawa tukul besi di tangannya. Lelaki itu menghayunkan tukul besi tersebut ke udara daa menghentakkannya pada lantai yang berwarna putih itu.
Tidak lama kemudian, terbentuklah sebuah lubang yang agak besar. Lelaki itu mengoreknya dan menemui sekeping nota bersama cip didalamnya.
Benda tu..benda tu yang aku perlukan.
"Terima kasih atas bantuan doktor dan doktor boleh diarahkan pergi sekarang juga."
Macam tu je dia halau aku!
Ishh, tak boleh jadi ni. Aku perlukan nota itu daa cip tu sekali untuk dibawa balik.
"Sila ikut aku untuk keluar daripada sini." Katanya pada aku.
Aku membontotinya dari belakang dan dapat aku lihat suasana penjara itu tidak seriuh penjara aku yang lama dulu. Mereka langsung tidak menghebohkan perkara tersebut sehingga diketahui oleh banduan yang lain. Selalunya mesti ada nyalaan lampu merah atau pun bunyi siren. Tapi, ini langsung tiada.
Anggota tentera yang lainnya yang mengetahui perkara tersebut kelihatan kekal professional sebagai tentera untuk tidak bertindak secara terburu-buru.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...