26 B.J.

674 18 0
                                    

Pagi itu, balutan pada buku lima aku dan bahu aku selesai ditukar oleh Rayden. Aku memakai semula jaket berwarna maroon itu pada badan aku. Aku perasan pagi itu Rayden tidak banyak bercakap. Tidak seperti selalu dia akan suka buat aku sakit hati.

"Kau yakin nak pergi hari ni?" Tanya Rayyen pada aku.

Aku menggalas beg aku yang berisi semua barang keperluan aku untuk ke sana. Aku sudah tahu di mana penjara yang menempatkan Nade selepas diberitahu oleh Rayyen semalam mengenainya. Jadi, aku dah plan awal-awal untuk pergi ke sana.

"Yup." Jawab aku sepatah.

"Akuuuu naakkkk ikuttt." Kata Rayyen dengan nada seperti budak-budak.

Aku buat muka pelik ke arahnya. Mamat ni ingat dia comel lah buat macam tu? Ada yang kena tampar dengan aku ni nanti.

"Tak boleh. Aku tak suka orang ganggu aku buat kerja dan aku tak suka bekerjasama dengan orang lain. Kau sendiri tahu kan?"

Rayyen buat muka 'hmm' tanda dia tidak mampu menjawab lagi apa yang perlu dijawab kepadaku.

"Kau nak pergi sana sebab nak larikan diri kah?" Sampuk Rayden yang sejak tadi mendiamkan diri itu.

"Apa yang kau fikir sangat aku ni nak larikan diri? Rayyen belum habis tolong aku pun lagi dengan maklumat Nade. Kau nak kata aku larikan diri pula."

"Kau kan Joker."

"Kau ingat aku ni jenis yang tikam belakang kah? Aku takkan tikam belakang kalau korang tak cari masalah dengan aku. Faham? Jadi, aku takkan larikan diri."

"Biar je lah dia." Bisik Rayyen pada Rayden.

Aku sudah bersedia untuk keluar daripada rumah. Aku kena pergi sana lebih awal supaya aku senang untuk atur semua rancangan aku.

"Berapa lama kau dekat sana?"

"Entahlah...mungkin, sehari je kot. Kalau ada masalah nanti, aku call lah."

"Okey.." Jawab Rayyen pada aku.

Kami bertiga keluar daripada rumah. Rayden dan Rayyen mempelawa diri Mereka untuk hantar aku ke airport. Jadi, aku iyakan sahaja lah pelawaan mereka itu. Asalkan diorang jangan ikut aku sampai sana.

♥♠♣◆

Akhirnya, aku sampai ke Florence setelah berjam-jam lamanya aku di dalam kapal terbang. Aku terus mengambil sebuah teksi untuk menghantar aku ke Colorada. Aku lihat pesanan mesej yang dihantar oleh Rayyen. Aku ingatkan Rayden tadi. Rupanya, Rayyen. Hmmm, rasa rindulah pula dengan Lion King tu.

Aku berbalas pesanan dengan Rayyen.

"Nama doktor itu Dr. Spectra Vondergy."

"Ok."

Aku berhenti menaip berbalas mesej dengan Rayyen. Aku ada lah juga berharap kalau Rayden mesej aku. Tapi, mustahil lah. Mamat tu kan benci aku. Dia takkan berhubung dengan aku melainkan benda-benda yang penting je.

Rayyen je yang lebih suka sangat ganggu aku. Aku kadang pun rimas dengan mamat ni.

Tidak lama kemudian, kereta berhenti di depan sebuah bangunan yang tinggi. Bangunan itu tertera nama Wayne's Hotel. Aku masuk dan terus menuju ke kaunter membuat check-in bilik. Aku gunakan kad kredit aku yang Alex berikan pada aku.

Ada je duit yang Rayden bagi untuk aku. Tapi, aku tak nak guna sebab dah banyak sangat aku pakai duit dia. Biarlah kali ni aku nak habiskan duit aku yang tak pandai nak habis-habis dalam bank tu.

Aku diberikan kad akses untuk ke bilik. Kakiku melangkah menuju ke arah lif.

Asal aku rasa pelik je malam ni eh?

Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena sejak tadi. Lebih-lebih lagi sekarang ni sudah waktu malam. Aku buangkan rasa tidak sedap hati itu.

Mungkin, ianya cuma perasaan aku.

Setibanya di tingkat 3 aku mencari bilii yang berlabel 025. Aku masukkan kad pengakses lalu pintu bilik tersebut terbuka dengan automatik. Aku terus masuk dan mengunci pintu tersebut.

Aku pandang sekali lagi pada skrin telefon aku. Tiada apa-apa pun pesanan ataupun panggilan. Tapi, kenapa aku rasakan ada sesuatu yang pelik.

Aku melemparkan beg ke atas katil yang bersaiz king itu lalu aku masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diriku. Itu sahaja cara aku nak buang rasa yang tak kena itu.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now